Trump gesa George Soros dan anaknya didakwa atas pertuduhan jenayah
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini menggesa billionair George Soros dan anaknya didakwa atas pertuduhan jenayah.
Ia berhubung dakwaan yang kononnya tidak berasas bahawa keluarga hartawan terkemuka AS itu sering kali menjadi sasaran golongan politik sayap kanan.
Keluarga Soros dikritik kerana didakwa terbabit secara rahsia membiayai protes ganas di seluruh negara.
"George Soros dan anaknya yang hebat berhaluan radikal kiri, patut dituduh mengikut Akta Pengaruh Pemerasan dan Organisasi Rasuah (RICO) kerana sokongan mereka terhadap protes ganas dan banyak lagi," kata Trump di platform Truth Social miliknya.
Trump dilaporkan mahu merujuk keluarga Soros itu kepada undang-undang pembabitan dalam organisasi jenayah.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan