Selasa, 12 Mei 2026

HARI HARI AKHIR SAEKOR ANWAR BIN IBRAHIM


TERBAIK

SALUT UNTUK

ANAK MUDA

AMIN

KERAJAAN INI

WAJIB DI GULINGKAN

AMIN

BILA MADANI 

RUNTUH LUNGKUP

TANGKAP & DAKWA

ANWAR BIN

IBRAHIM

AMIN

KESALAHAN

MEMBAWA KONGSI

GELAP KE BADAN

POLITIK MALAYSIA

AMIN


'Anwar gagal' - Lapan pemimpin sayap siswa PKR keluar parti

Lapan pemimpin majlis pimpinan pusat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) mengumumkan telah keluar dari parti PKR selepas menyatakan hilang kepercayaan terhadap pimpinan presiden parti Anwar Ibrahim selaku perdana menteri.

Pengerusinya Ram Erfan Zur Nuqman mengesahkan perkara itu pada satu sidang media di Petaling Jaya, malam tadi.

"Kami menolak budaya mempertahankan parti secara membuta tuli ketika prinsip perjuangan semakin ditinggalkan.

"Sehubungan itu, sebanyak lapan ahli majlis pimpinan pusat MKM mengumumkan keluar daripada parti hari ini," katanya.

Selain Ram Erfan, timbalan pengerusi R Paarveen, naib pengerusi II Ismail Hakim, setiausaha kerja Muhammad Zuhair Hazman Zohari, setiausaha kerja II Khairunnabiha Baharin, bendahari Emy Azariena, ketua penerangan Muhammad Luqman Hakim Mohd Kamal dan ketua biro seni, budaya & sukan Muhammad Danish Fitri Mohd Razi turut umum keluar parti.

Sementara, naib pengerusi III, Saw Zi Xuan pula meletak jawatan dalam majlis pimpinan pusat MKM namun kekal dalam parti.

Katanya, selaras dengan Fasal 13.3 Perlembagaan Mahasiswa Keadilan Malaysia, apabila lebih daripada satu pertiga Ahli Majlis Pimpinan Pusat MKM meletakkan jawatan, maka kepimpinan sayap siswa PKR itu terbubar dengan sendirinya.

"Dengan itu, majlis pimpinan pusat MKM terbubar secara rasmi.

"Pemilihan yang baru perlu dilaksanakan melalui Mesyuarat Agung Khas MKM," katanya.

Mengulas lanjut, Ram Erfan berkata bahawa PKR hari ini bukan lagi parti reformasi yang pernah diyakini oleh anak muda.

Dia menyenaraikan enam perkara sebagai punca hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar.

"Parti yang dahulu melaungkan perjuangan melawan salah guna kuasa, ketelusan dan kebebasan institusi kini dilihat semakin jauh daripada prinsip tersebut.

PKR gagal jawab

"Mungkin ada yang mengatakan bahawa ini adalah tembakan sembarangan. Apakah isu-isu spesifik yang kalian nyatakan bahawa kalian tidak boleh berstruktur dalam kerajaan ini?

"Jadi, kita nyatakan kegagalan kerajaan pada umum ini. Saya dan anggota saya rasakan ini antara garis merah yang menyebabkan kita tidak lagi boleh mengkritik kerajaan dengan menjaga dan membaik pulihnya," katanya.

Antara perkara yang didakwa sebagai kegagalannya adalah isu mafia korporat, dakwaan seorang ahli parlimen PKR menerima RM9.5 juta daripada seorang ahli peniagaan, isu saham ketua pesuruhjaya Azam Baki, tekanan ke atas pihak yang kritikal terhadap kerajaan, kegagalan dalam kebebasan media dan pertikaian dalam pemilihan parti.

"Dari awal lagi, PKR dan Anwar masih gagal untuk menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan di sini.

"Kita bayangkan bahawa masalah ini akan terus ada sekiranya tiada gerakan yang mendesak kepimpinan PKR untuk berbuat sesuatu.

“Jadi, berdasarkan enam sebab ini kami hari ini hilang kepercayaan kepada Anwar," katanya lagi.

Dua ahli buat pusingan U

Sementara itu, Ram Erfan turut menolak dakwaan kenyataan awal MKM ke atas Anwar pada 10 Mei tidak pernah dibincangkan dan ia bukan keputusan majoriti majlis pimpinan pusat sayap PKR itu.

"Saya ingin maklumkan bahawa jumlah anggota majlis pusat MKM yang menang adalah 15 ahli. Pada awalnya, sebanyak lapan ahli majlis pusat setuju untuk letak jawatan. Maka, ia adalah keputusan majoriti.

"Namun, selepas kenyataan dikeluarkan salah seorangnya menarik balik keputusan letak jawatan. Bayangkan, dia bersetuju sehingga 7.55 malam untuk letak jawatan. Kenyataan keluar pada 8 malam.

"Kurang dari sejam dia tarik balik keputusan awal. Kami tidak pasti apakah tekanan dihadapi oleh ahli tersebut sehingga menarik balik keputusan letak jawatan," katanya.

Untuk rekod, MKM mengeluarkan kenyataan kepada Malaysiakini menyatakan selepas menilai hala tuju parti, mereka percaya PKR semakin tersasar daripada semangat reformasi asal.

Bagaimanapun, kurang sejam kemudian setiausaha agung sayap itu, Aqeef Salih tampil menafikannya.

“Kenyataan tersebut tidak pernah dibincangkan, dipersetujui atau diputuskan melalui saluran rasmi MKM. Ia hanyalah tindakan beberapa kerat individu dalam pimpinan pusat yang mempunyai agenda tersendiri dan mengambil kesempatan menggunakan platform MKM untuk menimbulkan kekeliruan serta persepsi negatif terhadap organisasi.

“Lebih memalukan, kenyataan tersebut langsung tidak disertakan nama dan jawatan individu yang bertanggungjawab mengeluarkannya. Ini jelas menunjukkan ia dibuat secara tidak profesional, tidak bertanggungjawab dan berniat tidak baik.

"Mana-mana pihak yang benar-benar berani dengan pendirian sendiri sepatutnya tampil secara terbuka, bukannya berselindung di sebalik nama organisasi mahasiswa," kata Aqeef.

Bagaimanapun, Ram Erfan berkata bahawa pendirian setiausaha itu bercanggah dengan pendirian awal.

"Walaupun dia tidak menyatakan untuk letak jawatan, saya mempunyai bukti mesej daripada saudara Aqeef yang jelas menyatakan bahawa PKR bukan lagi parti seperti dulu (parti reformasi).

"Namun, dia juga buat U-turn atas sebab yang kita tidak pasti," katanya.

Sementara itu, Ram Erfan menjelaskan keputusan yang dibuat mereka "bukan diperalatkan oleh mana-mana pihak."

"Kami nak tegaskan kami anak muda tidak akan menyokong mana-mana pemimpin atau parti politik.

"Namun perjuangan memandaikan rakyat tidak akan mati bersama parti. Seluruh bekas ahli MKM dijemput untuk terus istiqamah membina kesedaran dan literasi politik anak muda melalui platform bebas yang tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

"Kami akan terus turun ke kampus-kampus seluruh Malaysia untuk membantu mahasiswa berfikir, menilai dan membuat pilihan politik secara matang serta berprinsip.

"Akhir sekali, kami menyeru seluruh anak muda khususnya mahasiswa supaya menilai semula kedudukan masing-masing dalam parti ini. Tanya diri sendiri. Adakah parti ini masih benar-benar membawa reformasi? Atau reformasi hari ini sekadar slogan untuk mendapatkan kuasa. Anak muda bukan alat propaganda politik. Anak muda ada maruah, prinsip dan keberanian untuk berkata benar walaupun pahit," katanya.

Malaysiakini telah menghubungi Aqeef untuk mendapatkan maklum balas lanjut.

Dalam perkembangan sama, bekas pengerusi MKM dari Mac 2024 ke September 2025 Yuveraaj Pillai (gambar bawah) yang turut hadir sidang media itu juga mengumumkan keluar dari parti.

"Saya selaku timbalan ketua pemuda PKR cabang Batu dan ahli pimpinan Pemuda PKR Wilayah Persekutuan bersama lebih kurang 50 ahli Pemuda PKR yang terdiri daripada golongan profesional muda daripada bidang undang-undang, psikologi, ekonomi dan pelbagai latar belakang akademik telah membuat keputusan untuk keluar daripada PKR," katanya.

Menurutnya, PKR yang satu ketika berdiri sebagai parti reformasi dan harapan rakyat kini dilihat semakin hilang arah serta gagal mempertahankan prinsip-prinsip perjuangan yang pernah dijanjikan kepada rakyat Malaysia.

PKR menubuhkan MKM pada 2012 bagi mewakili suara mahasiswa universiti awam dan swasta.

Sejak ditubuhkan, MKM secara konsisten memperjuangkan isu berkaitan kebajikan pelajar, kebebasan akademik dan keadilan sosial.

MKM sebelum ini juga dikenali kerana pendiriannya yang lantang terhadap dasar kerajaan yang dilihat mengekang kebebasan bersuara di kampus.

Beberapa demonstrasi dan kempen kesedaran turut dianjurkan di seluruh negara bagi menyokong agenda reformasi.

Tiada ulasan: