Rabu, 21 Oktober 2020

DARURAT ?

 



DARURAT ?

SAPA DARURAT

NAJIB KE ZAHID?

AMIN


Boleh isytihar darurat

 walau bubar Parlimen,

 kata pengkaji

DARURAT masih boleh diisytiharkan untuk menangani Covid-19 walaupun pada ketika perdana menteri tidak lagi berkuasa akibat undi tidak percaya di Parlimen, kata pengkaji perlembagaan.

Pensyarah Universiti Malaysia Pahang Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata baginda berhak berbuat demikian sekiranya sesuatu ancaman tersebut benar-benar membahayakan.

“Agong boleh isytihar darurat di bawah Perkara 150(1) (Perlembagaan Persekutuan) jika ancaman besar itu telah wujud.

“Atau di bawah Per 150(2) jika ancaman besar itu belum benar-benar wujud tetapi baginda berpuas hati akan bahaya ancaman itu,” kata pensyarah di Fakulti Pengurusan Industri itu.

Pendukung jurisprudens watan itu berkata demikian bagi menjelaskan keadaan yang akan berlaku sekiranya perdana menter tidak menguasai majoriti apabila Parlimen bersidang pada November.

Persidangan tersebut penting untuk membentangkan Belanjawan 2021 dan meluluskan perbelanjaan darurat yang dibuat dalam tindakan menangani pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini.

Oleh itu dalam keadaan darurat tersebut, Agong berkuasa menitahkan agar perbelanjaan diluluskan untuk keperluan yang mendesak, kata profesor madya tersebut.

“Pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan yang dijadual dalam bulan November masih boleh dibuat jika Parlimen bersidang.

“Dalam keadaan Parlimen tidak boleh bersidang akibat keadaan darurat, adalah menjadi sah untuk Yang di-Pertuan Agong membuat ordinan bagi meluluskan perbelanjaan jika wujud keperluan segera dan mustahak.”

Jelas beliau ordinan itu merupakan undang-undang yang tidak mematuhi perlembagaan yang boleh dibuat oleh baginda atau Parlimen.

Ordinan itu untuk “menangani ancaman terhadap keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam negara”, kata Wan Ahmad.

Tambahnya, langkah itu diperuntukkan dalam perlembagaan apabila berlaku darurat yang ditakrifkan apabila baginda berpuas hati dengan bahaya sesuatu ancaman.

Katanya baginda perlu berpuas hati bahawa ancaman ke atas keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam sudahpun atau akan berlaku.

Ancaman itu pula tidak dapat ditangani undang-undang atau mekanisme pemerintahan sedia ada, kata beliau selanjutnya.

Dalam keadaan itu, baginda bertanggungjawab membuat perisytiharan darurat melalui ordinans yang boleh dibentangkan di Parlimen atau dimasyhurkan, kata beliau.

Tegasnya, baginda masih berkuasa mengisytihar darurat walaupun selepas Parlimen dibubarkan sekiranya Muhyiddin Yassin tidak memperolehi majoriti.

Dalam keadaan itu, Agong boleh berbuat demikian selepas Muhyiddin memohon untuk membubarkan Dewan Rakyat.

“Agong juga mempunyai prerogatif untuk isytihar darurat selepas Parlimen dibubarkan jika berlaku keadaan Muhyiddin tidak lagi mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat dan atas permintaannya Agong memperkenankan pembubaran Parlimen.”

“Jika keadaan itu berlaku, satu Kabinet sementara akan dibentuk selaras dengan Perkara 43 (2) dalam perlembagaan,” kata beliau.

Jelasnya, pentadbiran dengan Kabinet sementara itu boleh diadakan untuk mengelak pilihan raya umum diadakan bagi mengelak jangkitan Covid-19 terus merebak sewaktu pandemik.

Dalam masa itu, baginda boleh mendapat nasihat jemaah menteri tersebut Majlis Raja-Raja dan badan seperti Majlis Keselamatan Negara untuk membuat keputusan seperti ordinan darurat.

“Keadaan di atas dilihat boleh berlaku untuk elakkan PRU dilaksanakan semasa wabak Covid-19,” katanya.

Beliau mengulas senario tersebut yang mungkin berlaku memandangkan kedudukan Muhyiddin tidak stabil ekoran ancaman Umno untuk menarik sokongan ke atas kerajaan.

Beberapa parti dan gabungan utama dalam struktur kerajaan kini masih belum mencapai sepakat untuk menyelesaikan kemelut politik yang melanda pentadbiran Muhyiddin.

Mesyuarat parti yang sepatutnya berlangsung dalam tempoh beberapa hari lalu ditangguhkan ekoran peningkatan semula kes Covid-19 ke tahap membimbangkan. – 21 Oktober, 2020.
 

SEMUA BERPUNCA 

DARI 

GILA NAK JADI PM 

 AMIN 

KERAJAAN PH RUTUH 

 AMIN

 KINI  NAK DARURAT

AMIN

Add caption


2 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Janganlah melalut sampai ke pembubaran parlimen dan darurat.
No rombakan kabinet @ no usul tak percaya @ back to normal.
Takkanlah surat syok sendiri Anwar boleh mempengaruhi pemikiran new normal.
Peluang masih ada, tunggu September tahun depan.

Tanpa Nama berkata...

Memang betul la auta keling je umno kaki gempak.last2 terkucil sendiri bila bersatu buat tak tau je.
Gencatan politik kunun. Prkataan gencatan adalah teknik terakhir bila gempak keling tak jadi.kahkahlahkah