Khamis, 28 Ogos 2025

NAJIB BERI ARAHAN BUNUH ALTANTUYA ?


Bapa Altantuya tuntut siasat afidavit Azilah 'diarah bunuh'

Setev Shaariibuu, bapa kepada warga Mongolia Altantuya Shaariibuu yang dibunuh, telah memfailkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah.

Ini antara lain, bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya pihak berkuasa menyiasat – atau melengkapkan siasatan – berhubung kandungan afidavit tambahan bekas pegawai polis, Azilah Hadri.

Afidavit bertarikh 24 Sept 2024 itu menggabungkan satu akuan berkanun bertarikh 17 Okt 2019, dengan Azilah mendakwa dia bertindak di bawah arahan jelas.

Azilah, salah seorang daripada dua bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya bergantung kepada afidavit tambahan itu.

Akuan bersumpah itu antara dokumen lain yang dikemukakan dalam rayuan Azilah di Mahkamah Persekutuan untuk meringankan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya.

Peguam Setev, Sangeet Kaur Deo pada kenyataan pagi ini mengesahkan permohonan semakan kehakiman tersebut telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Susulan keputusan mahkamah pada Oktober lalu, keluarga Altantuya menggesa kerajaan menyiasat dakwaan dalam afidavit bahawa Azilah menerima arahan daripada “pegawai kanan kerajaan” untuk “menghapuskan dan melupuskan” warga Mongolia itu.

Pada Januari, peguam Sangeet Kaur Deo (gambar bawah) memperbaharui gesaan tersebut, menegaskan pentadbiran kerajaan tidak boleh dilihat bersekongkol dan mesti menunaikan ikrar untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dengan menyiasat dakwaan berkenaan.

“Jika terbukti benar, dakwaan ini menunjukkan eksploitasi institusi negara untuk agenda peribadi oleh individu berpengaruh, sekaligus melemahkan kepercayaan awam dan mencemarkan reputasi antarabangsa negara.

“Sebarang persepsi mengenai tindakan tidak diambil atau usaha menyembunyikan kebenaran secara sengaja akan menjejaskan kredibiliti pentadbiran dan kedudukan negara di mata rakyat serta masyarakat antarabangsa,” katanya.

Sangeet turut mendedahkan sepucuk surat yang dihantar kepada Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail pada Oktober lalu – dan kemudiannya disalurkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Jabatan Peguam Negara – tidak pernah dibalas.

“Berapa lama lagi pihak yang terkesan perlu menunggu sebelum tindakan sebenar diambil? Berapa lama lagi kerajaan mahu berdiam diri sementara reputasi negara terus tercemar,” soalnya.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Azilah Hadri dan seorang lagi pegawai UTK, Sirul Azhar Umar, bersalah membunuh Altantuya.

Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan mereka pada 2013 namun Mahkamah Persekutuan mengembalikannya dua tahun kemudian dengan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-duanya. Bagaimanapun, ketika itu Sirul sudah melarikan diri ke Australia, mengelak daripada keputusan akhir tersebut.

Dalam perbicaraan saman fitnah terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas tahun lalu, bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi menegaskan dia tidak ada kaitan dengan pembunuhan itu atau pernah bertemu dengan mangsa.

“Pada masa kejadian, saya ialah timbalan perdana menteri. Saya tidak pernah bertemunya dan saya tidak bersalah dalam jenayah ini.

“Saya mengenali Abdul Razak Baginda. Dia ialah penganalisis pertahanan yang bekerja di bawah pentadbiran saya ketika itu. Dari situlah saya mengenalinya. Dia terlibat dalam pembelian kapal selam daripada pembuat kapal selam Perancis yang membabitkan urus niaga bernilai berbilion dolar,” katanya.

Najib telah memfailkan saman fitnah terhadap Thomas dan GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd berhubung kenyataan mengenai pembunuhan itu dalam buku My Story: Justice in the Wilderness.

Pada Februari tahun ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan kerajaan Malaysia dan Razak Baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga Altantuya sementara menunggu rayuan berhubung keputusan mahkamah sivil pada 2022.

WOIT

SAPA BERI

ARAHAN BUNUH

ALTANTUYA?

AMIN

PASTI YANG

PALING BERKUASA

PADA MASA ITU

JENG JENG JENG

SAPA ADA KUASA 

 BERI ARAHAN

JENG JENG JENG

NAJIB RAZAK?

RAZAK BAGINDA

ATAU

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

KHALAS


Tiada ulasan: