Khamis, 5 Mac 2009
ISTANA SETUJU TERIMA MEMO ANTI – PPSMI - Mkini
Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.
Persetujuan istana itu dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang menganjurkan perhimpunan besar ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad berkata istana tidak melarang majlis penyerahan memorandum tersebut.
Beliau dimaklumkan Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berada di istana pada masa yang dijadualkan dan memorandum tersebut akan diserahkan kepada seorang pegawai bagi pihak baginda.
Dr Hassan menambah, satu salinan memorandum tersebut telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong semalam.
Memorandum lapan halaman itu diserahkan awal, tambahnya, sebagai makluman kehadiran mereka di istana, petang 7 Mac ini.
GMP merancang berhimpun di tiga tempat di ibu negara – kompleks membeli-belah Sogo, Pasar Seni dan Masjid Negara – sebelum berarak beramai-ramai ke Istana Negara pada jam 2 petang.
Mereka merancang berarak dalam pakaian putih sebagai lambang pembersihan PPSMI, tanpa sebarang logo, bendera dan simbol parti-parti politik walaupun GMP turut disertai PAS dan PKR.
POLIS : JANGAN SERTAI PERARAKAN BANTAH PPSMI SABTU INI - m star
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohammad Sabtu Osman hari ini menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perarakan yang dirancang para penyokong Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini Sabtu ini.
kah kah kah…. AGUNG NAK JUMPA RAKYAT TAK BOLEH KE ?...kah kah kah
woit… POLIS PATUT DITUGASKAN UNTUK MEMASTIKAN LALU LINTAS TERATUR…. kah kah kah…
woit… TAK BACA KE ARTIKLE 10 DALAM PERLEMBAGAN TERCATIT :RAKYAT ADA HAK BERPERSATUAN DAN BERKUMPUL…. nGoooooK..kah kah kah
Labels:
lidah kontot,
munkee lidah kontot
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
depa terRALAT nie..kkekeke
Ni satu lagi punya hal..
Mana Agung? Woi Agung kamu pergi mana? Cibai lu rakyat nak jumpa lu nak nyorok pulak..
Woi Mizan Kalau kamu berani jumpa la dengan rakyat. Apasal kamu lari.. Kamu ni sultan ke? Woi nak main kuda pun hari lain la.. Ada Agung pun tak guna. Asyik sibuk dengan kuda je..
Woi Mizan kamu nak jadi Agung tunjukkan keprihatinan kamu kepada rakyat. Sedar la woi..
Aku sokong, PPSMI dimansuhkan dan di kembalikan seperti asal.
Tetapi, aku nak tanya sikit, siapa yang sanggup dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan nanti jika Anak2 Melayu nati hanya tahu cakap Yes & No sahaja nanti?
Siapa yang sanggup dan bertanggungjawab jika Anak2 Melayu tidak dapat bersaing dengan Anak2 Cina dan India yang fasih berbahsa Inggeris bila di Universiti nanti?
Siapa yang harus dipersalahkan jika Anak2 Melayu ini diperbodohkan hanya kerana tidak tahu berbahsa Inggeris bila menuntut ilmu Sains, Kejuruteraan, Ekonomi, Perubatan yang kebanyakan terma dan bahasa yang digunakan Adalah ENGLISH nanti?
Siapa yang mahu bertanggungjawab jika Anak2 Melayu yang cemerlang pelajarannya tidak dapat memasuki alam pekerjaan Professional nanti yang memerlukan kefasihan dalam berbahasa dan menulis dalam English nanti?
Anda hanya tahu membangkang, mengfitnah dan membantah.
Tetapi apa usaha anda dalam memastikan Anak2 anda memperkasakan Bahasa Melayu? English dan sebagainya?
Apa usaha anda untuk memastikan anak2 anda boleh bersaing dengan mereka yang fasih berbahasa Inggeris?
Sedangkan di sekolah-sekolah, bangsa cina dan India dapat Markah yang tinggi dalam Bahasa Malaysia malah juga English, tetapi anak2 anda bukan sahaja English, Bahasa Malaysia pun anak anda boleh dapat C???
Ingat, usaha sekarang bukan untuk setahun dua, tetapi sampai mati.
Anda sanggup???
kepada Murai77
Nak terer bahasa english, learn the language la. bukannye learn science and maths!
Murai 77 memang melayu lemau. Aku anak bahasa malaysia. Darjah 1 tahun 70 sekolah anglo chinese ipoh. Dasar pelajaran kebangsaan dimulakan setelah kejadian 13 Mei. semua kasi cakap melayu. tahun 82 navy hantar aku masuk Applied Science University of Bremen, belajar Kejuruteraan Marin. OK. Aku score jugak walau belajar dalam bahasa German. tahun 97 depa hantar aku pi belajar Staff College Greenwich, united kingdom...beres pak....aku score jugak..walau belajar dalam bahasa inggeris.
Dey murai77, kalau benih yang baik hanyut dilaut jadi pulau...tapi kalau benih yang baik ko kasi manja, kasi adjust banyak sangat sampai jadi kaum yang lembik dan masuk angin...belajar bahasa apa pun tak jadi nya....
apa punya alasan la lu orang nih...lu pi tanya bahasa apa TT guna masa belajar sepanjang pelariannya ? kan kan...hari ni dia masih hidup...kicking some more...
Navy pencen
Depa ni sapa suruh buat perhimpunan hari 'Sabtu'? Buat la hari lain. Hari 'Sabtu' tak boleh, 'SABTU' marah. Itu hari dia. Jangan kacau. Agong pun kena hormat hari 'SABTU'! ~ KA
Murai77 hang rasis....dan kauvanis....
ntahnyerrr....aku org jawa cakap jawa sekolah melayu pas tu g technical institute cakap omputeh pas tu g jepun cakap jepun balik malaysia kawen orng melayu anak aku cakap melayu dah hilang jawa dia.....sapa nak jawapppp adehhhhhh
mmg susah nk maju klu kita blaja ilmu dlm bahasa yang kita x brapa nk paham. sume perkara kne ikut pemikran orang laen.
klu direnungkan kembali sejarah kegemilangan islam dulu, diorg guna bahase diorang sndiri walaupun diorang cedok byk ilmu dari tamadun2 yang laen..
sbbnye?
sbb diorang ade pusat terjemahan ilmu diorang. semua ilmu yang dicedok, diterjemahkan dalam bhasa diorang. supaya diorang dapat berfikir tentang ilmu2 tersebut dengan akal yang waras (independent thinking), yang seterusnya dapat membentuk budaya dan cara hidup ikut acuan diorang sendiri.
bende ni bkn sesuatu yg baru. byk negara maju yg laen mcm jepun, korea, taiwan dll. diorang bkn je maju, bahkan lagi canggih sbb dapat kuasai ilmu dgn bahasa yg diorang pahami.
walaupun diorang x dpt nk speaking ngan omputeh, tapi ilmu diorang sama hebat @ mgkin lebih hebat.
ape guna kita study bebukit2 tapi xbrapa nk paham, xdpt kuasainya?
sia2 je kot..
so aku mmg sokong sgt la ppsmi dihapuskan dari muka bumi ni.
yg penting
1.pusat penterjemahan ilmu mesti ade n berkesan.
2.sume ilmu diajar dlm bhasa melayu.
3. klu dpt kuasai english, it is an advantage.
4.dll..
ni sikit pandangan aku la.
p/s: mmg susah nk study in english, kdg2 rase terpaksa menghapal mcm burung kakak tua walaupn da paham.
kn senang klu ilmu tu kta paham straight to the point, xla susah nk kembang luaskan ilmu tu. kita pn xla ketinggalan di belakang Bangladesh nti.
Catat Ulasan