Isnin, 23 Mac 2026

PELURU UNTUK MENGHASUT - PENJUAL MINYAK MAKIN MARAH


BERITA BAIK

PELURU UNTUK

MENGHASUT

AMIN



Diesel naik 

tertinggi dalam 

sejarah, komisyen

pengusaha hanya 

12.8 sen seliter


Oleh Din Minyak

DALAM tempoh kurang setahun, harga diesel melonjak daripada RM2.15 kepada RM4.72 peningkatan sebanyak RM2.57, antara kenaikan tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Namun, dalam tempoh yang sama, komisen pengusaha hanya meningkat daripada 10 sen kepada 12.8 sen seliter kenaikan yang amat kecil dan tidak seiring dengan lonjakan harga tersebut.

Lebih mencabar, pengusaha berada dalam kedudukan yang tidak seimbang: mereka membeli bahan api pada harga pasaran, tetapi perlu menjual kepada pengguna pada harga subsidi.

Dalam masa yang sama, caj Merchant Discount Rate (MDR) tetap dikenakan ke atas harga pasaran, bukan harga subsidi yang diterima daripada pengguna.

Keadaan ini mewujudkan satu ketidakseimbangan struktur yang jelas:

Kos ditanggung pada harga tinggi (pasaran)

Jualan dibuat pada harga rendah (subsidi)

Caj transaksi dikenakan atas nilai tertinggi

Akhirnya, margin pengusaha terus terhakis, walaupun harga bahan api meningkat dengan ketara menggambarkan satu realiti di mana kenaikan harga tidak membawa kepada peningkatan pendapatan di peringkat runcit.

Tiada ulasan: