AZAM BAKI - KENAPA AGONG DAN PM TAKUT BERTINDAK ?
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 22/01/22
1. Walaupun berbagai jentera kerajaan khususnya pasukan polis di gerakkan bagi menggagalkan usaha sekempulan rakyat MENUNTUT Azam BaKI DITANGKAP namun jika dilakukan kajian atau survey saya yakin majoriti mahukan Azam ditangkap sertamerta BUKAN DI CUTI ATAU DI PINDAHKAN ke Jabatan lain
2. Bukan sahaja Azam tetapi rakyat mula mencurugi SPRM itu sendiri ; apakah PEGAR YANG DI HARAPKAN TIDAK LAGI BOLEH DI PERCAYAI ?
3. Azam umpama SETITIK NILA YANG MEROSAKAN SUSU SEBELANGA
4. Bak kata Hadi di satu ketika dahulu MCA umpama seketul daging babi yang berada dikawah daging lembu yang dihidang kepada umat Islam
5. Cerita Azam ini sudah lama di dengari sehingga ada yang mengaitakan dengan tauke lama nya , Abu Kassim Muhamed dan Shukri Abdull dengan berbagai tuduhan , Wallahualam !!
6. Yang hairannya TERNAMPAK mengapa Ismail Sabri bersungguh - sungguh CUBA mempertahan Azam ; sepatutnya sebagai seorang berjawatan tinggi seperti beliau ini TIDAK MENCAMPURI perkara sebegini
7. Mengapa awal - awal lagi beliau TIDAK BERSETUJU cadangan pembentukan RCI , dan juga mengajak rakyat MEMPERCAYAI keputusan siasatan Security Commission SEDANGKAN ekoran itu Security Commission memperjelaskan keputusan sebenar yang MENGESAHKAN kesemua saham tersebut adalah MILIK Azam BUKAN adiknya
8. Dari mana SUMBER wang yang banyak membolehkan beliau menguasai jutaan saham syarikat berkenaan
9. Rakyat juga mula MEMPERSOAL mengapa Agong TIDAK BOLEH mengarahkan Kerajaan menubuhkan RCI ?
10. Kata mereka JIKA Agong boleh mengenepikan Perlembagaan apabila melantik Mahiaddin yang TIDAK cukup sokongan , mengapa beliau SENYAP dengan cadangan murni ini , Penubuhan RCI yang mula - mula sekali diutarakan oleh Peguam Rafique Rashid yang kebetulan Timbalan Pengurusi Parti PEJUANG WP
11. Sultan Perak , Timbalan Agong sendiri telah MENYENTUH isu SPRM ini
12. Demi ketulusan , saya BERSETUJU cadangan Dr. MAZA , Mufti Perlis demi menggembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat , SPRM PERLU DI ROMBAK atau 'REVAMP' semula
13. YANG PENTING , sebagai Perdana Menteri Ismail MISTI dengar dan ambil kira pandangan majoriti rakyat
14. Isu Azam Baki ini jika tidak diambil tindakan , rakyat PASTI akan MENEMPELAK beliau dan UMNO apabila berlangsung nya Pilihanraya Umum ke 15 nanti malah Pilihanraya Kecil Negeri ( PRN ). Johor
15.. Rakyat khususnya pengundi MAHU TAHU sejauh mana Kerajaan BERSUNGGUH MAHU MENGHAPUSKAN Penyelewangan Kuasa dan Rasuah atau hanya 'LIP SERVICE' atau bermain dibibir sahaja
16. RCI juga PATUT ditubuhkan bagi mengkaji secara mendalam termasuk tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggong jawab yang menyebabkan banjir besar yang belaku di beberapa daerah di Pahang
17. BERANI KERANA BENAR
TAKUT KERANA SALAH
Wassalam
Terima Kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan