Selasa, 25 Januari 2022

PENG ANAL TAK FAHAM

 




PRU15 lebih awal jika BN menang besar di Johor, ramal penganalisis 

PILIHAN raya umum (PRU) mungkin diadakan menjelang September jika Umno/Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata penganalisis.

“Kemenangan besar di Johor akan membolehkan BN menilai semula kedudukan mereka dengan pengundi selepas kalah PRU pada 2018,” kata Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya.

Tetapi jika pengundi muda dan baharu berdaftar bersikap dingin terhadap BN, kerajaan mungkin memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya kepada 2023, kata pensyarah pengajian etnik Melayu itu.

Selepas banyak spekulasi, Menteri Besar Johor Hasni Mohammad mengumumkan pada hari Sabtu bahawa DUN akan dibubarkan untuk pilihan raya baharu.

Umno dan DAP mempunyai kerusi terbanyak di Johor dengan masing-masing 14 diikuti Bersatu (11), PKR (7), Amanah (6), MIC (2) dan PAS (1), berjumlah 55 selepas kematian Adun Kempas Osman Sapian Disember lepas.

Pada 2018, gabungan Pakatan Harapan (PH) menyingkirkan BN selepas memenangi 36 daripada 56 kerusi manakala BN dan PAS masing-masing hanya mempunyai 19 dan satu kerusi.

Namun berikutan pembelotan daripada Bersatu dan wakil rakyat PKR negeri pada 2020, BN bekerjasama dengan PN untuk memerintah negeri itu dengan majoriti mudah 29 kerusi DUN. Majoriti mudah itu, bagaimanapun, dikurangkan kepada 28 selepas kematian Osman pada 22 Disember.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata kemenangan besar BN di Melaka pada November memberi mereka keyakinan untuk mengekalkan momentum di Johor.

“Pembangkang berpecah-belah dan tidak boleh menggerakkan penyokongnya dalam keadaan semasa,” kata pensyarah sains politik itu.

Di Melaka, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi untuk memperoleh semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya Covid-19 yang menyaksikan kempen fizikal yang minimum.

Awang Azman bersetuju kerana blok PH nampaknya “terlalu yakin” dan tidak mahu melayan parti pembangkang lain seperti Pejuang, Warisan atau Muda.

“Ini akan menyebabkan pembangkang memecahkan undi sendiri dan menjadikannya mustahil untuk mereka menang,” kata Awang Azman yang menyaksikan isu yang sama dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini di mana GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagaimanapun semalam mengumumkan Pakatan Harapan akan mengikat semua parti pembangkang termasuk Pejuang, Warisan dan Muda untuk bertanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang.

Anwar, yang juga pengerusi PH berkata ini bagi memastikan Umno dan BN akan dikalahkan dalam pilihan raya, bermula dari pilihan raya Johor.

“Persetujuan awal telah dibuat yang mana kita akan membuka ruang untuk mengikat semua kuasa peluang dan masyarakat sivil untuk memastikan ada perubahan. Ia tidak akan membantu jika ada keretakan (dalam pembangkang),” katanya.

Johor, tinjauan proksi Umno

Tetapi Tunku Mohar memberi amaran bahawa pilihan raya negeri Johor bukan hanya untuk mendapatkan kerajaan yang stabil, seperti yang didakwa oleh Menteri Besar Hasni.

“Kerajaan BN sekarang cukup stabil dengan Bersatu dan PAS. Selain itu, tiada tekanan daripada pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

“Walaupun Bersatu menarik balik sokongannya kepada kerajaan negeri BN, sudah ada jaminan bahawa pembangkang akan menyokong MB.”

Beliau berkata pilihan raya negeri Johor pada asasnya adalah “pilihan raya Umno”.

“Ia juga menunjukkan betapa lemahnya Ismail Sabri Yaakob walaupun menjadi perdana menteri. Walaupun dengan jawatannya, beliau tidak boleh menghalang Umno Johor daripada membubarkan DUN,” kata Tunku Mohar.– 25 Januari, 2022.

APA MAKNA

PRN JOHOR

AMINI

INI PROJEK  

NAJIB &

ZAHID & KLUSTER

MAHKAMAH

AMIN

KENAPA NAK

CEPATKAN PRU15?

AMIN

UNTUK SELAMATKAN

NAJIB ZAHID ROSMAH

DARI 

MASUK PENJARA

AMIN

PROJEK INI

AKAN TEKAN

SABRI 114

YG MAHU KEKAL

HABIS PENGGAL

KHALAS

Tiada ulasan: