Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 8 Januari 2009

TEMU BUAL YANG TIDAK SENGAJAKAN



Ini kesah benar. Bagini ceritanya. Selepas penamaan calon Kuala Terengganu cukup sibuk. Bayangkan berpuluh ribu penyokong datang. Untuk Pakatan sahaja hampir 20 ribu warga penyokong yang hadir.

Kota di tepi sungai dan laut ini menjadi sibuk. Jalan menjadi sesak.

Saya ingin mencari makan dan melarikan diri dari kesibukan ini. Tempat terbaik dalam perhitungan pastilah Pekan Cina.

Di hujung jalan Pekan Cina ini berhampiran dengan Pasar Payang ada sebuah kedai makan Melayu. Saya masuk. Ketika saya masuk masih banyak meja yang kosong. Sedang saya menunggu makanan sampai tiba-tiba beberapa kumpulan datang. Mungkin mereka baru selesai merayau-rayau di Pasar Payang. Meja kosong telah habis.

Tiga wanita bertudung biru tercari-cari tempat duduk – lalu mereka datang duduk bersama di meja saya. Meja saya agak besar. Ketiga-tiga mereka agak obes. Seorang yang berkaca mata duduk betul-betul di sebelah saya. Saya memberi laluan.

Saya perhatikan perwatakan mereka – saya yakin mereka pastilah wanita gerombolan. Tangan mereka berselirat gelang. Telinga mereka bergayut anting-anting. Di jari terpacak cincin – bukan satu bukan dua tetapi sampai empat lima. Di leher – tergantung rantai – sama macam rantai Mat Rempit. Yang berbeza Mat Rempit memakai rantai perak putih – Mak Cik-cik ini memakai rantai emas.

Kepada siapa agaknya mereka ingin menayangkan harta kekayaan mereka saya juga tidak tahu. Apa hebatnya emas emas bergayutan di badan saya pun kurang arif. Pada hemat saya kalau hendak menambahkan anggun dan dilihat cun bukan dengan emas tempayan tetapi dengan menguruskan badan yang obes.

Selalu saya perhatikan perangai perempuan Melayu. Mereka ingat pakai emas itu hebat. Mereka kurang sedar. Mereka kelihatan hodoh.

Yang berkaca mata bertanya saya ini dari mana. Lalu saya menjawb dari Bangsar. Dengan cepat dia berkata ‘ orang Datuk Sharizatlaaa ni …’ Saya hanya menjawab ’…eeeemmmm…’ Mereka cukup senang hati. ( Hati saya gedebak gedebuk ingin ketawa – tetapi tidak keluar bunyi – macam kentut senyap tanpa bantuan Dolby).

Saya pun memulakan ‘game’ dengan berkata ‘ KITA pun ramai juga yang datang…’

Bila mereka mendengar perkataan KITA saya nampak hidung hidung mereka kembang kempis. Lalu saya tanya dari mana mereka datang. Dengan bangga mereka mengatakan bahawa mereka dari Bakri Muar Johor. Bertolak jam 9 malam kelmarin – sampai ke Kuala Terangganu sesudah subuh. Yang seorang lagi berkata - juga dengan bangga - setiap Bahagian telah diarahkan menghantar satu bas. Sesudah makan tengah hari mereka akan pulang.

Wow ! Bayangkan betapa jauhnya mereka datang. Tetapi tidak sampai 5 jam berangguh di KT. Ini hanya hendak menunjukkan kepada Wan Farid ( yang juga obes) bahawa orang di P036 ramai yang datang membawa bendera gerombolan. Berapa agaknya belanja satu bas?

‘ Datuk Sharizat KITA macam mana?’

Nak terbarai kentut saya dengan bunyi Cincerama Dolby Dolby sekali. Teman yang makan bersama saya tersenyum. Saya nak beritahu Mak Cik Mak Cik ini – saya dah lama kenal Datuk Sharizat dan saya tahu siapa dapat ‘blowjob’ pertama dari Kak Jat. Tetapi tak sampai hati. Pengsan tiga wanita gerombolan ini nanti bila saya beritahu ‘ kong kali kong’ bakal pemimpin mereka.

Atau saya di himpap oleh badan-badan mereka. Atau saya kena libas oleh beg tangan Gucci Golok mereka.

Nak menyedapkan cerita seorang Mak Cik itu bertanya – kawan seorang ini siapa? Kawan saya pun tahu ‘game’ ini. Dengan cepat dia berkata ‘… saya driber’. Wow – Saya pun berlagak macam gedebe dari Lembah Pantai.

Kemudian saya tanya tentang Wan Farid. Saya tanyakan kenapa bekas presiden KITA kata Wan Farid tidak sesuai. Hanya satu jawapan dari yang memakai cermin mata ‘ dia ego’. Secara jujur mereka sedar bahawa Wan Farid ini agak ‘sombong’. Ini cerita yang mereka pungut ketika mereka berjemur di padang.

Mereka cukup yakin dengan watak ‘cool gedebe’ yang saya mainkan – mungkin kerana saya ada driber - lalu mereka berkata ‘ susah ni… calon KITA ni… tak pasti menang….’ Saya hanya memungut kata-kata mereka dengan senang hati.

Kami ingin beredar.

Saya tidak memesan makanan yang banyak. Kerana ketika berjalan saya suka terus berlapar. Saya hanya merasa-rasa masakan bukan makan untuk kenyang. Ini agar saya dapat singgah dari satu kedai ke satu kedai.

Kawan saya bangun untuk membayar. Dengan cepat Mak Cik bercermin mata berkata ‘… tak payah bayar untuk kami….. bahagian dah bayar semua…..’ Kah kah kah…. hampir terbarai kentut Dolby saya.

Kepada pembaca cerita ini – ambilah kesah ini sebagai satu pengajaran. Pertama kalau masuk restoran jangan duduk di meja orang yang tidak di kenali. Kalau restoran tak ada meja cari restoran lain atau tunggu ada meja yang kosong. Kedua tak perlu pakai cincin, gelang, anting-anting dan rantai untuk pergi ke rapat politik. Ketiga bila melihat susuk berjanggut, berponytail dan bertopi – jangan sesekali duduk di mejanya. Bahaya. Susuk ini terlatih untuk bermain ‘game’.

Maka di buatlah pantun untuk anak cucu cicit kita:

Masuk restoran pandang-pandang
Rantai di leher beg di sandang
Jangan bercakap terang-terang
Tukar Tiub sentiasa memandang





40 ulasan:

Jarri berkata...

wahaha.
cool lah TT.

kucingsiam berkata...

meow~

aduhai, sampai tak kenal raut wajah taikor brickfields kita bung hisham ... hahaha, ini akibatnya bila cuma pandai membaca akhbar utusan melayau ... kenal batang hidung pembesar PEKEMBAR saja

tak sangka pulak kak jat kita ni hot sebenarnya kahkahkah pastinya lagi hot daripada kak fidah yang obes dan dihias dengan intan dan emas.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa makcik2 gerombolan ni jenis buta IT atau jenis memang buta huruf (tak tau membaca atau malas membaca)ar ... boleh x kenal bro tukartiub kita ni... yg dah terkenal sampai ke bangla kah kah kah....

apa2 pun - aku memang rasa PAS akan menang punya (majoriti tak besar kot), tapi x pa janji menang !

DIN berkata...

kah... kah... kah... sempoi...

memanaskan suasa yang salji di manchester.

din
http://ceritarassa.blogspot.com/

Mr. Padedoh berkata...

Steady, ni Tukar tiub seperti Undercover Brother
teruskan, biar hancur calon obese ni.

F.A.Z.R.U.L.L.S berkata...

Salam Tuan,

Apa2 lah makcik2 felda ni.. rombongan cik kiah pun tak bengaap macam ni, kan dah naya dapat publisiti free dari TT.. heee

apa pun selamat menyambung berita...

TiUb GeRek berkata...

Bro,

malam ni kalu makcik2 gerombolan tu tengok astro awani mesti terkejut berok...disangka kaum kerabat rupanya TT.

kah..kah..

malu oden..

painah berkata...

kah kah kah!!!!!!!!
kelakaunya sampai meremang bulu ketiak aku.

hidup TT

yoshz berkata...

apa la tukar tiub pun diorang tak kenal..

nampak sangat kau ni tak glemer

ZAM berkata...

jerat pun mereka tak kenal...

IndukYati berkata...

apolah bingainyer makcik-makcik tu,..steady lah bai..den tunggu mlm nie kek Astro Awani,ekau belasah jor..MP dr Pasir Salak tu..biar terkincit-kincit sebelum jawap soalan

Izwan berkata...

Perghhh..

Ni sahih pakcik dan makcik toya..

Depa nih sewel agaknya..

Ade ke tak kenai ang.. Gila..

Nih Isham si Groucho.. haha..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah..
lawak2..
kesian bro kena tahan kentut dari terbarai.. kah kah kah..

pendikar gunung kriang berkata...

Ha...ha....kisah lucu yang menarik tapi benar! Maafkan saya Isham kerana nak pinjamkan kisah ini untuk dimuatkan dalam blog saya.

aizam berkata...

"macam kentut senyap tanpa bantuan Dolby)" KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH..

Tuan kalau nk makan 'boleh tahan sikit' kat tgh2 'BANDARAYA' Terengganu, Tuan boleh makan kedai makan dekat dengan dataran Syah Bandar, Jalan Tok Lam kedai tepi belah kanan mula-mula masuk simpang..

KAH KAH KAH KAH KAH KAH..

dragsuperstar berkata...

malatop..aku bace pon nak terbarai isi perut sham wei...

ariff sulaiman berkata...

hei bro!
mlm ni mesti die terkejut berok!
hahaha
kem slm ngn anwar kalo jmpe die tau haha

the tedung selar berkata...

Laa.. awat hang tak lepas ja hang punya kentut tu isam... dok tahan-tahan buat hapa.

Aku tau hang boleh lepaskan pada kadar kelajuan 80km persaat...

Biag cayag depa punya emas intan berlian yg tersalut...

Kalau makcik-makcik ni terbaca hang punya ulasan, mau depa plak terkentut ala mono... kehkehkeh

MahadeyBersiong berkata...

kihkih..ko memang pandai buka game sham! Salute!

Setiap bahagian 1 bas..peghh! Kalau 186 bahagian? Umak ai..Makan, hotel payung lagi..dalam keadaan ekonomi cam ni?

pak andak alwi berkata...

den agak dio orang pun tahan kontot tu , takut kek kau.... hahahaha

Niel berkata...

lol. what a hilarious story. shows the very true colour of an UMNO Putra as well. haha.

Tanpa Nama berkata...

Abang Hisham,beria ia mak cik mak cik dari rombongan Cik kiah tu declare pi kempen kat KT.Entah entah bershopping sakan kat Losong,borong kepok lekor.Anyway tak per juger industri kecil dan sederhana orang Ganu hidup waktu ekonomi dunia tengah sakit.Kena ada Pilihanraya Kecil selalu nih.... Awang sutung kurita.

ainon mohd berkata...

Tak manis cakap kentut-kentut.

Gunakanlah Bahasa Melayu Tinggi.

Tanpa Nama berkata...

sham, bila nak pi KT agi ? aku nak join. jumpa kat mydin esok petang.
- aku yg ikut kau balik jelebu pagibuta itu ari

faridshah berkata...

"Tiga wanita bertudung biru tercari-cari tempat duduk.......,

Tangan mereka berselirat gelang. Telinga mereka bergayut anting-anting."


Satu soalan:
depa pakai tudung ala rosmah mansor ka..?

kahkahkah..

caya lah Bro !!

Tanpa Nama berkata...

Datang semua ditanggung.

Bawak kentot je...hahaha

Johan berkata...

terkejut berok dorg klu bukak asterok awani mlm ni kahkahkah..caya lah lu,bro!

bijan_pc berkata...

No comment..
tapi elok gak bro buat camtu.
at least lepas ni AMENO dah buleh buat kursus - "Mari Mengenali Kerabat PR"

Tanpa Nama berkata...

aku suka part "orang perkata yang rasa blowjob Kak Jat" siapa ye huhuhu

Adibah_M berkata...

Itulah bila jauh berjalan...banyak pengalaman....TERINGAT AKU PADA 3@4MINGGU LEPAS, MASA MERAYAU KAT GARAGE SALE DI MELBOURNE NI, MEMANDANGKAN ORG KITA NI RAMAH..MAKA AKU BERSEMBANG NGAN TUAN RUMAH GARAGE SALE NI (MINAH SALEH), DAN BERITAHU DIA YANG AKU BERASAL DARI MALAYSIA....DIA SENYUM KAT AKU DAN BERTANYA KENAL KE DENGAN 'HISYAM'..AKU KERUT MUKA DAN TANYA DIA HISYAM TU SAPA...SELEPAS DIA CERITA SIKIT TENTANG LA TROBE UNIVERSITY AND BLA..BLA...OOO..HANG NI MEMANG POPULAR LAH HISYAM...

Miss-peninG berkata...

hahahaha... cantek lah... nampaknya UMNO sendiri tau calon dia ego...

camana nak menang nieh???

King Castle berkata...

Bung sham, saya ingin ke sana, harap dapat berjumpa dgn bung sham.
:)

cerek itam berkata...

hahahahahaha....apa pon brader isham mmg best.cian makcik gerombolan tuh.TT pon korang x kenal..buta it tol.buat malu gerombolan johor je.apa dah jadi dengan e-desa.belajor2lah dengan tokey sees dengan tokey hud tuh.rugi rakyat bayo mahal2.cisss

Truckster berkata...

Kah kah kah........

hhhhhhhhhuuhhhhhhhhhaaaaaaaaa tukartiub for senator 2009!!!!

hhhhhhhhhuuhhhhhhhhhaaaaaaaaa tukartiub for senator 2009!!!!

hhhhhhhhhuuhhhhhhhhhaaaaaaaaa tukartiub for senator 2009!!!!

padah gerombolan apabila permainan game terjadik

Tanpa Nama berkata...

report bpr...politik wang!

umno bahagian pasar seni berkata...

hahahaha....lu kata makcik tu suma pakai tudung, tapi ada nampak anting-anting lagi...hahahaha

agaknya suma pakai tudung style rastaman ke...hahahaha...dah tu jemput lah makcik tu suma lepak bau bau cafe hahaha

anak Jemapoh berkata...

Salam..
Kalau dah dasar meterial UMNO, dia orang peduli apa, siapa kat depan.
Kelas Bro, memang kelas......
ketagih pekena blog ni, teruskan.
Walfulus fitdunia walmapusfil Akhirat

Tanpa Nama berkata...

..mike mengingat kan teman pada Mr T..yang pakai emas berselirat dalam cita The A Team.. tapi yang ini Mrs T..Tempayan..hua hua hua!!

Jerung Sakti berkata...

Wahahahahahaha...aduh aduh, pancit aku ketawa terbahak bahak...lawak tahap bik mama...hahahahaha

sham berkata...

cayalah bro..