Sabtu, 7 Disember 2024

DAPAT BURIT PUN RASUAH


‘Individu

luluskan

 pelaburan 

FashionValet

 masih dipuja’
  
BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Permodalan Nasional Berhad (PNB), Jalil Rasheed, mengkritik sikap tidak bertanggungjawab individu yang meluluskan pelaburan dalam FashionValet.

Jalil yang menyertai PNB kira-kira 18 bulan selepas syarikat itu melabur RM20 juta ke dalam paltform e-dagang tersebut, berkata individu-individu tersebut hingga kini masih dipuja sebagai ikon korporat.

“Orang yang meluluskan ini masih diagungkan sebagai wira korporat dan dijemput memberikan ceramah tentang maksud kejayaan.

“Ia mencerminkan kegagalan masyarakat kerana terus memberikan mereka ruang dan perhatian,” katanya dalam satu hantaran di laman X pada 30 Okt lalu.

Jalil juga dilihat menyindir pengerusi PNB sewaktu pelaburan itu diluluskan pada Mac 2018.

“Orang yang meluluskan pelaburan ini masih ada, malah masih menjadi pengerusi sebuah syarikat awam di Malaysia.

“Beliau sering mengatakan dirinya berasal daripada keluarga miskin, belajar di bawah cahaya lampu, menjadi akauntan, dan tidak hidup bermewah.

“Tetapi cara beliau menguruskan syarikat seperti sebuah jabatan kebajikan Melayu. Dedahkan kebenaran ini,” ujarnya tanpa menyebut nama sesiapa.

Dipercayai dia merujuk kepada bekas pengerusi PNB, Abdul Wahid Omar, yang kini merupakan pengerusi bukan eksekutif Bursa Malaysia.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan komen daripada Wahid.

Pada Mac 2018, PNB dan Khazanah Nasional secara bersama melabur sebanyak RM47 juta dalam FashionValet.

Bagaimanapun, pada Oktober tahun ini, kedua-dua firma tersebut didedahkan melupuskan pegangan dalam syarikat itu pada 2023, dengan nilai saham merosot kepada RM3.1 juta.

Terkini, pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof, dan suaminya, Fadzaruddin Shah Anuar, didakwa atas tuduhan pecah amanah.

Mereka didakwa menyelewengkan dana RM8 juta daripada Khazanah dan PNB dengan memindahkan wang tersebut ke syarikat lain milik mereka tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Jalil menegaskan perkara ini bukan salah kerajaan, kerana keputusan sebegini dibuat di peringkat pengurusan dan jawatankuasa pelaburan.

Dia menjelaskan bahawa cadangan pelaburan perlu melalui beberapa peringkat kelulusan sebelum dibentangkan kepada lembaga pengarah.

“Apabila sampai ke peringkat lembaga, malangnya kita sering melihat budaya feudal di mana apa sahaja yang diputuskan oleh pengerusi diterima tanpa soal.

“Jarang sekali ahli lembaga mempersoalkan sesuatu keputusan jika pengerusi menyokongnya. Ahli lembaga yang baik akan menegaskan pendirian mereka jika tidak bersetuju, dan ini sepatutnya direkodkan dalam minit mesyuarat,” katanya.

Dalam siri hantaran berasingan di X pada 2 November, Jalil turut menegaskan bahawa walaupun lembaga pengarah lazimnya menerima cadangan daripada jawatankuasa pelaburan, persoalan kritikal masih perlu diajukan.

Merujuk kepada kes FashionValet, dia berkata lembaga pengarah sepatutnya bertanya soalan lebih mendalam, seperti mengapa pelaburan dalam syarikat tersebut merupakan keputusan strategik yang baik.

Dia juga menegaskan meskipun pelaburan modal teroka berisiko tinggi untuk gagal, ia masih merupakan strategi yang boleh diterima jika dilakukan dengan tepat dan berfokus. – Malaysia Kini

RASUAH ADA

MACAM MACAM

BUKAN DUIT SAJE

AMIN

DAPAT BURIT

PUN RASUAH

KAH KAH KAH

SAPA DAPAT

BURIT AGAKNYA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: