Rabu, 25 Februari 2009

AKHIRNYA TINGGAL EMPAT EKOR RAJA




– BAHAGIAN KE DUA -


Epilog : Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun trup. Faroq di kelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.

Ini jawapan Al- Malik Fārūq al-Awwal …' akhirnya dalam dunia ini akan tinggal 4 ekor raja sahaja….Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk…. ' (Minggu lalu).


Zaman Gelap – adalah zaman dimana gulungan agamawan telah bersekongkol rapat dengan tuan-tuan tanah dan kaum feudal. Rompakan dan kejahatan kaum feudal telah di 'halalkan' oleh gulungan agamawan. Fatwa dan fatwi telah di keluarkan oleh para agamawan untuk memastikan tuan tanah dan kaum feudal sentiasa menang. Hasilnya dua kumpulan ini berkenduri kendara dalam kemewahan hidup.

Tanah, hasil pertanian, ternakan malah anak isteri kaum tani yang di rampok oleh kaum feudal semua di 'halal 'kan oleh gulungan agamawan. Dalam masa yang sama tenaga kerja kaum tani selalu di perah secara percuma untuk menambahkan lagi kekayaan kaum feudal dan kaum agamawan.

Sampai ke satu ketika kejelekan kaum agamawan telah menjadi lawak bodoh - jika kita lihat dalam konteks hari ini. Fatwa telah dikeluarkan - sesiapa yang melakukan kesalahan mereka pasti akan menerima balasan dan di masukkan ke neraka. Janji neraka ini amat-amat menakutkan kaum tani pada ketika itu.

Janji neraka ini ada tapinya. Yang bersalah tidak semestinya akan di hantar ke ke neraka jika yang di tuduh sanggup membayar harga dosa mereka. Dosa-dosa ini boleh ditimbang tara dengan berat dinar emas dan perak. Jika sanggup membayar emas dan perak maka dosa ini akan di ampunkan dengan serta merta oleh kaum agamawan. Amat jelas disini pengeluaran fatwa dan fatwi pergi ke neraka ini telah menjadi satu industri dimana kaum agamawan telah berjaya mengumpul harta kekayaan.

Tipu helah dan silap mata kaum agamawan, tuan tanah dan kaum feudal ini mula di hambat oleh kaum tani apabila kaum tani mula menerima masuk idea-idea rasional. Idea dan pandangan rasional inilah yang memajukan Eropah sehingga kita melihat Eropah yang wujud pada hari ini.

Harus di sedari bahawa pemecah ruyung membuka jalan pencerahan adalah gulungan agamawan juga. Jangan tersilap, sejarah Zaman Pencerahan di Eropah bukan bermula di Florence atau Venice tetapi berpunca di Kota Baghdad dengan wujudnya Baitul Hikhmah – Gedung Ilmu. Gedung Ilmu ini di dirikan oleh Khalifah Haron Al-Rashid (763 – 809) untuk melakukan kajian ilmu dan menterjemhkan buku dan kitab-kitab kuno Yunani yang telah di tinggalkan oleh warga Eropah yang masih dibaluti oleh Zaman Gelap.

Dari pengaruh Gedung Ilmu ini maka munculah diantaranya Al-Farabi , Ibnu Sinna dan Ibnu Rushd - ahli falsafah, ilmuan dan pemikir Arab, Afghan dan Parsi yang membawa idea rasional untuk pencerahan dunia. Mereka inilah diantara puluhuhan pemikir falsafah agamawan Islam yang membawa idea pencerahan.

Al-Farabi membuka kembali pandangan dan pemikiran Aristotle. Pandangan Socrates, Plato dan Aristotle inilah yang menjadi induk dan asas falsafah keilmuan di Baitul Hikmah Baghdad. Para falsafah ini menggunakan akal dan fikiran mereka yang rasional untuk memahami ayat-ayat Quran.

Bagitu juga di Tanah Melayu gulungan agamawan telah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pencerahan dan kesedaran jati diri. Dari awal lagi kaum agamawan melalui ajaran agama telah sama-sama bangun menentang penjajah – Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun.

Tetapi, sejarah tamadun manusia bukan satu jalan yang lurus. Kadang kala ianya berulang-ulang. Bagitu juga terjadi di tanah air kita. Pencerahan yang baru bermula tiba-tiba tergendala dengan kemasukan kuasa British pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor.

Di zaman British rakyat di Tanah Melayu, tarafnya sama dengan taraf warga di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Zaman Penjajah tidak jauh bezannya dari Zaman Gelap. Warga yang di jajah samalah seperti kaum tani yang harta kekayan mereka di rompak oleh kaum feudal – kini yang merompak ialah kaum penjajah.

Tujuan menjajah ialah untuk mengumpul dan merampas harta kekayaan negara yang di jajah. Justeru British telah mula bersekongkol dan menjalankan kerjasama dengan kaum feudal dan kaum agamawan. Persekongkolan mereka ini dilakukan agar cita-cita penjajah untuk mengambil hasil tanah jajahan tidak di ganggu gugat.

Justeru dimunculkan Raja di Saudi Arabia, Jordan dan Iraq – walhal Raja-Raja ini tidak pernah wujud di zaman Nabi Muhamad. Dalam ajaran Islam tidak wujud konsep raja. Dalam Islam semua manusia sama disisi Yang Maha Esa. Islam pada awalnya dianggap radikal dan revolusiner kerana menentang feudalisma dan penindasan. Malah konsep kesamaan derajat di kaca mata Tuhan inilah yang menjadi daya tarikan untuk membuka Zaman Pencerahan dan meruntuhkan kuku besi kaum feudal dan kaum agamawan di Eropah.

Di Tanah Melayu penjajah Britsish telah memupuk dan membaja kaum feudal agar mereka boleh menjadi orang perantaran di antara rakyat dengan kuasa British. Kaum agamawan juga telah di rekrut sama. Justeru terjadi persekongkolan tiga kumpulan seperti di Zaman Gelap – penjajah, kaum feudal dan kaum agamawan. Kaum agamawan sama seperti kaum agamawan di Eropah di Zaman Gelap akan mengeluarkan fakwa dan fatwi untuk ' menghalal'kan tindakan penjajah dan kaum feudal.

Tetapi idea Pencerahan tidak dapat lagi di padam-padamkan. Satu demi satu kaum feudal di Timur Tengah di hapuskan. Kaum feudal di Timur Tengah yang wujud pada hari ini sedar bahawa mereka diwujudkan kerana mereka menjaga kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika.

Yakinlah, apabila kepentingan kuasa imperial ini habis i.e telaga minyak telah kering - maka mereka juga akan terbungkus sama. Ini adalah hukum sejarah yang telah di teroka oleh Pencerahan.

Apa yang berlaku di Perak pada bulan Januari 2009 tidak banyak perbezaan seperti mana ianya pernah berlaku di Eropah di Zaman Gelap. Kaum feudal telah cuba melawan arus Pencerahan. Dari segi sejarah, kaum feudal di tanah Melayu yang di bajai oleh penjajah British ini telah menerima satu pukulan pada tahun 1993. Ini bila dipinda Perlembagaan yang membolehkan kaum feudal di sman. Sebenarnya ini hanyalah langkah kompromi diantara kelas kaum peniaga dengan kaum feudal.

Dalam krisis Perak ini kita juga membaca dan mendengar bagaimana ada gulungan agamawan yang mengeluarkan fatwa untuk 'menghalalkan' tindak tanduk gulungan feudal. Ini tidak menghairankan. Ini telah pernah berlaku di Eropah ketika Zaman Gelap.

Sayugia di ingati idea Pencerahan Al-Farabi, Ibnu Sinna, Ibnu Rushd telah mempengaruhi William Harvey, René Descartes, Spinoza dan mempengaruhi Karl Marx, Bakunin, Lenin yang terus pula menpengaruhi Jean Paul Sartre yang kemudian mempengarhui Ali Shariati. Idea Pencerahan Ali Shariati telah menumpaskan Raja Segala Raja Ahmad Reza Pahlavi pada tahun 1979.

Sejarah berulang-ulang. Kadangkala ke hadapan. Kandangkala mengundur. Tetapi idea dan falsafah Pencerahan akan terus bersinar. Justeru ketika ini kita juga melihat ada kumpulan dan gulungan agamawan Islam telah muncul secara positif ke hadapan untuk mendirikan benteng menghalang kaum feudal membawa Zaman Gelap datang sekali lagi ke dalam budaya negara kita.

Pencerahan telah menobatkan idea rasional dimana manusia ini adalah sama derajatnya di mata Yang Maha Esa masih lagi relevan dan satu idea yang revolusineer pada ketika ini terutama di Perak.(TT)



17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..Sdra ku HR,

Semoga tulisan mu ini dapat menjangkau serta dibaca oleh seramai mungkin agar dapat MENCERAHKAN SERTA MENCUCI OTAK KARAT AGAMAWAM2,BANGSAWAN2 SERTA PENJILAT2 MEREKA.
DARI ALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA KEMBALI.
YA ALLAH..BERKATILAH SDRAKU HR..AMEEN
...dr: hazaharis@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

Pak Hisham, Bila nak bersambung siri yang ke tiga?

Pencerahan adalah ketagihan.

Tanpa Nama berkata...

Wow..brader...

Cukup terang...padat dan masak isinya.

Salah satu kriteria negara maju Fizikal dan Rohani ialah tanpa raja tetapi Rakyat lah menjadi Raja...

Baru Betul...Memang Betul...

Spider

Tanpa Nama berkata...

Salam Bro..
Satu artikel yang menarik dan penuh dengan fakta..

Di Perak Mat Gelap jadi MB Haram...
Kah..kah..kah..
Mat Gelap Mamak mengaku melayu...
Hidup Ketuanan Melayu..!
Hidup Mamak 786..!

Kah..kah..kah..
Orang Gerombolan dapat MB Mamak..
Mengaku Melayu pulak tu...
Kah..kah..kah...

Tanpa Nama berkata...

Kalangan agamawan di Malaysia masih banyak bertengek di sudut-sut penting selaku mufti, imam, guru agama, pakar motivasi malahan di badan-badan seperti fakulti IPTA, NGO. Rata-rata mereka makan gaji dan memihak kepada kerajaan tapi tidak salahnya, bagaimanapun tak berani menegur pihak kerajaan yang melakukan kebatilan, kezaliman mahupun ketidakadilan. Isu yang sering mereka angkat adalah isu poligami, khalwat, haram/halal, liwat, seks mulut, babi, kurang melihat isu masyarakat yang dibelenggu oleh sistem penindasan dan memerdekakan mereka. Tapi kita kena puji mereka hafal al-Quran dan Hadis tapi tidak upaya mengaplikasikannya secara kritikal dan rasional. Golongan feudal akan membela dan mendung mereka. Buka semua tapi ada juga yang kritikal seperti mantan mufti Perlis, tapi tak banyak, tapi tak ramai, tapi tak lumayan.

sang kancil berkata...

bukan kaum agama dan istana saja diperalatkan oleh penjajah (BN ),malah media juga telah lama dikudakan oleh mereka.

TT selalu menyalurkan berita dan komentar melalui perfektif alternatif, kerana menganggap berita dan komentar di main stream media (msm) tidak credible. saya cadangkan juga TT merungakai kaedah seni yang digunakan oleh msm untuk mengabui masyrakat.

saya ada sedikit sumbangan untuk hal ini. sila layari http://munshiabdullahthejunior.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Darjat puak feudal yang diangkat persis Tuhan masih membelenggu minda ramai Melayu. Biar kalah, asal jangan ditimpa tulah. Keadilan ditukar dengan setia buta. Setuju dengan TT - Malaysia perlukan pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

Sham,
Lu memang cute. Blog lu aku nak kategorikan pun susah, ada waktu banyak main, ada waktu serius, ada waktu banyak pikir, ada waktu bodoh macam cipan. Apapun, lu memang bawak idea 'thinker'. Thinker tak boleh jadi boss. Tak apa, teruskan. Aku tertarik budaya BIDAAH dalam masyarakat melayu. Adik aku grad dari universiti Mekah selalu ceramah pasal bidaah ni, contohnya tahlil, talkin dsb. selalu le kena kejar dengan parang. Apa kata kita korek dan buat projek ini pulak. Banyak bidaah yang melembapkan kaum melayu.

Navy pencen

Tanpa Nama berkata...

Syabas abang isham !

Artikel untuk semua golongan menilai kembali susur-galur.

Allah berkati walaupun hanya satu huruf untuk disampaikan kepada kami.

Terima kasih,

Muhd Aizat berkata...

Setuju dengan Bro Jebat..memang ketagih dengan pencari..sentiasa ternanti nanti..

Daddy berkata...

Assalamualaikum... Salam keimanan dan kemanusiaan semua...

Patut kita kena angkat TT sebagai pelopor pasukan pencerahan... dengan idea-idea sejagat yang sedang berkembang... Bukan idea sempit yg diamalkan golongan ketuanan...Kalau di Amerika Latin terkenal dengan Che Guavara... Kat Malaysia ni kena ada tokoh penting yang tidak memihak untuk pencerahan kepada budaya ketakutan dalam jiwa Melayu... Sekarang nampaknya semakin ramai yang berani menyanggah dan mempersoalkan banyak perkara... ini kira bagus bila semua orang tahu hak dan peranan.

Sekian wassalam...

Tanpa Nama berkata...

tok moh,

mamak dgn melayu tak sama taraf ke? kan dua2 org islam. oh 'sama derajatnya di mata Yang Maha Esa' aje. begitu?
buang masa ajelah hang baca pos bro isham.

Tanpa Nama berkata...

satu kupasan tafsir yang membebaskan!

cree berkata...

Kalau dalam Sejarah Melayu,Raja di susur galurkan keturunan mereka bersambung hingga ke Iskandar Zulkarnain.Dasat betul.Harap Bro Sham sambung siri 3

Tanpa Nama berkata...

British pernah perkuda monarki
UMNO sedang perkuda monarki

Monarki/sultan-sultan cuma kuda. Mengapa salahkan mereka?
Kerana kuda memang kerjanya makan minum tidur berak dan mengawan.

Rakyat semua perlu bersatu tolak UMNO dari atas kuda dan naik diatasnya.

Unknown berkata...

baik guna kuasa veto!!!
lawan ngan 4 ekor sat!!!

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg sebenarnya ...BERSULTAN DIMATA BERAJA DIHATI?

UMNO lah kan?

Yang 9 Sultan2 yg dok ada tu? apa ka jadah jadinya?