Selasa, 27 Julai 2021

KU LI LARI DARAI SARANG PELACUR

 


 KU LI

TAKUT KENA

SIPLIS

KAH KAH KAH

LARI JAUH DARI

PELACUR

KAH KAH KAH



Ku Li minta ubah kerusi di Dewan Rakyat, duduk di blok bebas

AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah memohon supaya tempat duduknya di Dewan Rakyat ditukar ke blok ahli Parlimen bebas kerana beliau “tidak pernah menyokong” kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau membuat permohonan itu dalam sepucuk surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun, semalam.

“Dengan hormatnya suka saya memaklumkan saya tidak ingin terus berada di kerusi yang disediakan untuk saya dalam Dewan Rakyat bersama-sama dengan lain-lain anggota Dewan Rakyat yang ditempatkan dalam kumpulan seolah-olah menjadi penyokong kerajaan yang ada.

“Dengan makluman ini saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Yang di-Pertua memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan (block) Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini,” katanya dalam surat bertarikh 26 Julai yang diedar kepada media, hari ini.

Menurut Tengku Razaleigh, beliau tidak pernah menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

“Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan ‘Perikatan Nasional’,” kata ahli Parlimen 11 penggal sejak 1974 itu.

Tengku Razaleigh yang juga pengerusi Jemaah Penasihat Umno sebelum ini beberapa kali menyatakan pendirian terbuka yang bertentangan dengan sikap kerajaan Muhyiddin, termasuk melalui beberapa surat kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Sementara itu, Azhar dalam satu kenyataan media mengesahkan beliau menerima permohonan Tengku Razaleigh hari ini.

“Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat saya mengambil maklum keputusan ahli Parlimen Gua Musang tersebut dan mengarahkan setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Permohonan Tengku Razaleigh dibuat kira-kira tiga minggu selepas Umno mengumumkan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Tengku Razaleigh bagaimanapun memberitahu Azhar beliau tidak tahu apakah ada ahli Parlimen lain yang juga mahu menukar tempat duduk di Dewan Rakyat sepertinya.

“Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini, saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional, Umno terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong kerajaan gagal ini,” tambahnya.

The Malaysian Insight difahamkan setakat ini hanya Tengku Razaleigh yang memohon untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat.

Pada masa ini terdapat dua anggota Dewan Rakyat bebas yang tidak menyokong kerajaan iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) dan Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam).

Mereka menjadi wakil rakyat bebas selepas tersingkir daripada Bersatu kerana tidak mendukung langkah politik Muhyiddin.

Syed Saddiq mengasaskan parti baharu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang masih menunggu kelulusan pendaftaran, yang kini sudah dirujuk kepada mahkamah.

Kerajaan PN kini mempunyai 114 kerusi di Dewan Rakyat manakala pembangkang 106. Dua kerusi kosong susulan kematian wakilnya iaitu Batu Sapi dan Gerik. – 27 Julai, 2021.

 

SAYANG SEKALI

CALON

TETAP PM

MALAYSIA INI

TAK ADA

PENYOKONG

AMIN




Tiada ulasan: