Isnin, 20 April 2020

ISMAIL SABRI JANGAN LUPA DAKWA MUNKEE







TINDAKAN TEPAT


8 kawasan sekitar Pasar Borong KL bawah PKPD

LAPAN kawasan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Penguatkuasaanya sehingga 3 Mei itu melibatkan kawasan komersial Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur serta perumahan sekitar pasar borong dan tidak melibatkan penutupan pasar, katanya.

“Kita tidak tutup pasar borong. Kita tutup kawasan perumahan sekitarnya,” katanya yang menambah kejiranan tersebut banyak dihuni warga Rohingya pemegang kad UNHCR.

Lapan kawasan itu dalam senarai berikut:
- Jalan 6/3A, Pusat Bandar Utara
- Jalan 6/3A dan 9/3A, Pusat Bandar Utara
- Jalan 2/3A, Pusat Bandar Utara
- Jalan 1/2D, Taman Sri Murni Fasa 2
- Jalan 1/2D, Taman Sri Murni Fasa 1
- Jalan 1/2B, Taman Sri Murni Fasa 3
- Taman Batu View
- Taman Batu Hampar

Dengan itu, kesemua penduduk tidak dibenarkan keluar dan orang luar juga tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut.

Katanya, PKPD itu dilaksana untuk bendung jangkitan Covid-19 dan pengesanan kes serta saringan kesihatan terhadap penduduk kawasan tersebut sepanjang PKPD.

Pasukan keselamatan didapati sudah mula memasang kawat duri di sekitar kawasan tersebut sejak malam tadi.

Kawasan berkenaan menjadi tumpuan selepas Kementerian Kesihatan mengumumkan akan memberi fokus pengesanan kepada kes import dan juga dari kalangan warga asing.

Sehingga semalam, hanya satu kes baharu dikesan daripada kawasan yang masih bawah PKPD, di Menara Plaza City One.

Perintah PKPD sudahpun ditamatkan di Hulu Langat kecuali melibatkan sebuah rumah dan sebuah madrasah tahfiz.

Kawasan lain masih bawah PKPD adalah Simpang Renggam in Johor, Selangor Mansion, Malayan Mansion serta bangunan sekitar Masjid India di Kuala Lumpur.

Jumlah jangkitan paling tinggi semalam diumumkan dari kluster baharu melibatkan 43 pelajar yang pulang dari Indonesia – menjadikan jumlah kesemuanya 89 kes baharu.

Kluster besar perhimpunan tabligh Seri Petaling pula merekodkan empat lagi kes positif menjadikan keseluruhan 1,950 kes dari kluster itu.

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan empat zon merah merekodkan kurang daripada 10 kes baharu Covid-19 dalam tempoh sama.

Kes aktif yang masih dirawat sejak semalam berjumlah 2,103 kes daripada keseluruhan 5,389, termasuk 89 korban. – 20 April, 2020.




ISMAIL SABRI

JANGAN LUPA

ATAU 

BUAT BUAT LUPA

DAKWA MUNKEE

BANGANG INI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ismail bukan penguatkuasa, dia ahli politik, semua main wayang saja, nak siasat nak keterangan kah kah kah kalau salah tangkap, jangan cakap banyak, manusia tengok dah meluat, semua arah kurung di rumah, depa pula meroyan merayau merata, Adil kah saksama kah, bangang oh bangang jadi pemimpin negara, hanya perut depa utamakan, walau masa susah kocek mereka sentiasa penuh, berapa ramai yang bergelar billionaire jutawan keluar zakat Masa orang susah ? Boleh bagi senarai, kah kah kah atau bagi Miguel beer ?