ARAB BARUA
AMERIKA &
ARAB TALIBARUT
ISRAEL WAJIB
DI SERANG DAN
DI HAPUSKAN
KHALAS
UAE diserang dron, peluru berpandu selepas Iran keluarkan amaran
DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) berdepan serangan udara dari Iran selepas republik Islam itu memberi amaran kepada negara jirannya supaya tidak membenarkan serangan dilancarkan dari wilayahnya ke atas pulau yang dipertikaikan berhampiran laluan strategik Selat Hormuz.
"Kami sedang berdepan ancaman peluru berpandu dan dron dari Iran dan sistem pertahanan udara UAE sedang bertindak balas," menurut kenyataan Kementerian Pertahanan UAE, sambil menjelaskan 'bunyi yang didengar adalah hasil sistem pertahanan udara memintas peluru berpandu dan dron'.
Agensi berita Tasnim melaporkan perintah operasi tentera Iran memberi amaran kepada UAE - jika sebarang pencerobohan lanjut berasal dari wilayahnya terhadap pulau Iran iaitu Pulau Abu Musa dan Greater Tunb, Iran akan melancarkan serangan hebat ke atas Ras Al Khaimah.
Pihak berkuasa di wilayah utara itu, yang berkongsi nama dengan bandar keenam terbesar UAE, kemudian memaklumkan bunyi yang didengar di beberapa bahagian bandar adalah hasil operasi pemintasan yang berjaya dilakukan oleh sistem pertahanan udara.
Pulau Abu Musa dan Greater Tunb yang dikawal Iran tetapi dituntut UAE dan sekian lama menjadi punca pertikaian antara kedua-dua negara.
Pulau berkenaan terletak berhampiran pintu masuk ke laluan perkapalan global yang kritikal, iaitu Selat Hormuz.
Pergerakan kapal di kawasan itu turut terjejas akibat perang serantau yang bermula susulan serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari lalu.
Iran mendakwa negara Teluk membenarkan tentera AS menggunakan wilayah mereka untuk melancarkan serangan peluru berpandu serta dron terhadap apa yang disifatkannya sebagai kepentingan AS di negara terbabit sepanjang konflik.
Negara Teluk berulang kali menafikan dakwaan itu dengan menyatakan mereka tidak akan membenarkan wilayah atau ruang udara digunakan untuk menyerang Iran.
Arab Saudi dalam satu kenyataan mengecam serangan berulang Iran dan memutuskan untuk mengisytiharkan atase tentera Iran serta tiga lagi kakitangan kedutaan sebagai persona non grata, dengan memberi tempoh 24 jam untuk meninggalkan negara itu, menurut Kementerian Luar.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan