Selasa, 27 Julai 2021

BILA NAJIB NAK MASUK PENJARA ?

 


 SOALAN RAKYAT

NAK TAHU

IALAH SAH KE 

NAJIB BERCAKAP

AMIN

NAJIB PATUT

 DALAM PENJARA

AMIN

TERLIBAT

 KES BUNUH

AMIN

TERLIBAT

 KES RASUAH

AMIN

SAHKAH NAJIB 

JADI MANUSIA

KHALAS




Sahkah kerajaan Perikatan sekarang, tanya Najib

NAJIB Razak mempersoalkan keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang selepas menteri undang-undang Takiyuddin Hassan semalam memberitahu Dewan Rakyat ordinan darurat sudah dimansuh sejak 21 Julai.

Bekas perdana menteri berkata perkara itu perlu diperjelaskan oleh pentadbiran Muhyiddin Yassin untuk mengelak sebarang kekeliruan.

“Enam ordinan termasuk ordinan pertama iaitu induk darurat 2021 boleh timbulkan soal kesahihan dari segi undang-undang dan keabsahan kerajaan dari 21 Julai sehingga 1 Ogos.

“Ini boleh menimbulkan kekeliruan dan perlu penjelasan segera,” katanya dalam satu sidang media hari ini.


Takiyuddin semalam memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa Jemaah Menteri telah membuat keputusan menarik balik pelaksanaan ordinan-ordinan darurat pada 21 Julai. Semakan menunjukkan Jemaah Menteri mengadakan mesyuarat mingguannya pada tarikh itu.

Isu keabsahan kerajaan PN susulan pengumuman Takiyuddin semalam turut dibangkitkan oleh peguam, antaranya Haniff Khatri yang berpendapat ada kekosongan dari segi kuasa selepas ordinan darurat mansuh ketika proklamasi masih berjalan.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Pekan juga meminta pentadbiran Muhyiddin menjelaskan sama ada pemansuhan ordinan darurat mematuhi proses yang sewajarnya, iaitu sama ada sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan diwartakan.

Beliau juga meminta kerajaan menjawab apakah pemansuhan itu boleh dibuat secara terkebelakang atau retrospektif, seperti yang diumum oleh Takiyuddin semalam.

“(Adakah) ini  boleh dilakukan sebab implikasinya terhadap apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa selepas 21 Julai itu mungkin boleh dipersoalkan atau terbatal dari segi undang-undang,” katanya.

Jelas Najib, pembatalan ordinan darurat bukan sahaja perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong tetapi perlu juga dibentang di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Ini pernah kita lakukan zaman saya dulu pun, undang-undang darurat yang kita batalkan mengikut proses ini,” tambahnya.

Semasa jadi perdana menteri, pentadbiran Najib pada November 2011 memansuhkan tiga proklamasi darurat iaitu Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 selepas rusuhan 13 Mei, dan Perisytiharan Darurat 1977 di Kelantan.

Awal hari ini, Takiyuddin menggunakan alasan “petua Yang diPertua Dewan Rakyat” untuk mengelak daripada memberi penjelasan kepada ahli-ahli Parlimen yang mempersoalkan status ordinan darurat dan pemansuhannya.

Katanya, beliau akan menjawab semua isu berkenaan pelaksanaan darurat pada Isnin ini, seperti arahan Azhar semalam.

Azhar hari ini yang didesak oleh ahli-ahli Parlimen tidak berganjak daripada keputusannya, sehingga memaksa ketua pembangkang Anwar Ibrahim meminta Parlimen merekodkan bantahan mereka.

“Parlimen harus rekod ini kerana sehingga sekarang belum ada keupayaan bukan saja menteri atau perdana menteri, seorang menteri pun tidak berani memberi pengakuan Agong sudah memberi perkenan. 

“Jadi rekod ini di Parlimen. Dengar semua ahli parlimen, dengar semua rakyat di Malaysia, bahawa kerajaan ini sudah mengumumkan sesuatu yang melanggar Perlembagaan dan tidak menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya di Dewan Rakyat. – 27 Julai, 2021.

 RAKYAT

MALAYSIA NAK

LIHAT SACEPAT

MUNGKIN NAJIB

DAN ROSMAH

MASUK PENJARA

KHALAS

BILA MEREKA

DALAM PENJARA

SATENGAH

MASALAH NEGARA

SELESAI

AMIN

LAGI SETENGAH

TUNGGU YANG

LAIN AKAN

DIMASUKKAN 

KHALAS 

BILA SEMUA

 BANDUAN 

MASUK PENJARA 

NEGARA  KITA

AMAN DAMAI

KHALAS



1 ulasan:

Arymanchino berkata...

Haramjadah bos ku penyamun patut dah campak dlm longkang Sg Buloh.Bila lg Makamah Rayuan nak baca kputusan.Rakyat dah meluat sgt.Jgn bagi dia bercakap..