Khamis, 28 Ogos 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 28 OGOS 2025

ASRAMA DAN SEKOLAH


ARWAH ZARA
Kematian Zara telah membuka banyak cerita. Cerita lama terpendam tentang anak-anak sekolah  di buli atau meninggal dunia ketika duduk dalam asrama.

Wow – tertiba kita terbaca ada kes disana sini dah lama terpendam. Semua berlaku di asrama.  INGATAN KITA DI CERAHAKAN. 

ASRAMA ini sebenarnya amat penting. Di sekolah gua di Kuala Klawang Jelebu ada asrama untuk menampung tidak lebih dari 40 pelajar. Mereka tinggal di kampung yang jauh – tak ada bas dan pengangkutan – dari Kenaboi dari Petasih  dari Geylang – justeru asrama amat-amat membantu.

Kemudian  wujud sekolah asrama penuh – ini juga membantu untuk murid dari Kampong. Gua sendiri kalau tak duduk di asrama pasti akan terus membaca dengan api pelita. Ini hakikat.

Sekolah berasrama penuh  seharusnya – dari tradisi Inggeris – akan melahirkan  generasi baru yang bijak pandai dan berkualiti. Justeru sesudah Inggeris lari – hampir semua pengawal tinggi dalam kerajaan datang dari MCKK . Kemudian dari STAR dan SDAR.  Kemudian muncul TKC dan Tun Fatimah.

Sekolah Pondok juga boleh di tafsir dalam wilayah yang asrama. Semua sekolah berasrama ini memainkan peranan positif.

Apa yang perlu dibaiki ialah sistem dalam sekolah tersebut- Gua hairan lagi merasa pelik bila gua baca di sekolah Zara jam 3 pagi ada pelajar   yang tidak tidur – kah kah kah – Pasai apa tak tidur?

Kes terbaru di Teluk Intan – Mamat yang terjatuh dari bilik hostel di katakan sedang memasak  mee segera – juga jam tiga pagi i masih nak makan ? PELIK. Ini  maknanya asrama TAK ADA peraturan.  Yang salah bukan duduk di asrama.Amin.

TRUMP DAN AMERIKA
Gua penyokong Trump kerana dia huru harakan dunia. Bila dunia huru hara  peluang terbuka untuk rakyat bangun dan buat perubahan.

Gua senyum gumbira bila Trump kenakan tarif – kah kah kah. Tarif akan kacau banyak negara.  India kena 50%. Bila negara ini kacau pasti rakyat akan bangun. Contoh terbaik di Indonesia – Apa sedang belaku cukup molek. Jeng jeng jeng.

AMERIKA
Trump nak tangkap Soros anak beranak.  Wow..  Soros dikatakan beri dana untuk warga Amerika bangun lawan Trump – kah kah kah.

ITALI
Pope meminta di hentikan perang. Beri masuk bantuan makanan. Tapi Israel tak ambil pot.

SINGAPURA
Isap VAPE kini diharamkan di Singapura. Polis mula menggeledah kem askar untuk mencari vape.

INDIA/PAKISTAN
Hujan monsun sampai. Banjir di sana sini. Seluruh Punjab di Pakistan kini amaran BANJIR MERAH. Di Kashmir India 36 mati akibat banjir.

VIETNAM
Taufan Kajiki  datang. Sawah tenggelam rumah dan bangunan sekolah  runtuh - 7 orang mati.

HOKKIEN
Pagi ini HUJAN –apakah  tempias dari KAJIKI? Jam 5 pagi angin kuat dan ujan lebat. Gua terjaga untuk tutup tingkap dan pintu balkoni.

Pagi ini gua bawa Tak Tak dan Ezi berjalan di bawah bangunan  di tempat letak kereta,

Ha ha ha.. Gua ternampak sepasang Tekukur berteduh bawah daun atas pokok tepi pagar. Pokok ini tepi tempat letak kereta jadi agak selamat dari angin dan pukulan hujan lebat. Gua perhatikan dua sejoli ini basah dan masih bergurau gumbira di bawah hujan.

Gua harap jap lagi matahari akan keluar. Sejuk pagi ini akan hilang dan panas akan datang.   Cuaca kita ini adalah hasil dari tiupan angin dari India dan Pakistan. Bila MONSUN sampai kita akan dapat tempias. AMIN

BRO
SENYUM
SAMBUT PAGI KHAMIS
DENGAN SENYUMAN

BRO
Kawan lu jangan tinggalkan. Mereka adalah keluarga lu sepanjang waktu.

BRO
Kawan yang baik akan memaafkan – kawan ini juga tidak akan berdendam.

BRO
Kawan baik itu bukan siapa dia – anak siapa – kerja apa  - rupa macam mana. Kawan baik sentiasa beri sokongan untuk kerja baik lu. Selalu larang lu dari buat yang tak baik. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terlalu banya benda boleh dibuat pukul 3 pagi.. dulu.. budak2 asrama tempat gua gi fly main snuker. ini amalan mulia tradisi zaman berzaman asrama tempat gua sekolah dulu...

kah kah kah