Selasa, 24 Mac 2026

TRUMP MELAWAK LAGI KAH KAH KAH


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

TRUMP BERI 48

UNTUK IRAN

HENTI SERANGAN

KAH KAH KAH

JIKA TIDAK

LOJI LETERIK

IRAN AKAN

DI BOM

AMIN

IRAN KATA

FAK YOUR MADA

KAH KAH KAH

TRUMP TAKDA

PILIHAN LALU

BUAT LAWAK ADA

RUNDINGAN

KAH KAH KAH

KHALAS


Tehran nafi dakwaan Trump mengenai rundingan 'sangat baik' dengan Iran


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa rundingan 'sangat baik' diadakan dengan seorang pegawai Iran yang tidak dikenal pasti.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau secara mengejut menangguhkan rancangan serangan baharu, walaupun sekutu Washington, Israel, berikrar untuk meneruskan serangan terhadap republik Islam itu.

Pendedahan mengejut itu dinafikan Tehran, yang menuduh Trump memanipulasi pasaran tenaga, dibuat menjelang tarikh akhir yang ditetapkan Trump supaya Iran membuka semula laluan perkapalan di Selat Hormuz atau berdepan tindakan AS 'memusnahkan' loji tenaga negara itu.

Harga minyak jatuh manakala pasaran saham melonjak ketika pemerhati cuba mentafsir kenyataan Trump walaupun Iran menafikan dakwaan berkenaan.

Axios, memetik seorang pegawai Israel yang tidak dinamakan, mengenal pasti individu yang berhubung dengan Trump sebagai Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, yang juga antara tokoh bukan ulama paling berpengaruh di negara itu.

Bagaimanapun, Ghalibaf berkata di platform X bahawa 'tiada rundingan' diadakan, sambil menegaskan Trump cuba 'memanipulasi pasaran kewangan dan minyak serta melepaskan diri daripada kemelut yang dihadapi AS dan Israel'.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei, berkata mesej diterima daripada beberapa negara sahabat yang menunjukkan permintaan AS untuk rundingan bagi menamatkan perang, namun menafikan sebarang perbincangan sedemikian telah berlaku, menurut agensi berita rasmi IRNA.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata beliau telah bercakap dengan Trump dan mengakui AS percaya perjanjian mungkin dicapai, namun berikrar untuk terus melancarkan serangan terhadap Iran dan Lubnan bagi melindungi Israel.

"Trump percaya terdapat peluang untuk memanfaatkan pencapaian besar Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan tentera AS bagi menzahirkan objektif perang melalui satu perjanjian yang akan melindungi kepentingan penting kami.

"Pada masa sama, kami terus melancarkan serangan di Iran dan Lubnan," katanya.

Walaupun Oman menjadi pengantara rundingan tidak langsung AS-Iran sebelum perang dilancarkan oleh AS dan Israel, Mesir, Qatar dan Pakistan kini dicadangkan sebagai perantara alternatif.

Dalam perkembangan yang berubah-ubah, negara jiran Iran menarik nafas lega selepas Trump berundur daripada ancamannya untuk menyasarkan infrastruktur tenaga Iran.

Tehran sebelum ini berikrar akan menempatkan periuk api laut dan menyasarkan infrastruktur tenaga serta air di seluruh rantau itu sebagai tindak balas, sekali gus mengancam untuk memburukkan lagi krisis tenaga yang sudah pun berada pada tahap serius.

Trump berkata pentadbirannya sedang mengadakan rundingan dengan seorang 'tokoh tertinggi' yang tidak dikenal pasti, namun bukan pemimpin tertinggi negara itu, Mojtaba Khamenei, yang dipercayai cedera.

"Kami telah menghapuskan kepimpinan fasa satu, fasa dua dan sebahagian besar fasa tiga.

"Namun kami kini berurusan dengan individu yang saya percaya paling dihormati dan adalah pemimpin," kata Trump.

Beliau menyifatkan individu itu sebagai 'sangat munasabah', sambil memberi amaran jika rundingan gagal dalam tempoh lima hari: "Kami akan terus melancarkan pengeboman tanpa henti".

Ribuan anggota Marin AS sedang menuju ke Asia Barat, memperkukuh kehadiran AS di tengah spekulasi hujung minggu bahawa Trump sedang mempertimbangkan operasi darat sama ada untuk menguasai aset minyak Iran atau membuka semula Selat Hormuz secara paksa.

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, memberitahu jawatankuasa Parlimen bahawa beliau mengalu-alukan 'rundingan yang dilaporkan antara AS dan Iran', sambil menambah London 'maklum' mengenai perbincangan itu.

Trump berkata sudah terdapat titik persetujuan utama dengan pihak perunding Iran.

Syarat AS termasuk Iran meninggalkan sebarang cita-cita nuklear dan menyerahkan simpanan uranium diperkaya, katanya.

Sejak perang bermula pada 28 Februari, Trump berulang kali menegaskan matlamatnya untuk menukar rejim dan membangkitkan kemungkinan melantik tokoh pro-Barat dari dalam sistem pemerintahan Iran. - AFP

Tiada ulasan: