Rabu, 25 Mac 2026

TRUMP MULA SASAU BERCAKAP SEORANG DIRI


TUTUP TERUS

SELAT HORMUZ

AMIN

TARIK SOLDADU

AMERIKA MASUK

KE IRAN

AMIN

KUTIP SATU SATU

HANTAR PULANG

DALAM BEG HITAM

AMIN

BILA MUSUH 

MAHU BERUNDING

MAKNANYA MUSUH

DAH KALAH

KHALAS

'Trump umpama berunding dengan diri sendiri' - Pegawai Tentera Iran

TEHRAN: Jurucakap tentera Iran memperlekehkan usaha Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai perjanjian gencatan senjata, dengan mendakwa bahawa kuasa besar dunia itu kini umpama 'berunding dengan diri mereka sendiri'.

Dalam satu video prarakaman disiarkan di televisyen kerajaan hari ini, Leftenan Kolonel Ebrahim Zolfaghari menyifatkan kuasa strategik AS kini bertukar menjadi "kegagalan strategik", lapor Hindustan Times.

"Adakah konflik dalaman anda telah mencapai tahap di mana anda kini berunding dengan diri anda sendiri?" soal Ebrahim Zolfaghari dalam kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Associated Press.

Beliau turut menegaskan bahawa era janji kosong Washington sudah berakhir dan kekalahan pihaknya tidak wajar digambarkan sebagai satu perjanjian.

Kenyataan keras itu menyusul sejurus selepas pentadbiran Donald Trump dilapor menghantar pelan gencatan senjata 15 perkara kepada Iran melalui perantaraan Pakistan.

Ebrahim Zolfaghari menegaskan bahawa pendirian Iran tetap teguh sejak hari pertama dan mereka tidak akan sesekali berkompromi atau mencapai sebarang persetujuan dengan pihak AS, sama ada sekarang mahu pun pada masa hadapan.

"Kata-kata pertama dan terakhir kami tetap sama sejak hari pertama, dan ia akan kekal begitu: Orang seperti kami tidak akan pernah berdamai dengan orang seperti kamu.

"Tidak sekarang, tidak selama-lamanya," kata Ebrahim Zolfaghari. - AGENSI


Tiada ulasan: