Sabtu, 7 Disember 2024

ASKAR MASUK KE BEREK

 




Bekas PM Pakistan Imran Khan gesa penyokongnya berprotes

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menggesa penyokongnya mengadakan protes, minggu hadapan.

Beliau juga mengancam bagi memulakan gerakan pembangkangan sivil, beberapa hari selepas partinya, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) mengetuai perarakan protes di Islamabad.

Imran menerusi hantaran di platform X semalam, meminta penyokongnya berkumpul di bandar barat laut Peshawar, pusat bandar wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang diperintah PTI.

Beliau menggesa siasatan kehakiman terhadap tindakan keras ke atas perarakan protes serta tindakan keganasan, masing-masing pada 25 November lalu dan 9 Mei 2023.

Imran mendakwa protes berkenaan mengorbankan sekurang-kurangnya 12 penyokongnya, manakala tindakan keganasan pula menyebabkan lapan orang maut, selain menuntut pembebasan semua pekerja politik yang ditahan.

"Gerakan pembangkang sivil akan bermula pada Sabtu depan, jika dua tuntutan ini tidak dipenuhi, selain kerajaan akan bertanggungjawab atas sebarang akibatnya," kata bekas Perdana Menteri yang sedang dipenjarakan itu.

Sementara itu, kerajaan menafikan dakwaan mengenai kematian semasa perarakan protes pada 25 November lalu, selain mendakwa penyokong Imran menyerang fasiliti tentera pada 9 Mei 2023.

Semalam, Imran dilaporkan mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di mahkamah atas dakwaan mengarahkan serangan pada 9 Mei tahun lalu.

Ia adalah pendakwaan terkini dibuat ke atas bekas bintang kriket berusia 72 tahun itu, selepas puluhan kes dihadapkan ke atasnya, menyebabkan beliau dipenjarakan sejak akhir tahun lalu.

Beliau dan PTI mendakwa kes terbabit direka untuk menghalangnya daripada terbabit dalam politik atas arahan pihak tentera selepas berselisih faham dengan beberapa jeneral tentera sebelum penyingkirannya pada 2022.

Pihak tentera bagaimanapun menafikan tuduhan itu. - REUTERS

TUGAS ASKAR

JAGA NEGARA

BUKAN JAGA

JALAN RAYA

AMIN

KHALAS


Tiada ulasan: