AZAM BIN BAKI
TAK BERANI
SAMAN
AMIN
JIKA SAMAN
LAGI BANYAK
TAIK KELUAR
KAH KAH KAH
TERUS BURU
AZAM BIN BAKI
HINGGA DIA
SESAL HIDUP
KAH KAH KAH
KHALAS
Albert Tei tak sabar tunggu saman Azam Baki
Ahli perniagaan Albert Tei berkata, dia tidak sabar menunggu surat saman daripada Azam Baki bagi “melondehkan” segala perbuatan didakwanya dilakukan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.
Tei berkata, sehingga hari ini dia masih belum menerima sebarang surat saman daripada Azam yang telah bersara pada 12 Mei lalu.
"Hari Rabu telah berlalu, tetapi saya tidak terima konon saman fitnah yang dikatakannya.
"Jangan nanti bagi alasan hantar salah alamat atau saman itu hilang ketika proses penghantaran, saya menunggu ni!
"Saya tidak sabar mendedahkan segala perbuatan jahatnya di mahkamah supaya orang ramai tahu apa yang berlaku dan bagaimana Azam menganiaya saya ketika dia menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, polis mengambil keterangan Azam terkait dua kes yang melibatkannya iaitu laporan Bloomberg yang melibatkan isu pemilikan saham syarikat awam, serta dakwaan salah guna kuasa dan ugutan jenayah terhadap Tei.
Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M Kumar.
Kata Kumar, kedua-dua kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selaras dengan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat untuk nasihat dan arahan selanjutnya.
Pada masa sama media turut melaporkan yang Azam akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Tei dan mengarahkan peguamanya menyerahkan notis secepat mungkin.
Menurut Tei, Azam menyalahgunakan kuasa untuk mengugutnya ketika memimpin agensi antirasuah tersebut.
“Selepas hilang kuasa, dia cuba menyalahgunakan proses saman untuk memberi tekanan dan menakutkan saya.
"No way Azam! Sekarang kau hanya orang biasa saja, kau sudah tiada kuasa dan tidak kebal lagi!
“Sudah tiba masanya untuk kau menanggung dosa dan kesilapan yang telah kau lakukan," dakwanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan