Rabu, 9 Ogos 2023

CURI PASIR ATU NADIR BUMI ?


Duduki tanah kerajaan secara haram, penyelia didenda RM200,000

KUANTAN – Seorang penyelia syarikat perlombongan dijatuhi hukuman RM200,000 selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran sah di Mahkamah Seksyen Kuantan hari ini.

Tertuduh Saharudin Sa’ya,50, boleh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda bagi setiap pertuduhan berkenaan.

Hakim Azman Mustapha juga memutuskan kesemua tujuh jentera berat yang disita ketika tangkapan telah dilucut hak kepada kerajaan negeri Pahang.

Saharudin yang merupakan penyelia Syarikat Wanli Mining Constructions Sdn. Bhd. dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara iaitu tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di kordinat WA 598258, WMA 445772 bersebelahan Pusat Latihan dan Akademik APMM, Kg Sungai Ular, Kuantan pada 13 Februari 2023 jam 4.50 petang.

Hasil pemeriksaan semasa serbuan turut mendapati sekumpulan pekerja melakukan kerja-kerja pemindahan pasir silika di kawasan tersebut di bawah arahan tertuduh.

Tertuduh turut didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425(1)(a) Kanun Tanah Negara iaitu tanpa kebenaran yang sah menduduki tanah kerajaan di kordinat WA 445724, WMA 598316 bersebelahan Pusat Latihan Dan Akademik APMM, Kg Sungai Ular, Dalam Daerah Kuantan pada 5 April 2023 jam 1 petang.

Pertuduhan juga dibuat mengikut Seksyen 426 C(3) Kanun Tanah Negara 1965 iaitu suatu perintah untuk pelucuthakan benda itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan kepada mahkamah bahawa suatu kesalahan di bawah Seksyen 425 telah dilakukan dan bahawa benda itu adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan kesalahan itu.

Bagi setiap kesalahan tersebut, tertuduh boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara untuk suatu tempoh tidak melebihi 5 tahun.

Pendakwaan yang dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Pahang, Shahrizat Ismail, dan Pegawai Pendakwa Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Taqiuddin Azizan meminta mahkamah menjatuhi hukuman setimpal.

Mereka berhujah, mahkamah wajar mengambil kira kadar royalti yang diterima dan kesan di sebalik daripada aktiviti perlombongan haram yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Tertuduh kemudian membuat rayuan pengurangan hukuman denda dan memohon pemulangan jentera berat yang disewa.

Menurut Saharudin, dia mempunyai tanggungan besar sebagai ketua keluarga serta tiada pendapatan selepas berlakunya tangkapan.

Tertuduh turut merayu mahkamah agar hukuman dikurangkan memandangkan dia hanyalah seorang pekerja dan tidak mempunyai aset kepentingan yang besar kepada syarikat


WOIT

DI PAHANG

BANYAK KES

CURI PASIR

AMIN

KES REMBAT

TANAH KERAJAAN

TANAM DURIAN

AMIN

KES REMBAT 

BALAK

AMIN

INI KALI PERTAMA

TANGKAPAN

BERLAKU

AMIN

KES DUSUN

DURIAAN HARAM

DI RAUB

TAK DA BERITA

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: