Rabu, 25 Mac 2026

ZIONIS AMERIKA AKAN KALAH


TAKTIK

 PERANG IRAN

AMAT BERJAYA

AMIN

IRAN BUKA

TEORI GERILA

 MODEN

AMIN

HASILNYA IRAN

 AKAN KALAHKAN

ZIONIS AMERIKA

KHALAS

Konflik Asia Barat: Iran jamin laluan selamat kapal 'bukan musuh' di Selat Hormuz


TEHRAN: Iran menegaskan kapal tangki minyak berstatus 'bukan musuh' dibenarkan melalui Selat Hormuz, dengan syarat mematuhi peraturan keselamatan dan berkoordinasi dengan pihak berkuasa Tehran.

Kenyataan itu dibuat oleh Kementerian Luar Iran kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Ahad lalu, sebelum diedarkan kepada negara anggota dan badan bukan kerajaan (NGO) semalam.

Menurut kenyataan itu, kapal yang tidak terbabit atau menyokong sebarang tindakan pencerobohan terhadap Iran dibenarkan menggunakan laluan strategik bahan api itu.

"Kapal bukan musuh boleh mendapat manfaat daripada laluan selamat melalui Selat Hormuz, asalkan mereka mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan dan tidak terbabit dalam sebarang bentuk sokongan kepada tindakan agresif terhadap negara itu," jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, Tehran memberi amaran keras bahawa kemudahan itu tidak terpakai kepada aset yang mempunyai kaitan dengan pihak yang dianggap sebagai 'penceroboh' iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Israel yang bertindak memulakan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu.

"Peralatan kapal dan sebarang aset milik pihak penceroboh — iaitu Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel serta sekutu mereka, tidak layak mendapat pelepasan bagi kategori laluan 'bukan musuh'," tegas kementerian itu lagi.

Iran turut meletakkan tanggungjawab sepenuhnya ke atas AS dan Israel terhadap sebarang gangguan, ketidakstabilan, atau peningkatan risiko di laluan air kritikal tersebut. Tehran menuduh kedua-dua negara itu melancarkan "perang menyalahi undang-undang" yang menggugat kestabilan serantau.

"Tindakan kedua-dua negara ini membahayakan keamanan rantau ini dan mendedahkan perkapalan antarabangsa kepada ancaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini," menurut kenyataan itu.

Sejak serangan membabitkan AS dan Israel yang mencetuskan konflik pada 28 Februari lalu, Iran bertindak menutup hampir keseluruhan laluan di selat berkenaan, sekali gus menyebabkan harga minyak dan gas dunia melonjak naik secara mendadak.

Selat Hormuz sebelum ini menguruskan sekitar satu perlima bekalan minyak dunia.

Dengan kenaikan kos penghantaran dan harga minyak global, Iran kini cuba menyeimbangkan kepentingan ekonominya sambil mengekalkan tekanan terhadap pihak yang dianggap musuh.

Akses bebas pelayaran di Selat Hormuz juga menjadi salah satu perkara utama dalam pelan damai 15 perkara yang dibangunkan Amerika Syarikat dan dihantar kepada Iran melalui Pakistan.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilaporkan sudah menghantar pelan damai kepada Iran semalam, sambil menyuarakan keyakinan bagi menamatkan konflik yang berlarutan hampir sebulan.

Langkah diplomatik itu susulan pengumuman Tehran bahawa pihaknya akan membenarkan kapal tangki minyak berstatus 'bukan musuh' melalui Selat Hormuz.

"Mereka melakukan sesuatu yang menakjubkan semalam. Mereka memberikan kita satu 'hadiah' dan ia tiba hari ini. Ia adalah hadiah yang sangat besar dan bernilai tinggi," kata Trump kepada pemberita di Pejabat Oval, di Washington.

Trump bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci maksud kenyataan itu, namun memberi bayangan ia berkaitan dengan situasi di Selat Hormuz.

Sebelum ini, Iran bertindak menyekat sebahagian besar laluan tersebut sebagai membalas serangan AS dan Israel, sehingga menyebabkan harga tenaga global melambung tinggi.

Petanda awal penyelesaian diplomatik itu muncul meskipun keganasan baharu terus tercetus, termasuk serangan peluru berpandu Iran yang menyebabkan kecederaan di Israel.

Trump, yang kenyataannya sejak beberapa hari lalu sering berubah-ubah — daripada ancaman serangan besar-besaran sehingga mendakwa peperangan hampir tamat — menyatakan bahawa AS kini "sedang dalam rundingan" dengan Iran.

Bagaimanapun, Tehran setakat ini masih belum mengesahkan sebarang perbincangan rasmi. - AFP


Tiada ulasan: