INI BUKTI
AGAMA DIGUNA
SEBAGAI ALAT
UNTUK MENIPU
AMIN
NGO APA NI?
TAKDA NAMA?
KHALAS
Kes seleweng dana zakat RM230 juta: Dua individu termasuk timbalan pengerusi NGO dibawa ke mahkamah untuk reman
SHAH ALAM: Seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan pengarah syarikat dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini untuk proses reman berhubung kes menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.
Mereka dibawa oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Selangor pada jam 9.11 pagi.
Kedua-dua mereka tiba dalam keadaan bergari dan memakai baju lokap SPRM, masing-masing cuba mengelak dirakam sekumpulan petugas media yang menunggu sejak jam 8.30 pagi.
Semalam, BH melaporkan, seorang timbalan pengerusi sebuah NGO antara tiga individu ditahan SPRM kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.
Difahamkan, dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an ditahan antara jam 3 hingga 5 petang dalam operasi sekitar Lembah Klang, manakala seorang lagi berusia 50-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang.
Siasatan awal dalam kes itu mendapati kesemua suspek, dua daripadanya adalah pengarah syarikat, disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu antara tahun 2018 hingga 2024.
Timbalan pengerusi NGO terbabit juga dikatakan sudah memindahkan RM230 juta ke dalam akaun syarikatnya bagi tujuan pelaburan dan juga tujuan peribadi.
Siasatan SPRM kini menjurus kepada elemen penyelewengan dana awam memandangkan NGO berkenaan adalah sebuah pertubuhan yang menerima sumbangan orang ramai bagi tujuan membantu golongan memerlukan.
Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli mengesahkan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan