AHLI PKR
WAJIB BERBANGGA
KINI ADA PEMIMPIN
BERNAMA
RAMANAN
AMIN
BUKAN SENANG
PKR NAK DAPAT
PEMIMPIN
HEBAT DARI
PARTI INDIA MIC
KAH KAH KAH
KATA KUNCI
IALAH INDIA & AUTA
KAH KAH KAH
KHALAS
‘Tak bantah dalam kabinet? Saya memang tunggu serangan macam ini’
Rafizi Ramli menyangkal dakwaan pegawai Menteri Sumber Manusia R Ramanan bahawa dia tidak membangkitkan isu berkaitan kontrak Sistem Pengurusan Terpusat Pekerja Asing (FWCMS) semasa menjadi menteri.
Mendedahkan dia “memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi” sebegitu, Rafizi malah berkata apa yang berlaku adalah sebaliknya.
“Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis,” katanya.
“Bantahan ini ada di dalam rekod minit jemaah menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi menteri ekonomi.”
Semalam, Aizuddin Abd Ghafal, setiausaha politik Ramanan mempersoalkan mengapa Rafizi Ramli dan anggota parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad "baru sekarang" bersuara mengenai FWCMS.
Aizuddin berkata kontrak FWCMS diperbaharui pada 2024 ketika kedua-duanya masih berada dalam kabinet.
Terdahulu, Rafizi, Nik Nazmi, bersama lapan lagi anggota parlimen PKR, mengemukakan bantahan terhadap rancangan untuk memberi Bestinet satu lagi kontrak kerajaan dipanggil The Universal Recruitment Advanced Platform (Turap), dikatakan bagi menggantikan FWCMS.
Dalam kenyataan mereka, wakil rakyat PKR itu berkata FWCMS dibelenggu dengan isu, yang menimbulkan keraguan terhadap kemampuan Bestinet untuk membangunkan sistem sedemikian.
Bestinet menafikan dakwaan terhadapnya.
Dalam kenyataan hari ini, Rafizi berkata cadangan berkenaan Bestinet dibawa oleh Kementerian Dalam Negeri dan dibentangkan pada jemaah menteri sekitar pertengahan 2024.
Ketika itu, katanya, Aizuddin adalah pegawai tugas-tugas khas kepada menteri dalam negeri dan “sepatutnya dia ingat mengenai bantahan bertulis dari saya (Rafizi) dan Kementerian Ekonomi”.
Secara rasmi, katanya, dia menyatakan tidak bersetuju dan memohon cadangan itu diteliti semula oleh KDN.
Pendirian Kementerian Ekonomi ketika itu berasaskan perkara-perkara berikut:
Kementerian Sumber Manusia telah membelanjakan RM20 juta dari peruntukan pembangunan yang disediakan Kementerian Ekonomi untuk membangunkan sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) yang dimiliki kerajaan.
Sistem ePPAx telah pun siap dan dibangunkan bagi tujuan pengurusan pekerja asing.
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan jemaah menteri telah meluluskan pelaksanaan Multi Tier Levy Management (MTLM) untuk mengurangkan pengambilan pekerja asing secara berperingkat.
Kementerian Sumber Manusia memang telah mencadangkan agar sistem ePPAx digunakan bagi tujuan pengurusan penggajian pekerja asing dan MTLM.
Untuk tujuan penggunaan ePPAx, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan peruntukan mengurus sebanyak RM10 juta untuk menaik taraf sistem ePPAx untuk pelaksanaan MTLM.
Dedah minit mesyuarat
Sementara itu, Rafizi mencadangkan Ramanan mendapatkan kebenaran perdana menteri untuk mendedahkan minit mesyuarat kabinet mengenai FWCMS dan Bestinet kepada orang ramai.
“Jika itu dibuat dan memang benar saya tidak bersuara seperti didakwa, ia sekaligus boleh menutup mulut saya kerana Kerajaan Madani dapat membuktikan saya hanya bersuara selepas tidak menjadi menteri, untuk memainkan naratif kononnya saya seorang yang kecewa,” katanya


Tiada ulasan:
Catat Ulasan