TERAM WAJIB
SERANG IRAN
LEPAS PULANG
DARI CHINA
AMIN
DUNIA NAK TENGOK
BETUL KE TENTERA
AMERIKA TERKUAT
DALAM DUNIA
SEPERTI TERAM
SELALU KLIM
KHALAS
Iran sedia beri 'pengajaran yang tak dapat dilupakan' kepada penceroboh
ISTANBUL: Iran bersedia memberikan "pengajaran yang tidak dapat dilupakan" terhadap sebarang bentuk pencerobohan, kata Speaker Parlimen, Mohammad Bagher Qalibaf.
Kenyataan itu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menolak cadangan terbaru Tehran untuk menamatkan perang, lapor Anadolu Ajansi.
"Angkatan tentera kami bersedia untuk memberikan pengajaran yang tidak dapat dilupakan terhadap sebarang pencerobohan," tulis Qalibaf dalam hantaran di platform X.
"Strategi yang salah dan keputusan yang salah sentiasa menghasilkan keputusan yang salah. Seluruh dunia sudah memahaminya," tambah beliau.
Disyorkan
Al-Quran usia lebih 1,000 tahun, helaian naskhah daripada kulit haiwan jadi tumpuan
Isteri belum tahu suami dibunuh
RUU had tempoh jawatan PM 10 tahun: Anwar patut dihormati, dipuji tawar diri - Menteri
Arwah nak nikah sebelum Raya Haji, tunang dirisik sehari sebelum anak maut kemalangan - Ibu
Qalibaf turut memberi amaran bahawa Iran bersedia menghadapi "semua pilihan," sambil berkata pihak lawan "akan terkejut."
Play
Next
Mute
Current Time
0:09
/
Duration
4:10
Fullscreen
Backward Skip 10s
Play Video
Forward Skip 10s
Dalam hantaran berasingan di X, beliau berkata tiada "alternatif" selain menerima hak rakyat Iran yang terkandung dalam cadangan 14 perkara yang dikemukakan Tehran.
"Sebarang pendekatan lain tidak akan membawa hasil; hanya kegagalan demi kegagalan," tulis Qalibaf.
"Semakin lama mereka melengah-lengahkan, semakin banyak pembayar cukai Amerika akan menanggung kosnya," tambahnya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi mengkritik usaha yang diketuai AS berhubung draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan Selat Hormuz.
Dalam hantaran di X, Gharibabadi berkata, cubaan AS dan beberapa rakan serantau untuk memajukan draf resolusi mengenai laluan strategik itu bertujuan "memutarbelitkan realiti" berhubung apa yang disifatkannya sebagai pencerobohan ketenteraan serta sekatan laut yang tidak sah terhadap Iran.
Beliau berkata, kebebasan pelayaran tidak boleh ditafsir secara terpilih atau dipisahkan daripada Piagam PBB, sambil menegaskan bahawa sebarang inisiatif keselamatan maritim yang mengabaikan "penggunaan kekerasan, sekatan laut dan ancaman berterusan" akan kehilangan sifat berkecuali dan kredibiliti.
Gharibabadi turut menyatakan bahawa sebarang cadangan berkaitan Selat Hormuz yang gagal menangani apa yang digambarkan Tehran sebagai pencerobohan serta "hak sah" Iran untuk mempertahankan kepentingan keselamatannya adalah "berat sebelah, bermotif politik dan pasti gagal."
Amaran itu dikeluarkan selepas Trump menolak respons terbaru Iran terhadap cadangan AS untuk menamatkan perang sebagai "langsung tidak boleh diterima."
Pegawai dan media Iran menyatakan cadangan Tehran memberi tumpuan kepada usaha menamatkan perang, mengangkat sekatan, serta memulihkan keselamatan maritim di Selat Hormuz.
AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada 28 Februari lalu, mencetuskan tindak balas Tehran terhadap Israel dan sekutu AS di Teluk, serta penutupan Selat Hormuz.
Gencatan senjata berkuat kuasa pada 8 April melalui pengantaraan Pakistan, namun rundingan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian berkekalan.
Gencatan itu kemudian dilanjutkan oleh Trump tanpa tempoh masa ditetapkan.-- BERNAMA-ANADOLU


Tiada ulasan:
Catat Ulasan