Khamis, 8 Januari 2009
TUKAR TIUB – DI ASTRO AWANI MALAM INI
Tukar Tiub di siaran langsung Astro Awani malam ini - Khamis 8hb Januari 2009.
Tajuk perbincangan ‘ REAKSI PERANG DI GAZA’.
Waktu siaran: Jam 8.30 hingga jam 9.00 malam.
Tukar Tiub akan berbincang tajuk diatas dengan YB Dato’ Tajuddin bin Abdul Rahman, wakil rakyat dari Pasir Salak.
Sesiapa yang betul-betul tidak ada kerja penting sila menonton. Jika ada pekara yang lebih baik dari menonton tv – seperti menyiram bunga, memotong kuku, mencari kutu atau bergunting rambut sila lakukan. Jangan buang masa menonton tv yang dijamin akan membosankan.
Tukar Tiub sendiri tidak memiliki tv.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
30 ulasan:
beb..gua kat canada ni.gua nak tanya lu la..betul ke kat melaysia sekarang curi petai kena penjara?
lu baca kat sini beb..ni kes ganas ni..
http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2009/01/berita-tergemparseorang-ibu-dipenjara.html
GAZA TERUS DIGEMPUR: APA SUMBANGAN KITA?
Sejak 1967 zionis Yahudi @ Israel memperkasakan pembunuhan dan kemudian merobohkan premis dengan melaksanakan peperangan yang tidak pernah diharamkan oleh PBB. Sekutu rapatnya yang menaja dana ialah Amerika. Cuba bayangkan, masyarakat zionis tu bukannya ada kerja selain berperang. Kita warga Malaysia juga turut hulurkan dana dengan melanggan produk keluaran sekutu zionis antaranya Nestle, Johnson & Johnson, Kraft, Coca Cola, Pepsi Cola, Colgate dan banyak lagi terutamanya pewangi serta kosmetik. Produk yang paling banyak ialah rokok/tembakau. Andainya sebatang rokok menyumbang 10 sen ke dalam tabung perang zionis, hitunglah berapa jumlah yang disumbangkan?
Pada 3 Januari 2009 lalu semasa menghadiri kenduri di rumah seorang kawan di Alor Setar saya sempat berbual singkat dengan Ed Lazim dan membayangkan dengan hal tersebut.
Ed Lazim adalah warga istimewa yang hanya sebelah mata sahaja berfungsi sekitar 50% sahaja. Manakala sebelah mata lagi menurut katanya, langsung tidak berfungsi.
Saya mengkagumi anak muda ini kerana keupayaannya bermain muzik (gitar) sambil menyampaikan lagu terutamanya lagu puisi dengan baik. Beliau berupaya menggubah lagu dengan pantas; jika diberikan puisi pada waktu pagi, pada sebelah petang beliau sudah boleh menyampaikannya dengan begitu baik.
Berbalik kepada butir-butir perbualan di rumah kenduri berkenaan. Saya meluahkan pandangan begini:
Jika diperhatikan bukan sedikit puisi/sajak dicipta lalu disiarkan oleh pelbagai media melahirkan luahan kemarahan terhadap zionis Yahudi yang membantai warga Palestin yang kini telah menjangkau lebih 500 jiwa.
Warga dunia begitu geram dengan keangkuhan Amerika mengeluarkan kenyataan yang menuding jari menyalahkan Hammas lalu mengatakan bertanggungjawab atas apa yang berlaku!
Saya menyampaikan pendapat mengatakan puisi-puisi yang ditulis akan hanya tinggal kaku dalam buku atau berlonggok di esastera. Persoalannya ialah mengapa tiada mana-mana pihak yang mahu merakamkan lagu-lagu atau deklamasi dalam bentuk CD atau kaset kemudian dipasarkan. Sebahgian kutipan jualannya bolehlah disumbangkan kepada tabung bantuan rakyat Palestin.
Barangkali ia boleh dilaksanakan oleh NGO.
Setakat ini dilihat seperti tiada mana-mana pihak tertarik dengan isu yang saya kemukakan sejak 5.1.2009 kepada banyak pihak. Saya juga mengajak ia dibincangkan di komuniti penyair esastera.com tetapi nampaknya ia tidak menarik untuk dibincangkan.
Perkara yang mendapat perhatian di esastera.com setakat ini ialah berkaitan peluang untuk merebut hadiah! Setakat ini fahamlah saya bahawa golongan seniman yang juga peka (seperti saranan Azizi Hj Abdullah semasa berlangsung Bengkel Penulisan Kreatif Inspen Alor Setar pada 28.11.2008) itu lebih mementingkan perjuangan untuk 'mengisi tembolok atau kantung' semata-mata. Apa kena mengena dengan penderitaan warga Palestin. Biarlah mereka bertelagah, kita peduli apa. Mereka berperang sejak dahulu jika diambilkira fakta sejarah adalah kerana zionis bermusuh dengan orang Arab disebabkan nasab keturunan. Zionis dari Sarah dan Arab dari Hajar, kedua-duanya adalah isteri Nabi Allah Ibrahim a.s.
Jika mereka hendak berbunuhan, biarlah. Posisinya jauh dari rumah kita. Kita masih boleh tidur nyenyak.
Andai begitulah sikap kita, jelaslah bahawa stigma kasihkan dunia atau hubbudunia masih tebal meskipun kita sudah hampir sedekad berada di alaf baru yang kejam dan tidak cakna!
Begitukah sikap kita?
Salam.
ABDUL HALIM YAACOB
http://asalbayu.blogspot.com
http://www.esastera.com
lu jangan hisap rokok keretek waktu siaran nanti.nanti habis bau busuk satu stadio.tajudin rahman sama tua sama lu.apa lu takut,lu bantai sama dia,jangan bagi peluang sama dia.tajudin nanti cakap macam dia hero di gaza.dia tentu mau tunjuk bahawa dia bukan saja hero malayu,tapi hero orang arab juga.bagi ingat sama dia,arab tak semesti Islam,macam orang melayu sekarang. siaran ni wa kena rakam pasai itu waktu kita orang ada urusan laian di surau atau masjid.
tukartiub sendiri tak mempunyai tv....
kahkahkah...
lawak dan dalam maksudnya tu
saya ada memiliki TV tapi tidak memiliki ASTRO..
masa abg kat sana nanti,tolong tanya pengurusan ASTRO bila ASTRO AWANI nak buat talk bertajuk REAKSI PESTA SEKS DI MALAM TAHUN BARU YANG MELIBATKAN STAFF KAMI..?
tolong ye bang..janji tau..
Abang Hisham..Saat yg ditunggu tunggu.Nak tengok tuan punya batang tubuh.Kat blog dah lawat selalu.Dulu ada jugak gambaq yg handsome tu..Tapi tahun baru tak dak pulak.Agak agak Abang Sham nak cakap apa malam ni?Kita pi baling kasut ramai ramai kat US embassy relevant tak? Shalom.
Saya akan tonton,
Malam ni saya betul2 free, cuma bermain2 dengan anak2 selepas makan sebelum mereka masuk tido..
so boleh lah layan, bosan ka apa ka. biar tv tu yang barcakap2, kita ada mata melihat sahaja...
Cantek la bro Isham
Bantai cukup-cukup malam ni
Biar padat, tepat dan melekat..
kahkahkah...
Salam Perjuangan..
bro..
Cayalahhhh...
Hahaha..
Jangan pakai tali leher dan baju batik sudah...
;)
satu pertanyaan..
Kalau boleh bangkitkan isu borjuis-borjuis dan kapitalis2 yang menjadi anak-anak kepada si rejim zionis..
;P
Har.. har..
Ello bro Isham...
Kasi alamat umah, nnti saya pos kan tv kt bro satu...
Hidup tukar tiub!
prom Shima.
abang isham,
tahniah, dah masuk mainstream tv nampak :)
Kita kecoh lebih2 dengan Israel pun tak guna, depa memang nak bantai palestine tu. Ada Amerika pulak back-up.
Tolong la cakap kuat-kuat malam ni mana pi pak-pak arab dan OIC - dah jadi tikus ka takut nak lawan Israel&Amerika dan kutu2 mereka.
Setakat boikot McD's, starbucks tu tak guna, itu cerita lama yang sentiasa di ulang tayang. Vincent kawan Dr MM tetap buat untung dari McD's, Starbucks semua tu. Tanya Dr MM dulu sapa bagi approval McD masuk Malaysia...hohoho
Sori bang Isham, tertinggal satu perkara...
Jangan pakai suar pendek ngn kot dah ler. Nmpak pelik tapi glamer...
Mlm ni mmg duduk dpn tv nk tgok abg Isham, tak makn pun tak per... malam jumaat plak tu
Hidup Tukar Tiub!
Prom Shima
Agak-agak malam ni Bro ada gelak besar KAH KAH KAH tak? Kalau takde tak best la. Bro punya gelak tu dah macam trade mark bro dah...
dah lama saya nantikan nak tengok kredibiliti bro ni..dari jemapoh ke paris
Info(kalau tak salah lar..)
Jika terlepas siaran malam ini, MUNGKIN 7.30 pagi esok (Jumaat) ada siaran ulangan.
Jangan lepaskan peluang !!
Salam perjuangan..
Pesal setakat munkee pasir salak ni je??nape bkn KJ or kerismuddin ke?kahkahkah..
caya bro..lu tibai cukup2 bro..baru johnny rotten.cadangkan malaysia hantar bik mama pegi palestin kahkahkah
sekiranya makcik2 obes yang abg jumpa di KT tempoh hari menonton ASTRO AWANI malam ini, pasti mereka akan terkentut dengan DOLBY kat depan TV...
Nampaknya Dato Tajuddin belum sampai tahap pemikiran sebagaimana yang ingin dibawa oleh lu syam,gua nampak memang dia belum dapat menerima kerana lu bawa pemikiran yang belum tercapai oleh akal dia lagi....
Gua respek lu syam........
TAHNIAH!!!!
I'M proud of you!~
YB pasir SALAH ni nampak sangat tak berpengetahuan tentang dunia ARAB...
apa yang dia tau adalah rancangan jangka pendek iaitu .
nyatakan pendirian mengecam israel ( hanya political move)
akan sokong apa yang Lah akan buat..
dan kasik duit...
tahniah.. anda berjaya menembak YB Salah Pasir nie berDASDAS....
lu bukan tgh ada kt KT ke isham? sempat lagi ke turun astro punya studio....hahaha
tapi gua baru tgk show ni tadi..perangai lu dua orang dalam studio lebih kurang sama...hahaha asik memperlekeh sesama sendiri je muka masing masing hahahaha
tapi nak tergelak tgk si YB pasir salak asik tak puas hati kena hentam dgn TT pasal tiada pendemokrasian di malaysia ini
bravo isham!!!
itu macam la pak isham..
sampai tak tercakap YB Pasir Salak tu..
kahkahkah...
bravo TT, bravo.. =)
Woit!
Kat astro jugak ko mendarat.
Lepas ni progrem ape pulak?
Jual rantai mat rempit kat makcik obes gerombolan?
kahkahkah
Kasut Doc Mart kau ade kesan tanah la Sham. Tanah rimba hijau Bangla.
Tahniah TT, aku nak komen tak pandai, tapi paling aku suka TT pegang tasbih sambil wirid, tu yang tak tahan tu, apapun tahniah aku sokong kau TT, PENDEMOKRASIAN
yg lawaknya bila TT bangkang hujah pertama YB tu, terus speaking english lepas tu...
kah..kah..kah...
selalunya bila dah tersasul speaking dlm program BM ni maknanya dia tgh menahan kemarahan yg teramat2 sgt...
kah...kah...kah..
bongok punya YB Pasir Salak...
Haha ..bengkek je muka YB Pasir Salak tu.. tak puas hati dia.
Bro Isham, seluar lu ternaik sangat la, nampak bulu kaki haha
hahaha..amek ko YB Pasir Salak... gelakkan org je la ko boleh... tp nampaknya padang permainan tak sama rata la...
tp apsal la wat 30minit je? buat la sejam..malam ni kena pegi Majlis Peguam la tgk forum kat sana plak...
bro, miss la tukar tiub di awani, you tube version , audio tak dengar langsung, ade tak version lain
Sham ..
Patutnye ko suruh mamat smalam 2 bancuh kopi la..diam je x watpe.. wahahahahaha.... Pastu tergaru2 ..trgosok2 blakang kpla..slalunye
orng tngah blur .. die akn macam ni..hahahahaha....adoi..
Catat Ulasan