Jumaat, 23 Julai 2021

PARAH MAKIN PARAH

 

KALAU TAK

DENGAR

 PANDANGAN

ORANG LAIN

MAKIN PARAH

NEGARA

AMIN 

PANDANGAN INI

PERCUMA

AMIN

TAPI AWAS 

ADA TELOR

DISEBELAH 

BATANG

KHALAS


UMNO sentiasa beri pandangan, tetapi tidak dilayan –
Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO menolak dakwaan pihak tertentu ke atas parti itu kononnya hanya pandai mengkritik sahaja tanpa memberi pandangan yang dapat membantu kerajaan menangani pandemik Covid-19.

Presidennya,  Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, UMNO paling banyak memberi pandangan dan cadangan, tetapi tidak dilayan oleh kerajaan.

“Antara cadangan kita ualah memberi bantuan tunai, menawarkan moratorium pinjaman dan pengeluaran wang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kali kedua.

“Semua cadangan ini tidak dilayan dan kerajaan memberi pelbagai alasan serta teori, tetapi akhirnya kerajaan mengumumkan moratorium pinjaman dan skim i-Citra.

“Ini termasuk juga UMNO memberi pandangan bagaimana untuk kerajaan menangani penularan Covid -19 dan menjaga rakyat,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Kata Ahmad Zahid, setiap kali beliau dan pimpinan UMNO membuat teguran kepada kerajaan, akan ada propaganda dari pihak tertentu yang menyerang peribadinya.

“Ianya tidak benar pimpinan UMNO hanya tahu mengkritik saja, namun tidak beri cadangan untuk membendung Covid- 19 dan UMNO memberi pencerahan yang konsisten kepada kerajaan.

“Sebagai contoh, PKP 2.0 yang dikuatkuasakan pada 13 Januari lalu selepas jangkitan harian cecah 3,027 kes, kit akita mencadangkan ‘total lockdown’ dengan memberi bantuan kepada rakyat untuk bertahan.

“Tetapi, kerajaan mengumumkan ‘total lockdown’ mulai 1 Jun kerana jangkitan telah cecah 8,000 kes sehari,” katanya.

Bagaimanapun, tegas beliau, ‘total lockdown’ yang dibuat itu bersifat separuh masak dan gagal mengurangkan kes jangkitan Covid-19 daripada meningkat.

Justeru, ujarnya, tidak timbul isu pimpinan UMNO hanya tahu mengkritik, tetapi tidak memberi cadangan.

Isu yang sebenar, katanya, adalah mengenai kisah sesebuah kegagalan dalam menguruskan pandemik.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, rakyat semakin menderita kerana kurang dibantu apabila sebahagian sektor ekonomi ditutup.

“Kita minta lebih banyak bantuan untuk rakyat dan suntikan vaksin dipercepatkan. Maka kita terus mencadangkan pelaksanaan ‘total lockdown’ yang sebenar. Bagaimanapun ‘total lockdown’ tetap tidak dilaksanakan.

Dalam pada itu, katanya, UMNO berpendapat program vaksinasi perlu dipercepatkan, memandangkan kes jangkitan harian telah cecah lima angka atau sekitar 12,000 kes sehari.

LUAHKAN

PANDANGAN

SECARA TERBUKA

AMIN

TANPA PATEN

AMIN

TAK PERLU

HAK MILIK

KOPIRITE

KAH KAH KAH



Tiada ulasan: