Isnin, 20 April 2020

BANGANG MUNKEE MENJADI JADI







BANGANG MUNKEE

MENJADI JADI

MEMBAWA

BAHAYA PADA

NYAWA 

ORANG RAMAI


Gambar timbalan menteri sambut hari jadi semasa PKP tular

TIMBALAN Menteri Pembangunan Luar Bandar Abdul Rahman Mohamad menjadi pemimpin terbaru kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikaitkan dengan tindakan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Gambar Abdul Rahman menyambut hari jadinya dimuat naik oleh Cherry Mnr pada 13 April lalu dan tangkap layar status itu kini tersebar di media sosial.

Dalam status itu, penyokongnya mengucapkan selamat hari jadi kepada Ketua Umno Lipis itu dan mendoakan kebahagian hidupnya.

Salah satu gambar menunjukkan sekumpulan individu datang ke rumahnya dengan membawa kek. Tiada seorang pun individu tersebut memakai topeng muka atau mengamalkan penjarakan sosial.

Satu lagi gambar menunjukkan Ahli Parlimen Lipis itu meniup lilin dan memotong kek.

The Malaysian Insight cuba menghubungi Abdul Rahman untuk mendapatkan komen berhubung perkara tersebut.

Terdahulu, Menteri Kanan Ismail Sabri berkata tiada individu termasuk pemimpin kerajaan dikecualikan dari undang-undang terutamanya sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Beliau mengulas tentang kemarahan netizen terhadap tindakan pemimpin PN melanggar peraturan PKP.

“Sesiapa sahaja, tiada siapa boleh atasi undang-undang. Itu asas. Difahamkan ada laporan polis dibuat jadi kita serah kepada pihak polis untuk teruskan tindakan,” katanya dalam sidang media.
 
Menteri pertahanan itu pada 14 April lalu mengancam untuk mengambil tindakan keras kerana mendapati orang ramai memandang ringan kesalahan melanggar PKP.

Hari ini, beliau ditanya mengenai tindakan ke atas orang kenamaan itu apabila muncul gambar menunjukkan timbalan menteri dan exco kerajaan Perikatan Nasional makan kenduri sewaktu PKP.

Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali meraih kemarahan orang ramai selepas dirakam berkenduri dengan puluhan penyokong di sebuah sekolah tahfiz di Perak.

Turut hadir di majlis makan tersebut exco Perak yang juga pesuruhjaya PAS negeri, Razman Zakaria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan turut menegaskan bahawa menteri dan timbalan menteri tidak kebal daripada tindakan undang-undang jika sengaja mengingkari PKP.

Beliau berkata jika benar ada perkumpulan yang melibatkan mana-mana menteri mahupun timbalan menteri dilakukan secara sengaja, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya. – 18 April, 2020.

KERAJAAN INI

BUKAN SAJE

TAK STABIL

DINAZAKKAN OLEH

RAMAI MUNKEE 

BANGANG

Tiada ulasan: