Jumaat, 23 Julai 2021

ANWAR IBRAHIM TURUN SAMA ?

 

ADAKAH

ANWAR IBRAHIM

SAIFUDIN NASUTION

CHAN LEE KANG

FAHMI FADIL

DOLAH SANI 

AKAN IKUT SERTA?

AMIN

MEREKA INI

BISING NAK

JATUHKAN MUHYIDIN

AMIN

SEKARANG MASA

TERBAIK AMIN

JANGAN SIBUK 

CAKAP  TAPI

 TAK ADA AKSI

KHALAS




Bantuan guaman jika ditangkap ketika protes Konvoi #Lawan esok, kata penganjur

MEREKA yang ditangkap dalam tunjuk perasaan Konvoi #Lawan esok akan diberikan bantuan guaman, kata penganjur Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR).

Jurucakap SSR Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar memberitahu The Malaysian Insight pihak penganjur akan sediakan bantuan dan nasihat perundangan kepada para peserta jika diganggu pihak berkuasa.

Tunjuk perasaan itu unik kerana peserta berada dalam kenderaan sambil kibar bendera hitam. Ia akan menjadi tunjuk perasaan “dalam kenderaan” yang pertama di negara ini.

SSR menuntut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin letak jawatan, mengadakan sidang Parlimen penuh dan berikan moratorium pinjaman bank kepada semua orang.

Esok, peserta diminta berada di dalam kenderaan dan mengibarkan bendera hitam sepanjang tunjuk perasaan yang bermula pukul 3 petang.

Ada beberapa peraturan ditetapkan untuk tunjuk perasaan esok, termasuk membuat perjalanan tidak melebihi 10 km dari rumah dengan had dua orang dalam kenderaan, selari dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Peserta diminta mematuhi peraturan lalu lintas dan tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Peserta turut diingatkan untuk tidak mendedahkan nombor pendaftaran kenderaan dalam mana-mana gambar yang diambil esok. Ini bagi mengelakkan polis dapat mengesan mereka.

Asraf berkata, SSR telah melantik wakil bagi setiap negeri untuk mengawal tunjuk perasaan itu.

“Esok akan ada orang selaraskan tunjuk perasaan. Kami akan beritahu orang ramai tidak lama lagi.

“Orang yang bertanggungjawab akan urus dan jaga tunjuk perasaan itu dan jika ada masalah, orang ramai boleh rujuk dengan koordinator. Setakat ini setiap negeri ada seorang koordinator,” tambahnya.

Asraf menekankan mereka yang akan sertai tunjuk perasaan untuk mengikuti SOP ketat ditetapkan Putrajaya.

“Jika anda tinggal di Kuala Lumpur, pastikan jarak anda berada dalam 10 km radius. Anda tidak dibenarkan lebih 10 km dan tidak rentas sempadan negeri.

“Kami telah berikan garis panduan di media sosial dan kami harap orang ramai dapat patuh arahan itu,” katanya.

Semalam Asraf memberitahu The Malaysian Insight “bahasa jalan raya” atau tunjuk perasaan adalah jalan akhir rakyat kerana semua saluran dan keluhan selama ini tidak berhasil, lebih-lebih lagi Parlimen yang ditutup sejak awal tahun ini.

Atas sebab ini, SSR akan teruskan kempen demonstrasi jalanan sehingga ketiga tuntutan mereka dipenuhi.

Pada 17 Julai, SSR mengadakan tunjuk perasaan antikerajaan secara aman di Dataran Merdeka.

Ketika perhimpunan itu mereka membawa 14 bendera hitam dan replika mayat, yang masing-masing melambangkan kemarahan rakyat dan kematian akibat Covid-19 dan bunuh diri.

Mereka juga mengangkat sepanduk bertulis: “Kita Mati Dalam Derhaka” dan “Keluar Dan Lawan”.

Kumpulan aktivis itu menjelaskan replika mayat tersebut melambangkan jumlah kematian akibat Covid-19 dan kes bunuh diri yang semakin meningkat.

14 bendera hitam yang dibawa dalam perhimpunan itu pula melambangkan kemarahan rakyat, kata kumpulan itu.

“Ini menunjukkan rakyat sudah penat dan marah dengan sikap ego kerajaan Perikatan Nasional yang enggan meletakkan jawatan,” kenyataan itu dipetik.

Susulan demonstrasi di Dataran Merdeka itu, Asraf dan dua yang lain, Mohammad Alshatri Abdullah daripada Suaram dan penyair Muhammad Nur Taufiq Azhar dikenakan denda RM2,000 setiap seorang.

Maklumat lanjut mengenai tunjuk perasaan esok boleh dilihat di: t.me/LawanMsia - 23 Julai, 2021.


JANGAN TURUN 

RATUS RATUS

TURUN RIBU RIBU 

KHALAS



Tiada ulasan: