Isnin, 30 Mac 2020

SESAMA KITA HADAPI









KITA SEMUA

SEDAR

KITA SEMUA

SIMPATI

SESAMA KITA

HADAPI

Nelayan sukar jual ikan ketika perintah sekatan, kata persatuan


NELAYAN pada masa ini berdepan kesukaran untuk menjual hasil tangkapan susulan pasar raya besar dan restoran menggantung operasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Kebanyakan nelayan terpaksa membuang ikan yang tidak dapat dijual kembali ke laut apabila loji pemprosesan berhenti operasi dari awal pelaksanaan PKP, kata Presiden Persatuan Hai Suah Hutan Melintang Lee Chu Soi.

“Ramai nelayan tidak dapat pembeli ikan mereka kerana pasar raya ditutup,” kata Lee kepada The Malaysian Insight.

“Nelayan di Hutan Melintang, Perak terpaksa buang stok ikan bernilai RM1 juta kerana penutupan sementara loji pemprosesan makanan di kawasan ini.


“Kerana penutupan itu, ikan kecil yang biasanya akan diproses, kini tidak dapat disimpan. Ia terpaksa dibuang di laut.

“Operasi loji pemprosesan beroperasi semula 23 Mac selepas pihak berkuasa membenarkan operasi bersambung,” kata Lee.

Beliau berkata ikan kecil, kepala dan ekor ikan terpaksa dibuang di laut.

Loji pemprosesan makanan itu menggunakan ikan kecil untuk membuat makanan proses sementara ekornya diproses untuk dijadikan makanan haiwan.

Bagi mengurangkan kerugian dan pembaziran pada masa sekarang, Lee berkata nelayan di Hutan Melintang membekukan hasil tangkapan mereka.

Setakat ini, stok 10,000 tan ikan beku disimpan, termasuk ikan kembung dan marlin.

“Biasanya ia dijual RM5 sekilo tetapi sekarang hanya RM1.50. Memandangkan kebanyakan ikan tidak dapat dijual, ia dibekukan.”

Katanya, ikan beku mampu bertahan sehingga enam bulan.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalang nelayan terus turun ke laut.

“Kami ada bot nelayan laut dalam di sini, kami tidak boleh berlabuh pada masa sama, kami tidak dapat menampung semua sekali,” kata Lee.

Ikan dari Hutan Melintang dibekalkan untuk bandar-badar di Malaysia termasuk Muar, Selayang, Ipoh selain dieksport ke Singapura.

Semuanya terjejas pada masa ini kerana PKP.


DULU KITA DENGAR

WE EAT WHAT

WE CAN

WE CANNED

WHAT WE CANT

BEKUKAN 

KERINGKAN

PEKASAMKAN

BUDUKAN

AMIN




-------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kecoh kecoh hari tu ikan dibuang, buah dibuang dan sayur pun dibuang. yg jadi jurucakap semuanya ketua persatuan dan depa ni semua cina. semuanya salahkan dasar kerajaan mat sembab. semua ni mesti cukong nak paw mat sembab, kan? ke guaner? mesti salah dap! kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

nelayan ni opportunist..mrk bukan bodo..mrk bukan pemalas..kalo ikan tak laku sb pkp, korang beri percuma je..ikan tak laku tp harga selr rm25/kilo??nnt diorg kata rugi sb duit minyak dah kuar tp tangkapan tidak bole dijual..ini ayat membodohkan org bandar..harga minyak jatuh sekarang, kerajaan dah bag subsidi minyak..kerajaan kuarkan duit rakyat utk tolong nelayang2 jd menteri timur tengah..nelayang2 tolong jangan bodohkan org banar melalui media2 yg bangang..nampak mudah nampak cool tp bangang..sayur tak luka dan dibuang, sayur masih mahal dicowkit pudu..ikan masih mahal..nnt nelayang salahkan org tengah tp menteri sendiri dlm pkp, tak bole tibai org tengah..menteri sibuk duduk tengah ketika makan ramai2 masa pkp..abng bador yg tegas dah tangkap menteri ke?saja tanya, integriti dan berani..sejak dari dulu lg, bila hasil2 ikan,sayur ni tak laku, pastinya menteri akan ckp nak buat pasar khas, buat kemah khas utk pasar segar..last2 semuanya hilang entah kemana..lebih elok kalo duit utk buat projek2 pasar tani, pasar segar atas nama jualan direct kpd rakyat ni digunakan utk buat haji dan umrah..ada gak manfaat dan allah terima juga seadanya..bulan puasa dah dekat , projek masjid, projek katering buka dan moreh sudah tidak masuk..tapi projek glc masuk dan bole cover semua projek2 ihya ramadan..