Ahad, 15 November 2020

MADEY CADANG KERAJAAN PERPADUAN

 


KERAJAAN

PERPADUAN

 KETIKA

KITA SEMUA

DISERANG KOBID

AMIN

UNTUK KESELAMATN

BERSAMA

AMIN


Kerajaan perpaduan ubat rakyat muak politik, kata Dr Mahathir

SEBUAH kerajaan perpaduan yang merentas garis parti politik adalah jalan masa depan untuk Malaysia, kata Dr Mahathir Mohamad, ketika rakyat semakin jera dan bosan dengan politik dan ahli politik di tengah wabak yang menjejaskan kehidupan mereka.

Bekas perdana menteri menegaskan politik kepartian sudah cukup memecahbelahkan negara dan mencetuskan banyak masalah, terutama ketika pandemik Covid-19 belum juga reda.

 “Ini satu pendekatan yang baik. Ada masanya rakyat juga sudah bosan dengan politik parti. Ada kebaikan jika kita ada kerajaan nasional yang tidak mengutamakan politik parti,” katanya, dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight, minggu ini.

Dr Mahathir memberikan contoh bagaimana bekas perdana menteri Abdul Razak Hussein menarik parti pembangkang untuk membentuk Barisan Nasional selepas pilihan raya umum 1969 dan rusuhan kaum tiga hari kemudian pada 13 Mei.

Beliau juga memberi contoh kabinet Winston Churchill semasa Perang Dunia Kedua, yang disertai ketua parti lawannya Clement Attlee dari Parti Buruh.

Dr Mahathir pertama kali mengemukakan idea kerajaan tanpa parti politik semasa beliau menjadi perdana menteri sementara, dua hari selepas pentadbiran Pakatan Harapan pimpinannya runtuh pada hujung Februari lalu.

“Saya masih berpendapat pada waktu ini kalau kita mahu kurangkan politik kita ketepikan parti, kita utamakan negara,” katanya.

“Pergi Sabah, langgar SOP”

Beliau memberikan contoh bagaimana kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin mendakwa ia mengutamakan rakyat tetapi mencetuskan pilihan raya negeri di Sabah, yang kesannya ditanggung oleh rakyat sekarang apabila kes Covid-19 meningkat dengan berleluasa.

“Kerajaan lebih utamakan kedudukan mereka. Mereka takut dijatuhkan. Jadi tumpuan ialah pada politik sehingga tanpa sebab apa pun mereka cuba rampas kuasa di Sabah.

“Apa perlunya merampas kuasa di Sabah? Ia tidak akan menolong ekonomi kita. Kita tahu kesan daripadanya amat buruk sekali.

“Kalau dahulu kita sudah kurangkan jumlah pesakit baru sehingga tinggal satu saja di seluruh negara tetapi sekarang ini sudah naik sampai 1,200 kes sehari… sebabnya, kerana kita pergi di Sabah dan melanggar SOP,” katanya.

Kes Covid-19 di seluruh negara meningkat selepas pilihan raya negeri di Sabah pada hujung September, dengan kes merebak di Semenanjung yang dibawa dari sana. Rakyat Malaysia umumnya menyalahkan ahli politik kerana usaha melawan Covid-19 sebelum itu berjaya melandaikan keluk jangkitan kepada satu angka setiap hari.

Beberapa pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga bimbang kes Covid-19 akan bertambah parah sekiranya pilihan raya diadakan sekarang.

SPR sudah menetapkan 5 Disember ini untuk pilihan raya kecil Batu Sapi yang terpaksa diadakan selepas kerusi parlimen itu kosong berikutan kematian bekas menteri Liew Vui Keong.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan bertemu dengan beberapa pemimpin parti dan ahli politik untuk merundingkan pembentukan sebuah kerajaan perpaduan, antaranya ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Amanah Mohamad Sabu, dan menteri kerajaan Perikatan Nasional Dr Zulkifli Mohamad.

Muhyiddin juga dilapor meminta pandangan daripada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sama ada wajar atau tidak beliau bertemu dengan Dr Mahathir, lapan bulan selepas langkah politik yang memutuskan hubungan antara mereka.

Kedua-dua pemimpin itu bertembung selepas Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan pada hujung Februari sehingga membawa kepada runtuhnya kerajaan 22 bulan yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2018.

Muhyiddin kemudian mengetuai kerajaan baharu Perikatan Nasional yang dibentuk bersama Umno dan Barisan Nasional serta PAS. Ia mendapat sokongan Gabungan Parti Sarawak dan parti dari Sabah serta wakil rakyat bebas.

Selepas tersingkir dari Bersatu bersama pengikutnya, Dr Mahathir menubuhkan parti baharu yang masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan.

Darurat akan lahirkan kerajaan diktator

Dr Mahathir sekali lagi bercakap mengenai kerajaan perpaduan ketika Yang di-Pertuan Agong menyeru ahli politik supaya kurang berpolitik sebaliknya bersama-sama menumpu perhatian pada usaha melawan Covid-19 dan kesannya kepada ekonomi negara.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga menasihati ahli-ahli Parlimen untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi rakyat yang berhadapan krisis akibat Covid-19.

Baginda bertitah demikian selepas tidak memperkenan permohonan Jemaah Menteri Muhyiddin untuk pengisytiharan darurat, yang akan menggantung Parlimen dan menangguhkan pilihan raya.

Menurut Dr Mahathir, perintah darurat hanya akan memberi lebih kuasa kepada perdana menteri.

“Beliau (Muhyiddin) tidak perlu kuasa tambahan itu. Kita ada masalah dengan Covid-19 dan kesan wabak kepada ekonomi. Ini masalah yang boleh ditangani dengan undang-undang sedia ada.

“Tidak perlu ketepikan undang-undang itu dan perkenalkan pemerintahan secara dikri, dan menyebabkan adanya sebuah kerajaan yang berbentuk diktator.

“Kerajaan yang seperti itu akhirnya akan buat salah,” katanya.

Jelas Dr Mahathir, Covid-19 di Malaysia masih dalam keadaan terkawal dan belum sampai ke tahap seperti di negara lain yang lebih buruk.

“Kita belum sampai ke tahap yang kita perlu hentikan segala undang-undang dan Parlimen supaya dapat tangani masalah ini.

“Kita belum sampai (ke tahap itu) walaupun lebih banyak yang kena penyakit ini,” katanya. – 15 November, 2020.


BUKAN

TUBUH KERAJAAN

BANDUAN

KAH KAH KAH

TUJUAN UNTUK

BEBAS KAN

PENCURI PENYAMUN

KAH KAH KAH



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perpaduan apa nya...krjaan skrg suda tumbang 2x la,kata sheikh al-anwar al-ibrahim la.. Bkn saya kata la. 2x dia ckp tu pd tarikh berbeza2.mn mungkin sheikh anwar berbohong... Keh keh keh keh

Tanpa Nama berkata...

Sokong kerajaan perpaduan. Shafie perdana menteri. Atok jadi penasihat saje. Jangan sekali-kali bagi Anwar peranan, dia akan hancur kerajaan perpaduan. Halau dia ke Finland. Negara aman lepas tu.

Tanpa Nama berkata...

TT, kerajaan perpaduan tak ada chance; Anwar buat kacau. Sebab tu, mesti selesai masalah PKR dulu. Setiap ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat mesti nyata pendirian tentang sokongan Anwar kepada pencuri. TT boleh tanya ahli Parlimen PKR tak?