Rabu, 9 Ogos 2023

MENANTU MUHYIDIN CABUT LARI ?


Saya tidak melarikan diri, kata menantu Muhyiddin


MENANTU Muhyiddin Yassin hari ini menafikan dakwaan yang beliau melarikan diri.

Muhammad Adlan Berhan menerusi peguamnya, Baljit Singh Sidhu berkata beliau meninggalkan negara secara sah.

Awal hari ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mungkin meminta bantuan Interpol untuk mengesan Adlan dan peguam Mansoor Saat, yang melarikan diri dari negara ini selepas mereka diletakkan dalam “senarai orang dikehendaki” SPRM .

“Kenyataan akhbar itu setakat ini bertujuan untuk memberikan tanggapan bahawa anak guam kami adalah seorang pelarian yang melarikan diri, anak guam kami menolak sama sekali, tohmahan sedemikian.

“Anak guam kami, seperti mana-mana warganegara Malaysia yang bebas, mempunyai hak untuk bergerak dan melancong, termasuk ke luar negara, dan lebih-lebih lagi untuk menjalankan perniagaannya di mana-mana tempat di dunia.

“Penggunaan hak ini oleh anak guam kami tidak boleh ditafsirkan atau diselewengkan sebagai percubaan untuk mengelak atau menghalang siasatan. Anak guam kami menyatakan bahawa sebelum dia meninggalkan Malaysia secara sah, dia: tidak pernah ditangkap; (dan) tidak pernah dipanggil oleh SPRM untuk perjumpaan atau untuk membantu dalam apa-apa jenis siasatan,” kata peguam Adlan Baljit Singh Sidhu yang ditulis oleh Malaysiakini.

Peguam itu juga berkata Adlan akan kembali ke negara ini secepat mungkin untuk membantu SPRM jika unsur “ancaman dan penganiayaan” dihapuskan.

Adlan yang berusia 48 tahun berkahwin dengan Nabilah, anak kedua Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin.

Bagaimanapun, SPRM sebelum ini berkata kedua-dua individu meninggalkan negara pada 17 dan 21 Mei dan tiada rekod mereka pulang.

“Kami mengesyaki Adlan berada di negara tertentu tetapi tidak boleh mendedahkan negara itu,” kata Azam.

Beliau berkata kedua-duanya dicari bagi tujuan pendakwaan. – 9 Ogos, 2023.


WOIT

LARI KE TAK

LARI

KAH KAH KAH

APA JADI DENGAN

JHO LOW ?

AMIN

APA JADI DENGAN

NIK FAIZAL

AMIN

PASAL APA

TAKDA BERITA

DAH KAUTIM KE

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

TERUTAMA BILA

KES ZAHID NAK

DI LUPUS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: