KESAH BENAR
DARI SARAWAK
Majlis perkahwinan bertukar duka
MAJLIS perkahwinan di Kuching, Sarawak pada 7 Mac lalu pasti akan terus diingati oleh keluarga dan rakan yang hadir.
Tanpa disedari oleh mereka, salah seorang tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan di salah sebuah hotel terkemuka di bandar itu sudah dijangkiti Covid-19 yang kemudiannya meninggal dunia 10 hari kemudian.
Pertanyaan yang segera terlintas di fikiran mereka yang turut hadir pada majlis perkahwinan itu: “Apakah kita turut dijangkiti?”
Namun pada waktu itu tetamu juga tidak menyedari yang mangsa sudah pun dijangkiti virus sehari sebelumnya, dia sudah muntah, menggigil (dan mengalami) cirit birit, menurut isterinya.
Terdahulu sehari sebelum majlis perkahwinan berkenaan dia sudah berjumpa dengan doktor dan diberi ubat cirit-birit.
David Cheng seorang pastor berusia 60 tahun dari Gereja Baptis Emmanuel di kawasan perumahan Taman Hui Sing di Kuching meninggal dunia pada 17 Mac laku akibat jangkitan Covid-19, menjadikannya orang pertama di negeri itu dijangkiti virus berkenaan.
Selepas kesihatannya dilihat semakin teruk dia akhirnya dimasukkan ke dalam wad di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada 14 Mac.
Tahap kesihatan pastor berkenaan yang dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan mempunyai sejarah sakit kronik terus merosot.
Dia disahkan meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) tiga hari kemudian.
Kenyataan media dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri itu mengesahkan kematian dengan menyatakan seramai 193 orang yang mempunyai hubungan rapat dengan pastor berkenaan sudah dikenal pasti dan menjalani kuarantin di rumah.
Kementerian Kesihatan juga sudah mengenal pasti pehimpunan dan perkahwinan gereja – sebagai kelompok kedua terbesar selepas perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling di Kuala Lumpur.
Seramai 184 direkodkan positif Covid-19 semalam, angka kes baharu yang tertinggi sejak 3 April yang mencatat 217 kes baharu. – 12 April, 2020.
MANGSA PERTAMA
KARONA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan