Ahad, 23 Januari 2022

BERKHALWAT HARI KE 673

 



KHALWAT KE 673

AHAD  23/1/2022

KITA MASUK KE HARI 673
BERKHALWAT

PKP 4.0
ANGKA JADI
4000+++
APA DAH JADI ?

DEMO SABTU
BERJAYA
TANDA KEJAYAAN
IALAH  ANAK MUDA DI HALANG
KALAU TAK DIHALANG
ERTINYA  DEMO
MELESET GAGAL

MUSUH LAWAN BALIK
MUSUH BERTINDAK
ERTINYA
APA YANG KITA BUAT BETUL
KALAU MUSUH TAK AMBIL POT
ERTINYA
APA YANG KITA BUAT PALAT
AMIN

PRN JOHOR
JENG JENG JENG

YANG JELAS ABAH
TAK AKAN TANDING
DI PAGOH
TENGOK BETUL TAK
RAMALAN INI
KAH KAH KAH

PAGI INI
 HOKKIEN KERING
DARI RUMAH LAGI DAH
DENGAR MURAI BERKICAU

DALAM  HOKKIEN
TERKUKUR DAN CENGKERIK
BERLAGU
JANTAN BERKOKOK
DI DUA TEMPAT
HOW WOW
BUAT BISING

KL & KL SENTRAL BERKABUS
AGAK TEBAL 
KELIHATAN KELAM
INI KERANA HUJAN RENYAI
PETANG KELMARIN
DAN HUJAN TAK JADI

PAGI AHAD YANG SUNYI
PANAS YANG MENJANJIKAN
GUA NAK KE PASAR HARI INI
MAKANAN & BUAH DAH HABIS
KAH KAH KAH

BRO
MULAKAN DENGAN SENYUM
PAGI INI TERSENYUMLAH
TANDA KITA GEMBIRA
KITA DILAHIRKAN SEKALI LAGI

BRO
SOSOK CERAH
DENGAN SOSOK GELAP
SAMA
SEPERTI YANG HIDUP
DENGAN YANG MATI

BRO
ANAK MUDA SENANG
KENA PUTAR
KERANA MEREKA
CEPAT SIMPAN HARAPAN

BRO
KUASA YANG ADA
PADA KITA UNTUK MEMBUAT
ADALAH JUGA
KUASA PADA KITA UNTUK
TIDAK MEMBUAT

BRO
SOSOK IDEAL
AKAN MENERIMA KECELAKAN
DENGAN TENANG DAN BERSOPAN
DAN MENGGUNAKAN IANYA
UNTUK KEBAIKKAN

BRO
SAPA BERJAYA MENUNDUKKAN DIRI
ADALAH KEJAYAAN AGUNG

BRO
SOSOK BIJAK INI
ADA SEDIKIT GILA

BRO
RAMAI ORANG
SUKA MEMBERI KASEH SAYANG
DARI MENERIMA 
KASEH SAYANG

BRO
JIKA KITA SUKA
APA KERJA YANG KITA BUAT
MAKA KERJA ITU AKAN SEMPURNA

BRO
KITA TIDAK AKAN LAKUKAN 
SESUATU TANPA KEBERANIAN
KEBERANIAN ADALAH SIKAP
YANG PALING AGUNG
DALAM MINDA KITA
SESUDAH KEHORMATAN

BRO
JANGAN SILAP
PEKAN ATAU KOTA
YANG INDAH BUKAN
BERMAKNA KOTA
YANG RAMAI ORANG

BRO
EMAK LEBIH SAYANG
PADA ANAK
KERANA EMAK TAHU
ANAK ITU ANAK DIA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: