Khamis, 4 Jun 2026

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

KHAMIS 4 JUN 2026

PERANG HARI KE 97

GENCATAN SENJATA MASIH BERJALAN


KUWAIT:  BARUA AMERIKA KENA SERANG
Iran telah melancarkan drone dan peluru berpandu ke arah Kuwait.

Pangkalan tentera Amerika DI KUWAIT  jadi sasaran.

Lapangan terbang Kuwait jadi sasaran.

BAHRAIN DI SERANG
Iran lancar drone dan peluru berpandu. Markas Pusat Tentera Laut ke Lima Amerika jadi sasaran.

Semua ini ialah amaran dari Iran – dont play  play kah kah kah.

MAT TERAM BUAT LAWAK BERDIRI
Seperti biasa bila di tanya wartawan Mat Teram kata : Mungkin ujung minggu ni akan ada rundingan – kah kah  kah.

JASLINDA HILANG
Gua melihat masuk hutan  mendaki gunung satu yang menarik.

UNTUK SELAMAT cara amat mudah : PAKAI DIGITAL  RANTAI DI LENGAN – Gua dulu pernah melawat kawan gua  aktivis NGO  PASANG TAG pada IKAN KELAH DI SUNGAI NENGGIRI  GUA MUSANG – gua hanya bercuti  disana lepas keluar dari Kamunting.

Kelah ini dikawal dan di lihat perjalanan  dan  dalam pinggan sapa dia berakhir. Amin

NEGERI SEMBILAN APA JADI ?
Ada PRN atau tidak ?
Nak selesai krisis N9 mudah –BUBA DUN BUAT  PRN – tubuh kerajaan dan MB baru. Yam Tuan Baru – semua beres.

BIAR MATI MADANI JANGAN MATI ADAT!!!

HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah. Hujan subuh tak lebat tapi jalan basah. Matahari  tak kelihatan. Langit kelam tak indah. KL & KL Sentral berkabus nipis.

Di Pintu Masuk Murai berkicau – indah – dalam hutan belukar Cengkerik bersimponi – kuat – gumbira bumi basah.

Dari jauh gua nampak Puppy Itam – pagi ini ramai datang makan. Siti berkejar datang. Puppy Itam makan – dia masih kurus. Gua gumbira.

PIPIT
Rumput panjang  wilayah Pipit menuai semua dah jadi kontot. Kemana Pipit bertandang cari rezeki ?

Pulang di Wakaf Satu Siti dan Abang muncul. Seperti biasa Tiong Laki Bini datang makan bersama Siti.

Gua harap hari ini akan panas – tapi panas tanpa angin menjadi tidak selesa macam malam kemarin. Amin.

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
PAGI KHAMIS

BRO
Lu jangan rosakkan apa yang lu ada dengan mengingini apa yang lu tak ada.

BRO
Perkara yang lu tak  dapat ubah – lu jangan peduli.

BRO
Lu susun dan hasut orang ramai untuk turun demonstrasi – lu pasti enjoi de menjoi. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT PAKAI BAJU BATIK


 

Tiada ulasan: