Selasa, 24 Mac 2026

PAGI INI


PAGI INI







PAGI INI

SELASA 24 MAC  2026

RAYA HARI KE 4

PERANG HARI KE 25


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
TRUMP BUAT LAWAK BERDIRI – kah kah kah
Hari Sabtu LALU Trump beri amaran pada Iran – dalam masa 48 jam Iran wajib  BUKA SELAT HORMUZ – kah kah kah – JIKA TAK BUKA TRUMP AKAN BOM SEMUA JANA KUASA DAN LOJI LETERIK IRAN.

IRAN TAK AMBIL POT  - kah kah kah

48 JAM BERLALU – TAKADA BOM DARI TRUMP kah kah kah

Yang ada kenyataan Trump : BAHAWA RUNDINGAN SEDANG BERJALAN DENGAN BAIK – kah kah kah

PAGI INI MENTERI LUAR IRAN KATA – TAK ADA RUNDINGAN  -kah kah kah.

PERANG DITERUSKAN. 

SELAT HORMUZ masih ditutup dan di kawal oleh  SOLDADU IRAN – harga minyak jatuh sekejap bila dengar ada rundingan – TAPI PASTI NAIK bila tahu TRUMP KELENTONG kah kah kah.

PERANG INI WAJIB DI TERUSAAKN – bagi Israel sedar – bagai  negara Arab barua Amerika  sedar  - Bahawa Islamik  Republik Iran kini satu kuasa yang tak mungkin dibom untuk menyerah kalah.

SUASANA GEO-POLITIK AMAT BAIK  untuk kita menghasut orang ramai untuk TURUN TURUN TURUN – harga minyak naik – RAKYAT NAIK MINYAK – amin


HOKKIEN
Pagi ini kering – matahari dah keluar tapi cahaya lemah. KL & KL Sentral berjerebu agak tebal keran kemarin panas sepanjang hari.

Hokkien sunyi –  gua perhatikan takda Warga  menunggu – gua silap dari jauh - dari  hutan belukar Keluarga Siti datang berkejar.

Lalu gua beri mereka nasi yang dah dua hari gua simpan. Ramai datang makan.

Berjalan ke Wakaf 3 -  Siti dan Jantan Baik mengekor.   Saekor Ibu ikut sama. Tak Tak jadi horny  pada Ibu ini. Ibu  marah  dan  mengaum pada Tak Tak.

Di Wakaf Pertama – Siti tunjuk pandai berdiri atas tembok. Tiong juga menunggu di atap Wakaf.  Gua tabur Friskies – semua turun makan. 

Hari ini akan panas. Gua rasa musim panas dah sampai – wow !!!  Jika malam panas tapi berangin – pasti santai. Gua tak ada rancangan nak beraya hari ini. Raya ke 4 -  wajib  beraya lagi. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA

Selasa berkelah  di tepi pantai
Seikat tombong buah berangan
Puasa mencelah raya pun  sampai
Tekad baru sambung perjuangan

Bulan puasa banyak juadah
Bumbung rumah buatan tangan
Ramadan kini  beredar sudah
Sambung kerja  teruskan rancangan

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERAYA





Tiada ulasan: