Sabtu, 24 Oktober 2026

BERITA BAIK DARI TERAM


WAHAI TERAM

JANGAN CAKAP

JANGAN GERTAK

SILA SERANG

AMIN

NAIKKAN HARGA

MINYAK & NAIKAN

HARGA BARANG

& KACAU

KAPITALIS

KAH KAH KAH

MUDAHKAN KAMI

NAK MENGHASUT

KHALAS



Trump tidak tolak serangan baharu terhadap Iran


FORT MYERS: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, tidak menolak kemungkinan melancarkan serangan baharu terhadap Iran ketika perang antara kedua-dua negara menghampiri bulan kelapan.

"Kita mungkin melancarkan satu lagi operasi kecil Epic Fury," katanya ketika berucap pada satu perhimpunan di Florida semalam, merujuk kepada nama operasi ketenteraan AS dalam perang terhadap Iran itu.

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah kenaikan harga bahan api yang boleh menjejaskan sokongan terhadap partinya dalam pilihan raya pertengahan penggal.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai kemungkinan operasi berkenaan.

Kenyataan itu dibuat ketika utusan AS, Tom Barrack, berkata Washington berkemungkinan menyerang Iran seawal hujung minggu ini susulan peningkatan ancaman oleh AS dan Israel.

"Adakah serangan boleh berlaku hujung minggu ini? Sudah tentu," kata Barrack, yang juga Duta AS ke Turkiye dan memainkan peranan utama dalam urusan berkaitan Syria, dalam temu bual bersama pengacara podcast, Mario Nawfal.

Beliau berkata, Trump masih terbuka untuk mencapai perjanjian dengan Iran dan rundingan sudah berlangsung selama beberapa bulan.

Bagaimanapun, Trump meremehkan kenyataan Barrack apabila ditanya sama ada serangan boleh berlaku pada hujung minggu ini.

Pada hari sama, Trump berkata perang itu boleh ditamatkan dalam masa singkat, tetapi beliau mempersoalkan sama ada AS perlu menamatkannya segera atau membiarkan konflik itu reda secara beransur-ansur.

Trump sebelum ini memberikan kenyataan berbeza mengenai matlamat dan tempoh perang berkenaan. Beliau turut berkata konflik itu akan berakhir tidak lama lagi, 'dengan satu cara atau cara lain'.

Bulan ini, Trump berkata AS tidak akan menyerang Iran sebelum pilihan raya Kongres pada 3 November, yang akan menentukan penguasaan Parti Republikan pimpinannya di kedua-dua dewan Kongres. Parti itu kini mempunyai majoriti tipis.

Walaupun Trump memberi isyarat bahawa serangan boleh disambung semula selepas rundingan diplomatik menemui jalan buntu, Barrack berkata AS tidak berhasrat menjatuhkan kerajaan Iran.

Iran menjadi musuh AS dan Israel sejak Revolusi Iran 1979 yang menggulingkan Shah Iran, pemerintah yang menyokong Barat.

"Jika anda terus mengancam dunia, sekutu kami dan negara Teluk, akan ada akibatnya. Namun, akibat itu bukanlah pertukaran rejim," kata Barrack.

Beliau menegaskan bahawa Trump tidak berminat untuk menjatuhkan kerajaan Iran.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sejak beberapa hari lalu berulang kali berikrar untuk menjatuhkan pemerintahan ulama Iran.

Kenyataan itu dibuat selepas dua kempen pengeboman besar-besaran terhadap Iran sejak tahun lalu. Netanyahu juga dijadual berdepan pilihan raya pada Selasa ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pegawai Iran berkata Tehran merancang tindak balas lebih besar sekiranya perang kembali tercetus.

Dua pegawai kanan keselamatan Iran turut mendedahkan bahawa negara itu menyediakan rancangan terperinci untuk menyasarkan kabel komunikasi bawah laut di Teluk jika AS dan Israel melancarkan serangan baharu terhadapnya. - AGENSI


APA JADI DENGAN KORPORAT MAFIA ?


APA JADI

DENGAN

KORPORAT MAFIA?





YAM SENG CELAH - SEMUA CERAH


KES ADAT  N9

AKAN SELESAI

BILA YAM SENG 

CELAH 

KHALAS

DADAH MASALAH DUNIA


DADAH 

MASALAH DUNIA

AMIN

PERLU ADA 

KERJASAMA

NEGARA ASEAN

DAN CHINA

AMIN

PUNCA KIMIA

DARI KILANG

DI CHINA

AMIN

DI PROSES

JADI PIL

DI SIAM

DI  MYANMAR

AMIN

HUKUM GANTUNG

BUNUH TAK AKAN

SELESAI MASALAH

AMIN

TUTUP KILANG

KUAT JAGA

SEMPADAN

MUNGKIN 

MEMBANTU

KHALAS


Indonesia rampas 1.15 tan ketamin daripada kapal tangki di Selat Melaka


MEDAN: Pihak berkuasa Indonesia berjaya membongkar kegiatan penyeludupan 1.16 tan dadah jenis ketamin HCL yang dibawa kapal tangki MT Global 168 di perairan Selat Melaka.

Ia membabitkan Pasukan petugas gabungan Badan Reserse Kriminal (Bareskrim) Polis Republik Indonesia (Polri), Badan Narkotika Nasional (BNN), Kastam dan Eksais serta Polis Air Baharkam Polri.

Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Suyudi Ario Seto, mengumumkan kejayaan operasi itu di Terminal Bandar Deli, Pelabuhan Belawan, semalam.

"Alhamdulillah, hari ini kita berjaya menahan penjenayah penyeludupan yang sememangnya berniat jahat untuk memusnahkan generasi muda negara kita," katanya.

Jelas beliau, lapan kru kapal yang terdiri daripada tujuh warga Indonesia dan seorang warga Taiwan ditahan. Kapal tangki itu kemudian dibawa ke Pelabuhan Belawan, Medan, Sumatera Utara.

"Setibanya di Pelabuhan Belawan, semua kru MT Global 168 disoal siasat sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

"Pasukan petugas operasi laut gabungan berjaya menemukan 58 guni berwarna hijau mengandungi ketamin HCL dengan jumlah keseluruhan 1.16 tan yang disimpan di bilik pam kapal berkenaan," katanya.

Menurut Suyudi, kapal seberat 370 tan kasar (GT) itu menggunakan bendera Mongolia, namun belayar dari Malaysia. Kapal berkenaan juga pernah menggunakan nama Tsurushio Maru No. 08.

"Pihak berkuasa mula menjejaki kapal sepanjang antara 56.99 hingga 57 meter, lebar 9.02 meter ini pada 14 Oktober ketika ia belayar melalui perairan berhampiran Malaysia sebelum menuju ke utara Aceh dan Thailand.

"Pihak penyiasat mengesan kejanggalan dalam sistem pengenalan automatik kapal itu yang memaparkan dua nama berbeza, iaitu MT Global dan Gross Dolphin.

"Benderanya Mongolia, tetapi kapal itu datang dari Malaysia. Berdasarkan data pengenalan utama, kapal ini mempunyai nombor IMO 9078347, nombor MMSI 457615000 serta tanda panggilan JVRE8, katanya.

Beliau berkata, penukaran nama kapal antara modus operandi yang dikenal pasti dalam beberapa kes penyeludupan dadah melalui laluan laut.

Sehubungan itu, penyiasat akan meneliti sejarah kapal berkenaan, termasuk kemungkinan wujud usaha menyamar identitinya bagi menjalankan kegiatan haram.

"Inilah antara strategi penyeludup, iaitu kerap menukar nama kapal. Berdasarkan pelbagai kes penahanan kapal yang berjaya kita bongkar, perkara ini sering berlaku," katanya.

Selain menyiasat identiti kapal, Suyudi berkata, pasukan penyiasat turut mengenal pasti syarikat yang direkodkan sebagai pemilik kapal itu, iaitu Makmur Marine Petroleum.

Syarikat berkenaan beralamat di Suite S11 dan S12, tingkat lima, Menara TJB, Jalan Syekh Muhammad Mukti, Bandar Johor Bahru 80000, Johor, Malaysia.

"Fakta ini tentunya akan menjadi bekal penting bagi pasukan penyelidik untuk mendalami pembabitan syarikat korporat mahupun pihak-pihak pengendali di balik jaringan antarabangsa ini," katanya. - AGENSI


LADANG SAWIT DI BAKAR - ANAK MUDA JADI PANAS


API BAKAR

LADANG SAWIT

ANAK MUDA

NAIK PANAS

AMIN

TAK KAHWIN TETAP BERANCUK


TAK KAHWIN

BUKAN BERMAKNA

TAK BERANCUK

KAH KAH KAH

BRANCUK TANPA

BEBAN ANAK

KHALAS

Satu daripada empat rakyat pilih tak kahwin


KUALA LUMPUR: Seorang daripada empat rakyat Malaysia berusia 25 hingga 44 tahun menangguh atau memutuskan untuk tidak berkahwin atau menimang anak pertama dalam tempoh lima tahun lalu disebabkan faktor kewangan.

Dapatan Tinjauan Celik Kewangan Malaysia (RMFLS) 2026 oleh RinggitPlus menunjukkan 24.3 peratus responden dalam kumpulan usia berkenaan berdepan situasi itu dengan peratusan yang lebih tinggi dalam kalangan mereka berusia 25 hingga 34 tahun, iaitu 28.9 peratus.

Sebaliknya, peratusan bagi responden berusia 35 hingga 44 tahun adalah 19.1 peratus.

Dapatan itu menggambarkan bagaimana kekangan kewangan mempengaruhi keputusan penting dalam kehidupan khususnya berkaitan perkahwinan dan perancangan keluarga.

Mengikut kumpulan pendapatan peribadi, 25.8 peratus responden berusia 25 hingga 44 tahun yang memperoleh RM2,000 hingga RM4,999 sebulan menyatakan faktor kewangan mempengaruhi keputusan berkenaan.

Ia diikuti 23.1 peratus bagi mereka yang berpendapatan RM5,000 dan ke atas, manakala 22.8 peratus bagi kumpulan berpendapatan bawah RM2,000.

Beri wang kepada ibu bapa

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan itu mendapati 63 peratus responden memberikan wang kepada ibu bapa atau ibu bapa mentua, dengan 32 peratus berbuat demikian setiap bulan dan 30.9 peratus secara sekali-sekala.

Dalam kalangan responden berpendapatan peribadi bawah RM2,000, 51.4 peratus memberikan wang kepada ibu bapa atau ibu bapa mentua, termasuk 18.5 peratus yang berbuat demikian setiap bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Yuen Tuck Siew, berkata dapatan tahun ini menunjukkan kaitan rapat di antara kedudukan kewangan, tanggungjawab keluarga dan perancangan masa depan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, jurang simpanan yang semakin melebar di antara golongan berpendapatan peribadi bawah RM2,000 dengan kumpulan pendapatan lain juga wajar diberikan perhatian.

"Pendidikan kewangan perlu bersifat praktikal dan mudah diakses supaya rakyat Malaysia dapat menerapkan pengetahuan mereka dalam keputusan harian yang membantu mereka membuat persediaan dengan lebih baik," katanya.

Tinjauan dalam talian itu membabitkan 3,005 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dan dijalankan dari 28 September hingga 11 Oktober lalu.

RMFLS adalah kajian tahunan RinggitPlus yang mendapat pengiktirafan Financial Education Network (FEN).