Ahad, 23 Januari 2022

ZAHID ESOK - TAK SEMPAT PILIHAN RAYA

 



Keputusan kes Zahid ditentukan di Mahkamah Tinggi esok

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur akan menentukan nasib Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi esok, sama ada beliau akan dipanggil membela diri atau dibebaskan berhubung 47 pertuduhan penyelewengan dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan akan disampaikan Hakim Collin Lawrence Sequerah, yang mendengar kes itu.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran sementara Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Semua pertuduhan itu termasuk 12 pertuduhan pecah amanah (CBT) membabitkan M31 juta, lapan tuduhan rasuah membabitkan RM21.25 juta dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM65 juta miliki Yayasan Akalbudi, satu yayasan yang diterajui bekas timbalan perdana menteri itu.

Perbicaraan bermula pada 18 November, 2019 dan keterangan 99 saksi didengar.

Pada 19 Mac, pihak pendakwa menutup kes selepas 53 hari sementara penghujahan didengar hingga 6 September.

Perbicaraan terganggu beberapa kali dan perbicaraan secara fizikal terpaksa dihentikan susulan sekatan Covid-19.

Selain epidemik, perbicaraan itu turut ditangguh beberapa kali susulan masalah kesihatan Zahid.

Zahid pernah tidak dapat hadir ke mahkamah kerana dimasukkan ke hospital berikutan masalah kecederaan. Ia mendorong hakim mengeluarkan sepina terhadap doktor Zahid bagi menjelaskan keadaan kesihatannya dan tempoh untuk pulih.

Susulan itu, Zahid menghantar petisyen kepada mahkamah untuk mendapatkan pasport bagi membolehkan beliau mendapat rawatan di Munich, Jerman.

Beberapa kali perbicaraan terpaksa ditangguhkan kerana Zahid mengadu sakit kerana penyakit gaut.

Pertuduhan kes pecah amanah

Bagi 12 pertuduhan pecah amanah, ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membayar bil hutang kad kredit peribadi, membayar polisi insurans dan lesen kenderaan peribadi, menghantar kiriman wang kepada firma peguam, membayar syarikat konsultan dan memberi sumbangan kepada persatuan bola sepak polis.

Kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan itu didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, cawangan Jalan Bunus, No 133, Jalan Bunus, off Jalan Masjid India, Kuala Lumpur antara 13 Januari, 2014 dan 11 Januari, 2016 dan pada 23 Disember, 2016.

Jika disabitkan bersalah, Zahid boleh dipenjarakan hingga 20 tahun.

Kes rasuah

Zahid juga didakwa menerima rasuah daripada tiga syarikat – Mastoro Kenny IT Consultant & Services, Data Sonic Group Bhd dan Profound Radiance Sdn Bhd.

Rasuah diberikan ketika Zahid menjawat jawatan menteri dalam negeri dan ia bagi membantu syarikat terbabit memperoleh projek MyEG untuk membekalkan cip pasport selain dilantik menjadi operator bagi pusat sehenti visa pendatang asing di Pakistan dan Nepal.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Maybank, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur antara 15 Julai, 2016 dan 15 Mac, 2018.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, yang membawa hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000, dan penjara tidak melebihi 20 tahun. 

Kes pengubahan wang haram

Sebanyak 25 daripada 27 kes pengubahan wang haram membabitkan Zahid memberi arahan kepada Muralidharan of Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi.

Pertuduhan itu berkaitan dana lebih RM53 juta didakwa daripada aktiviti tidak sah yang disimpan dalam akaun deposit tetap.

Pertuduhan ke-26 membabitkan RM7 juta disimpan dalam akaun deposit tetap dan kemudiannya dikeluarkan oleh Lewis & Co, di mana RM5.9 juta digunakan membeli dua lot bangle di Country Heights, Kajang untuk yayasan keagamaan Yayasan Al-Falah.

Bagi pertuduhan ke-27, Zahid didakwa mengarahkan pengurup wang Omar untuk menukarkan RM7.5 juta tunai kepada 35 cek dan diberikan kepada Lewis & Co untuk disimpan di dalam akaun deposit tetap.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di cawangan Dataran Maybank, Level 1, Tower A, No. 1 Jalan Maarof, Bangsar dan Marhaba Enterprise Sdn Bhd, Fahrenheit88, 179 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur antara 29 Mac, 2016 dan 11 April, 2018. – 23 Januari, 2022.

PROJEK CEPATKAN

PRU15 

GAGAL

AMIN

PROJEK LAMBATKAN

KES MAHKAMAH

GAGAL

AMIN

ADA 47 KES

MACAM 47 MATA KAIL

MUSTAHIL SATU

TAK MELEKAT

KAH KAH KAH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes Kes profile tinggi mana sampai hujung, yang sampai hujung pun tak nampak kesan pun, jatuh hukum pun Masih boleh rayu rayu sampai Hakim yang jatuh hukum pun arwah, ITU lah strategi terakhir mereka, kah kah kah masih ada peluang terlepas mata kail, kah kah