Sabtu, 7 Disember 2024

APAKAH IRAN AKAN BUAT SENJATA NUKLEAR ?



Iran rancang tingkat pengeluaran uranium hingga 60 peratus

VIENNA : Iran merancang meningkatkan pengeluaran uranium diperkaya tinggi secara signifikan, menurut satu laporan sulit.

Laporan itu menyebut reka bentuk terkini di kilang pengeluaran unsur nadir bumi itu menunjukkan bahawa perubahan itu dapat meningkatkan pengeluaran uranium diperkaya sehingga 60 peratus kepada lebih 34 kilogram sebulan, berbanding 4.7 kilogram sebelumnya.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menyatakan uranium yang diperkaya hingga 60 peratus menghampiri tahap 90 peratus yang diperlukan untuk pengeluaran senjata nuklear.

Iran sebelum ini berulangkali menafikan hasrat meningkatkan pengeluaran uranium itu bagi membangunkan senjata nuklear.

Ketua IAEA, Rafael Grossi, berkata keputusan Iran untuk meningkatkan pengeluaran uranium diperkaya sehingga 60 peratus itu 'sangat membimbangkan'.

Beliau menjelaskan peningkatan ini hampir mencapai tahap yang diperlukan untuk membuat senjata nuklear, yang dilihat oleh banyak pihak sebagai tindak balas Tehran terhadap tindakan ketenteraan dan diplomatiknya di Syria, Lubnan, dan Gaza.

Grossi menambah bahawa walaupun beberapa ahli politik Iran menyokong pembangunan senjata nuklear, kepimpinan semasa tidak kelihatan menuju ke arah itu. Beliau turut memberi amaran kepada Israel mengenai risiko besar bakal ditanggung mereka jika menyerang kemudahan Iran.

Grossi juga menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan minat negara lain untuk memiliki senjata nuklear serta normalisasi perbincangan mengenai penggunaannya

Bulan lalu, Iran mengumumkan pelancaran senjata baru dan maju sebagai tindak balas terhadap resolusi IAEA yang mengecam Tehran.

Resolusi itu dibawa oleh Britain, Perancis, Jerman, dan Amerika Syarikat. IAEA meminta Iran membenarkan pelaksanakan pemeriksaan yang lebih ketat untuk memastikan tiada penyalahgunaan fasiliti itu.

Iran mempertahankan haknya terhadap tenaga nuklear untuk tujuan damai dan menolak sebarang dakwaan mengenai pembangunan senjata.

Namun, ia kekal satu-satunya negara bukan pemilik senjata nuklear yang memperkaya uranium hingga tahap melebihi 50 peratus.

Perjanjian nuklear 2015 mengehadkan program nuklear Iran sebagai pertukaran kepada pelepasan sekatan dilanggar apabila Amerika Syarikat menarik diri secara unilateral pada 2018 di bawah pentadbiran Donald Trump.

Perbincangan diplomatik antara Iran, Britain, Perancis, dan Jerman diteruskan minggu lalu di Geneva, walaupun ketegangan semakin meningkat sebelum Trump kembali ke Rumah Putih pada Januari ini.

WOIT

ISRAEL ADA

SENJATA NUKLEAR

AMIN

KENAPA IRAN

TAK BOLEH ?

JENG JENG JENG

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

64 kilo adalah jumlah uranium yang cukup bagi menempa sebiji bom nuklir. Kerana itu, jam kiamat hanya tinggal beberapa belas saat saja lagi. Bertindak. Hentikan punca perang.