Sabtu, 1 Februari 2020

HUDUD UNDANG UNDANG KUNO





HUDUD INI

UNDANG UNDANG 

ARAB KUNO

SEMUA ORANG 

DAH LAMA TAU

HUKUMAN TAK

MASUK AKAL

TAPI POLITIKUS

TAK BERANI

CAKAP SECARA

JUJUR

KALI INI

SEMUA TERBARAI 

Hudud PAS ‘kuno’, tak sesuai untuk Malaysia, kata sarjana Islam

UNDANG-UNDANG jenayah Islam PAS adalah versi kuno dan tidak sesuai untuk Malaysia dalam abad ke-21 ini, kata sarjana Islam terkemuka Prof Mohammad Hashim Kamali.

Hashim yang menerbitkan kajian terbarunya berkenaan undang-undang Islam, berkata PAS hanya mengangkat kandungan daripada kanun undang-undang abad ke-12 yang digunakan di Timur Tengah dan menggunakannya terhadap umat Islam di Kelantan dan Terengganu.

PAS tidak ada cubaan pun untuk tampil dengan cara lebih baik untuk menghukum umat Islam bagi kesalahan zina, judi dan pengambilan arak, kata Hashim yang turut mengasaskan Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS).

Sebagai perbandingan, hukuman untuk kesalahan syariah di negeri lain yang tidak ditadbir PAS adalah lebih sesuai dengan dunia moden Malaysia hari ini, kata Hasim.

“Mereka ambil dari buku kuno, ‘al hakam al sultaniah’,” kata Hashim kepada The Malaysian Insight, merujuk kepada buku undang-undang abad ke-11 tulisan pakar undang-undang Islam, Ali Muhammad Mawardi.

“Mereka gunakan ia dan terjemahkan tanpa sebarang elemen pemahaman baharu berkenaan undang-undang itu untuk generasi Muslim hari ini.”

Hashim berkata PAS tidak menawarkan rangka kerja tentang bagaimana hendak melaksanakan hukuman mereka, iaitu termasuk potong anggota badan bagi kesalahan mencuri dan rejam dengan batu kerana berzina.

Hashim sebelum ini mengajar undang-undang Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan dinamakan sebagai antara 500 Muslim paling berpengaruh di dunia.

Beliau pakar dalam kajian perbandingan antara undang-undang Islam dan moden. Pada 1995, pentadbiran pertama Dr Mahathir Mohamad menugaskannya menulis kajian tentang enakmen hudud dan qisas PAS di Kelantan.

Pada 2002, PAS mewartakan undang-undang sama di Terengganu apabila ia mengambil alih negeri itu selepas menang pilihan raya umum 1999.

PAS tidak dapat mengguna pakai enakmen itu kerana hukumannya bercanggah dengan undang-undang peringkat kebangsaan yang mengehadkan skop hukuman sedemikian.

Dan juga, hukuman hudud PAS mengandungi kesalahan seperti membunuh dan mencuri yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Walaupun kontroversi, parti Islam itu sering mengangkat undang-undang hududnya dan qisas sebagai pencapaian utama dan bahan politik.

Parti itu kini bergabung dengan pembangkang Barisan Nasional dan sedang berkempen untuk mengambil alih kerajaan persekutuan pada PRU15.

Hashim menawarkan penilaiannya terhadap undang-undang PAS selepas melancarkan bukunya, Crime and Punishment in Islamic law, A Fresh Interpretation”, di mana majlis itu turut dihadiri menteri hal ehwal Islam, Dr Mujahid Yusof Rawa.

“Ia hanya fiqah kuno tanpa sebarang tafsiran lanjut,” kata Hashim, berkenaan undang-undang PAS.

Sebaliknya, undang-undang untuk kesalahan syariah masih boleh diformulasikan tetapi hukuman yang berbeza daripada yang digunakan pada zaman kuno.

“Anda tidak boleh kata anda tidak akan hukum pencuri atau zina. Apa yang anda boleh buat ialah kenakan hukuman berbeza. Maka anda tidak melanggar syariah.”

Hukuman seumpama itu boleh juga termasuk hukuman penjara atau denda, berbanding sebat dan potong anggota badan.

“Teksnya perlu diguna pakai mengikut realiti semasa. Kita bukan masyarakat kuno. Kita sekarang di abad ke-21. Kita perlu memahaminya dan mengenakan hukuman mengikut realiti ini, itu apa yang dituntut syariah,” katanya. – 1 Februari, 2020.


HUKUM HAKAM

MUNCUL DARI

PERSEKITARAN

KAH KAH KAH

CONTOHNYA

BERZINA MESTI

ADA 4 SAKSI

MESTI NAMPAK

KEPALA BUTUH

MASUH KE  PUKI

KAH KAH KAH

TAHUN 2020

MUSTAHIL INI

AKAN BERLAKU

KAH KAH KAH

WARGA DUDUK 

DALAM FLAT 

DALAM KONDO

RUMAH BANGLO

SILAP SILAP

NAK JADI SAKSI

NAK INTAI

JATUH BANGUNAN

KAH KAH KAH

LAIN KES DULU 

MASA ITU

ARAB BADWI

DUDUK BAWAH

KHEMAH

PADANG PASIR

BOLEH NAMPAK 

PISANG TERJULUR

KHALAS

KAH KAH KAH

-------------

Tiada ulasan: