Ahad, 12 April 2020

BERITA TAK MOLEK



ALAA MAK

NI BERITA 

TAK MOLEK



Langkawi terduduk kesan berangkai Covid-19


LANGKAWI yang sangat bergantung pendapatan daripada pelancongan menerima kesan berangkai akibat penularan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu, kata pentadbir dan pemain industri.

Bukan saja hotel dan tempat tumpuan pelancongan terjejas, malah semua yang bekerja dalam rantaian pelancongan, yang menyumbang 60% pendapatan Langkawi, menerima kesan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Hezri Adnan.

Beliau memberikan gambaran bagaimana semua yang terlibat, daripada ejen pelancongan sampailah kepada budak pantai yang mengendalikan kegiatan sukan air, kini terduduk tanpa pendapatan.

Hezri berkata tamparan Covid-19 berlaku ketika pelancongan semakin rancak dan berkembang di Langkawi, dan 

“Kapal mewah meningkat 20% sejak tahun lepas dan kita lihat banyak pertambahan teksi baharu oleh orang Langkawi. 

“Kadar kemasukan pelancong di Langkawi tengah naik, Januari 2020 pun cukup bagus daripada segi kadar penghunian di hotel dan pelanggan yang menggunakan teksi.

“Pemandu-pemandu pelancong kini tidak boleh berniaga. Budak-budak pantai contohnya di Pantai Cenang, mereka dapat RM100 ke RM300 sehari, kini semua tiada lagi sumber pendapatan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau juga memberikan contoh bagaimanapun Pelabuhan Langkawi mengendalikan secara purata 1,200 tan metrik kargo sehari sebelum ini tetapi sejak pelaksanaan PKP hanya menguruskan 200 tan metrik sehari.

Jelas Hezri, secara keseluruhannya terdapat 5,000 perniagaan berdaftar di Langkawi yang kini terjejas akibat PKP.

Beliau bagaimanapun yakin keadaan akan mula stabil sekurang-kurangnya enam bulan selepas PKP tamat.

“Kita jangka jumlah pelancong paling realistik boleh datang ke Langkawi (selepas PKP selesai) adalah 2 juta untuk tahun 2020, itu pun kita perlu agresif dan rancakkan promosi pelancongan dalam negara. 

“Kalau 1 juta sahaja, itu teruk sangat sama seperti zaman 1980-an. Kalau sasarkan 3 juta pun sukar dicapai sebab sekarang sudah bulan April,” katanya.

Hezri memberitahu The Malaysian Insight unjuran pemulihan itu dibincangkan dalam mesyuarat pihaknya dengan beberapa persatuan pelancongan baru-baru ini.

“Setiap industri dan produk pelancongan menghadapi impak yang berbeza kerana bergantung kepada pasaran pelancongan. Contoh Taman Buaya di Langkawi, hanya 30% pengunjung rakyat tempatan selebihnya dari luar negara.

“Produk yang banyak bergantung kepada pelancong luar akan terkesan paling teruk,” tambahnya.

Hezir berkata pengusaha pelancongan di Langkawi bimbang kerajaan mungkin melanjutkan larangan kemasukan warga asing dari beberapa buah negara selepas PKP tamat.

Malang bertimpa-timpa

Selain masalah pendapatan penduduk Langkawi yang terjejas, Hezri bimbang krisis Covid-19 ini akan menyebabkan peningkatan jumlah penganggur selepas PKP.

Katanya, Langkawi hampir tiada isu pengangguran kerana terlalu mudah untuk dapat kerja di pulau itu.

“Di Pantai Cenang, budak-budak sekolah berhenti dan bekerja dengan gaji RM50 hingga RM60 sehari.

“Saya masih menyusun idea bagaimana kita boleh beri peluang pekerjaan kepada mereka yang terjejas, tetapi itu bergantung kepada kedatangan pelancongan ke sini,” katanya lagi.

Hotel tutup

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia cawangan Kedah/Perlis, Eugene Dass yakin perniagaan hotel akan pulih enam bulan selepas PKP berakhir.

“Saya sudah lihat beberapa hotel tetap buat promosi di Internet. Saya jangka, selepas enam bulan daripada PKP, industri pelancongan di Langkawi akan mula bergerak balik.

“Kebanyakan hotel akan terus beroperasi selepas PKP. Mungkin ada yang terpaksa tutup tetapi tidak banyak, yang tutup mungkin hotel-hotel yang beroperasi tanpa lesen,” jelas beliau.

Bagaimanapun beliau berharap kerajaan akan menambah bantuan kepada pemilik hotel supaya mereka terus bertahan.

“Saya harap kerajaan boleh subsidikan bayaran gaji pekerja daripada tiga kepada enam bulan. Cukai pelancongan kepada pelancong luar juga boleh dimansuhkan hingga akhir tahun ini untuk tarik pelancong ke Malaysia,” katanya.

Beliau juga mengakui pengusaha pelancongan perlu mencari pasaran baharu, selain terus bergantung pada pelancongan dari Indonesia, Singapura, dan China, seperti sebelum ini.

Presiden Pertubuhan Industri Pelancongan Langkawi, Ahmad Phisol Ishak pula mendedahkan lebih kurang 40 buah hotel di pulau itu tutup sementara sepanjang PKP.

“Memang pihak hotel akan panggil semula pekerja selepas PKP, tetapi jika selepas itu pun dilanjutkan, bagaimana? Pekerja-pekerja di pantai pun kini tiada pendapatan langsung kerana mereka bergantung kepada gaji harian,” katanya.

Eugene menjelaskan sesetengah hotel ini bagaimanapun bukannya gulung tikar, sementara ada juga hotel yang beroperasi sebagai pusat kuarantin.

Awal minggu ini, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan tambahan RM10 bilion bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui satu lagi pakej ransangan ekonomi.

“Pakej tambahan berjumlah RM10 bilion ini diharapkan dapat membantu meringankan beban kewangan PKS dan seterusnya menjamin dua pertiga daripada jumlah pekerja di negara ini terus mendapat pekerjaan,” kata perdana menteri.

Di bawah inisiatif tambahan ini, semua syarikat dengan pekerja tempatan yang bergaji RM4,000 dan ke bawah akan menerima bantuan subsidi upah.

The Malaysian Insight melaporkan, Presiden Persatuan Pelancongan China Malaysia Albert Tan berkata, walaupun pakej itu dapat membantu gaji pekerja dan penangguhan pinjaman perniagaan, sektor pelancongan masih memerlukan satu pakej bantuan khusus dan menyeluruh. – 12 April, 2020.


PASANG NIAT

BILA SEMUA

SELESAI KITA

BERANGGUR

DI LANGKAWI
KAH KAH KAH

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Nanti kito BORANGGUH sambil beranggur di Langkawi ..kok nak minum oren, jangan minum kek kodai Cable Car 18 hinggit sogelas ..duo haghi konyang ..kahkahkah ..padan muko.