Rabu, 1 April 2009

IMPERIALISMA DAN EMPIRE

Duit ringgit , modal dan harta kekayaan tidak berbangsa dan tidak beragama. Duit ringgit tidak mengenal sempadan. Keuntungan maksima tidak bersunat dan tidak pernah mandi berhadas. Kapitalisma tidak memiliki semangat nasionalisma, tidak berbahasa dan tidak pernah ada semangat patriotisma.

Modal yang mencari untung tidak memiliki cinta, kaseh dan sayang. Modal tidak mengenal manusia atau binatang. Apa dapat di jual – akan di jual. Apa dapat dibeli – akan dibeli. Beli murah dan jual mahal. Untung memastikan keuntungan maksima.

Apa yang saya tulis diatas adalah sifat-sifat dan ciri-ciri asli modal. Modal memiliki watak ganas untuk bertarong, menundukkan dan memakan modal-modal yang lemah. Modal besar akan memakan modal yang kecil untuk menjadi modal yang lebih besar. Modal yang lebih besar akan memakan modal besar untuk menjadi modal yang paling besar.

Jika modal duduk tidak bergerak modal ini akan mengempis. Kalau saya ada 10,000 ringgit dan saya simpan duit ini dalam bilik mandi – nilai 10,000 ini dari hari ke hari akan berkurangan. Ini hukum modal. Modal yang tidak bergerak adalah modal mati. Tidak ada sesiapa yang dapat melanggar hukum ini. Ini hukum kapitalisma. Dalam sistem kapitalisma – wang ringgit wajib begerak untuk terus membesar. Pembesaran modal hanya melalui jual beli yang akan menjamin keuntungan.

Sistem ekonomi kapitalisma muncul dari kehancurana sistem ekonomi feudalisma. Dalam hukum kapitalisma modal wajib membesar dan berkembang, akhirnya melahirkan era kolonialisma – penjajahan.

Lupakan cerita-cerita karut yang diajar di Sekolah Menengah Tingkatan Lima tentang Zaman Penemuan Negara Baru. Kita di beritahu bahawa kuasa Mat Saleh dari negara atas angin meninggalkan negara mereka untuk mengembangkan agama Kristian, mencari padri yang bernama John Poster atau membawa tamadun dan pencerahan ke negara yang tidak bertamadun – ini adalah cerita cerita karut.

Pada tahun 1786 bukan Francis Light yang berjumpa Pulau Pinang tetapi Orang Melayu Kedah yang berjumpa Francis Light. Pada tahun 1819 bukan Raffles yang menemui Singapura tetapi Orang Melayu Johor bertemu Raffles. Orang Putih menemui Singapura dan Pulau Pinang adalah cerita karut marut yang telah dijual bagitu lama sekali. Tidak ada sesiapa menemui kita. Kita telah wujud.

Tujuan Portugis , Sepanyol, Belanda dan British meninggalkan tanah air mereka dan belayar ialah untuk mencari bahan-bahan perniagaan baru untuk diperdagangkan. Berdagang ertinya datang untuk mencari untung. Kuasa kolonial ini ingin mencari dua pekara : Bahan mentah untuk dibawa ke Eropah dan pasaran untuk menjualkan barang yang mereka buat di negara mereka.

Di Eropah di awal kurun ke 13 – pasaran telah tepu. Sistem ekonomi feudal tidak dapat lagi menanggung perkembangan tamadun bangsa. Kemiskinan di sana sini. Naratif Charles Dickens dalam Oliver Twist (1838) menggambar keadaan ketika itu dengan tepat sekali. A Tales of Two City (1859) berlatarkan revolusi rakyat Peranchis memperlihatkan penentangan kaum tani terhadap kaum feudal. Sistem ekonomi feudal sedang diasak oleh sistem ekonomi kapitalis.

Zaman awal penjajahan ialah zaman pemulaan kapitalisma saudagar – mercantile capitalism. Jangan lupa East India Company dan Dutch East India Company – nama mereka sahaja telah tertonggeng bogel menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah saudagar yang datang berdagang untuk mencari harta kekayaan. Raja/Permaisuri England dan Belanda disalut kemudian untuk mencantik dan mengindahkan kerja jahat kaum saudagar ini. Malah ramai diantara saudagar Mat Saleh ini adalah lanun laut yang di beri penghormatan oleh kaum feudal.

Agama didatangkan kemudian dengan tujuan untuk menipu dan memastikan anak-anak tanah jajahan terus diperbodohkan dan ditakut-takutkan dengan api neraka. Cerita api neraka ini masih lagi satu ‘trick’ baru yang masih boleh digunakan di tanah jajahan. Hasil dari persekongkolan – kaum pemodal, kaum feudal dan kaum agamawan - tanah tanah dan harta kekayaan rakyat di Asia, Afrika dan Amerika Latin dapat di rampas. Untuk gantinya rakyat di negara-negara ini diberikan Kitab Injil. Inilah hakikat era zaman kolonialisma.

Kemasukan kuasa kolonial ini bukan tidak ada penentangan. Di Melaka kuasa kolonial Portugis telah di lawan. Apabila kuasa kolonial Belanda sampai mereka juga ditentang dan di lawan. Justeru kuasa kolonial melihat bahawa untuk memastikan perniagaan mereka selamat mereka perlu memiliki bala tentera. Justeru kota-kota perlabuhan yang didirikan di tepi persisiran laut wajib dikawal rapi. Ini berlaku di Batavia, Melaka, Pulau Pinang, Singapura, Manila – di Afrika dan Amerika Latin ciri-ciri yang sama juga berlaku.

Kini wajah modal para saudagar telah mula berubah. Untuk memperlihatkan mereka berderajat dan ada ‘class’ maka cap mohor King dan Queen diperlukan. Untuk memastikan mereka selamat tentera laut dan darat disediakan. Apabila modal emas dan ringgit terkumpul dan bertambah maka para saudagar ini berupaya untuk mendiri dan memperbesarkan pasokan soldadu. Akhirnya anak-anak tempatan direkrut untuk dijadikan sebahagian dari tentera kolonial.

Tentera Ghurkha, Kyber Rifles, British Indian Army, British Burmese Army adalah diantara nama-nama pasukan tentera dimana anak-anak tempatan berjaya direkrut untuk menjadi alat penjajah. Di Indonesia hingga ke hari ini kita mendengar konsep Anak Emas Belanda – ini adalah rakyat Moluku yang direkrut untuk menjadi budak suruhan Belanda. Malah askar Melayu Diraja yang patriotik menentang Jepun dalam Perang Dunia Kedua dihasilkan oleh British War Office yang meluluskan Akta Malay Regimen pada 23 November 1923.

Dalam masa yang sama – kuasa kolonial juga bergerak mengikut hukum kapitalisma dan modal – mereka bertentangan antara satu puak dengan yang lain. Portugis kuasa kolonial awal telah lemah kerana diserang oleh kuasa modal British, Belanda dan Sepanyol. Kuasa modal kolonial Sepanyol runtuh apabila diserang oleh kuasa modal kolonial Belanda dan British.

Akhirnya yang tinggal hanyalah kuasa modal British dan Belanda. Di kawasan Kepulauan Melayu pertempuran hebat untuk merebut harta kekayaan berlaku diantara dua kaum pemodal ini. Mereka berperang untuk memiliki dan menguasai kota perniagaan di Melaka, Singapura, Pulau Pinang, Bengkulu, Borneo, Belitung dan Batavia. Terbukti bahawa perperangan ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau warna kulit. Mereka berkulit puteh dan semua beragama Kristian. Apa yang mereka rebutkan ialah harta kekayaan dan tanah jajahan. Perperangan mereka adalah perperanga kaum pemodal. Ini adalah mengikut hukum kapitalisma.

Akhirnya melalui perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 dua kuasa kolonial ini bersetuju untuk tidak berperang. Perjanjian 1924 ini memisahkan Bumi Melayu dan Kepulauan Melayu – maka lahirlah apa yang dipanggil Indonesia dan Persekutuan Tanah Melayu.

Belanda menerima hakikat bahawa Singapura adalah hak British dan British memulangkan Bengkulu dan Belitung kepada Belanda. Kuasa penjajahlah yang melahirkan konsep negara bangsa. Pulau pulau di Selatan Singapura menjadi Indonesia.

Melalui Anglo-Siamese Treaty 1909 wilayah Patani, Menara, Singgora, Setul dan Yala menjadi wilayah Raja Siam. Kedah, Kelantan, Perlis dan Terangganu jatuh ketangan British. Perjanjian-perjanjian ini bukan di buat oleh Orang Melayu tetapi oleh kuasa kolonial British. Tujuan perjanjian ini adalah untuk memastikan suasana aman agar saudagar dari East India Company dan Dutch East India Company tidak diganggu gugat.

Kaum saudagar dari negeri atas angin yang awalnya datang dengan kapal layar untuk berniaga dan mencari bahan perniagaan akhirnya menjajah dan mendirikan kekuatan tentera, politik dan ekonomi. Modal dan harta kekayaan yang terkumpul hasil dari sistem ekonomi kapitalis ini akhirnya sampai ke puncak.

Puncak pencapian kapitalisma ialah imperialisma. Kekuatan modal imperialisma ini telah berjaya mendirikan empire. Ini samalah seperti empire yang didirikan oleh Kerajaan Rom - dimana seluruh Eropah, negara Arab dan negara di persisisran Laut Tengah semuanya menjadi tanah jajahan Emperor Rom.

Tanah Melayu juga akhirnya menjadi sebahagian dari Empire British. Tanah tanah jajahan British yang berselerak di Asia dan Afrika telah menyelamat ekonomi British dari berlakunya pemberontakan rakyat. Modal British dapat berkembang meluas mencari untung.

Keuntungan berlipat ganda mencurah-curah masuk ke kota London. London menjadi kota terbesar dan terkaya dalam dunia - lebih besar dan ampuh dari Empire Rom. Tapi pesta ini hanya untuk sementara kerana ada lagi satu hukum alam yang tidak dapat di lawan: Dimana ada penindasan disitu pasti akan muncul penentangan. (TT)



31 ulasan:

manky berkata...

MEMAHAMI KRISIS EKONOMI GLOBAL (1)...mne sambungannya bro??

Cob Nobbler berkata...

beb,
lu layan website ni.

www.crisisofcredit.com

nko tengok dia cerita in detail macam mana krisis kredit subprima kat US boleh jadi.

pastu aku harap nko tulis la.

p/s:nko tak datang pun teater si bongkok aku..hahaha!takpe2 aku faham,nko jauh dari pulau pinang.

Mohd Faizal berkata...

Sekali lagi respek dengan artikel ini..veeeeery clear!

Jim. Heris berkata...

Best! Two thumbs up!

Unknown berkata...

too long la :) cerita tale of 2 menteri more interesting ... sorry

Хаcмaди Хамдан berkata...

Wah! Macam ni awak boleh dilantik menjadi guru sejarah di sekolah. Boleh karang buku teks sekolah ni. Banyak yang pakar-pakar sejarah universiti tak tahu ni. Tak tahu atau buat-buat tak tahu.

Tanpa Nama berkata...

lu mmg sempoi la bro! salut!

Tanpa Nama berkata...

Pak,
Ayoh kita ungkai Perjanjian Anglo Dutch dan satukan kembali Malaysia dengan Indonesia. Tak perlulah aku ada paspor untuk ke Suroboyo.

blong

S@Y@NGH@SNI berkata...

satu ulasan yang cukup berani...
inilah artikel yang paling saya suka
kat blog nie,
anda seorang pemikir dan pengkaji yang baik
semoga paparan yang ada memberi tunjuk teladan yang baik...

Tanpa Nama berkata...

Bravo,bravo..hebat penulisan saudara,ringkas tapi sarat dengan penjelasan..Jadi,apakah penyelesaiannya??Gulingkan raja dan kerajaan,undi PKR,tubuhkan republik dan.dan.dan....cepatlah,nak tau apa lagi agenda kita selaku parti pembangkang??mana boleh kita biarkan orang lain jer kaya??dah sampai masa kita pula hidup senang..mana aci asyik koloni2 kerajaan jer yang hidup mewah..kita dah penat susah,dah penat berjuang..sampai masanya kita pula merasai apa yang diorang rasai..projek,rasuah,salah guna kuasa,kita pun nak rasa jugakkan..Nie sebab aku suka PKR,macam2 benda yang diluar kemampuan kita boleh buat..Takpelah huru-hara sekarang,esok2 sejuklah tu rakyat lepas kita memerintah..Bukan susah sangat,kasik jer RM50 dengan kain pelikat,diamlah orang2 tu..Lagipun bakal pemimpin kita bekas orang UMNO,jadik dia mesti dah ada pengalaman macam perkara yang aku sebutkan di atas..Bro,lu patut jadi timbalan perdana Menteri kalau DSAI jadi PM..baru gua boleh tengok lu nie boleh buat kerja atau sekadar menulis jer..kalau sekadar pandai menulis,gua pun boleh..

sby berkata...

ooo.. patut ler baru faham

yoshz berkata...

artikel yg baik. tq

budak diskopi berkata...

bro, lu silap. perjanjian inggeris-belanda bukan 1924 la. lu dah buat typo error. sepatutnya 1824 la bro.

Tanpa Nama berkata...

Guru-guru sejarah di sekolah termasu kpensyarah sejarah di banyak IPTA, kepimpinan UMNO/BN segan nak kupas sejarah seperti TT, tetapi pemimpin dalam PKR mungkin ada kupasan mirip TT. Kupasan sjarah beginilah yang anak muda nak dengar, bukan seperti yang disogok oleh media masa dan cikgu2 sejarah di seluruh negara.
Kepimpinan muda UMNO langsung tak ada analisis seperti TT. Madeypun tak ada, Prof Khoo Kay Kim? Ramlah Adam/ Prof Malik? Prof kangkung lain? Janagan harap mereka juling sejarah

AnakSemuaBangsa berkata...

Raja/Permaisuri England dan Belanda disalut kemudian untuk mencantik dan mengindahkan kerja jahat kaum saudagar ini. Malah ramai diantara saudagar Mat Saleh ini adalah lanun laut yang di beri penghormatan oleh kaum feudal.

Tujuan perjanjian ini adalah untuk memastikan suasana aman agar saudagar dari East India Company dan Dutch East India Company tidak diganggu gugat.

Setuju..kerana fakta sejarah sebenar telah dipalsukan oleh kolonial England dan Belanda demi
keuntungan.Pedagang Islam yang dahulunya menguasai jalan dagang dari asia tengah ke asia tengara telah dikenakan cukai malah banyak
yang dirompak ditengah laut kerana
saudagar dari East India Company dan Dutch East India Company telah menguasai laut.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa Polis yang tubuhkan untuk menakut nakut rakyat hingga hari ini.....

x berkata...

boleh tukar tiub huraikan konsep sosialisme?memandangkan tukar tiub pernah merasai sendiri kemanisan hidup pada zaman sosialis,pasti banyak cerita menarik dapat dikongsi bersama kami,anak melayu yang dibesarkan selepas runtuhnya tembok berlin.

kucingsiam berkata...

meow~

betullah tu. Sejarah seperti yang diajar di sekolah cenderung kepada membodohkan pelajar. Kucingsiam pun ingat lagi cerita Vasco da Gama datang ke timur nak cari Prester John, haha, dia nak cari gadis Melayu cun [rempah = barang dagang] sebenarnya kawan bagitau.

Sangkut paut antara peristiwa sejarah dengan perubahan teori ekonomi jarang disentuh. Komunisme pun lahir dari teori ekonomi yang bertentangan dengan teori kapitalis yang dipakai di negara barat, sengketa manusia berakar umbi di ekonomi. Apakah manusia boleh bebas drp kesan teori ekonomi yang dipakai oleh pemimpin mereka?

Khun Pana aka johanssm berkata...

Tahniah saudara TT

Tulisan TT wajib di baca dan ini ialah bahan bacaan sejarah yang dah lama coba dihalang oleh Kementerian Pendidikan.
Dan apabila British keluar dari Tanah Melayu di serah kan kepada kaum penjajah yang baru...umno.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 10.02

lu nak letak nama pun tak berani..ada hati nak bagi komen sakarstik..poooraaahhhh...cuba check dlm seluar tu ada teloq tak?

nan

sheikh mustafa kamal al aziz berkata...

good...

sheikhmustafakamal berkata...

testing...

Tanpa Nama berkata...

Kekuatan ketenteraan pengawalan laut zaman moden semuanya berpaksikan ekonomi. Sila baca tulisan Alfred T Mahan "The Influence of Sea Power Upon History ' Britain menggunakan kelebihan ini untuk memakmurkan negaranya atas expense negara lain.

machiavelli UMNO

Tanpa Nama berkata...

Artikel yang bagus. Gua baca dalam Suara Keamanan.

Tanpa Nama berkata...

Wow...bro u punye wavelength same lah! Bayangkan dah 50 tahun merdeka, dok blaja sejarah yang di tulis oleh Charles Dicken! Maka hasilnya kuarlah Le mat le lidah de kontot, mat sembab, mat shining, pengkid dan segala macam punya penyamun2 dan lanon2, paling hebat TKT sampai tersembur kuar PPSMI! Walaupun TKT ni kononnya tidak blaja di England tapi kapla lebih brit dari brit hingga sanggup merosakkan generasi muda kerana terlalu taksub sangat pada BI! TKT ingat BI saje base yang hebat. Lagi satu paling tak setuju ialah sikit2 Kota Melaka atau bot portugis, apa Ali Rustam tak tahu potugis tu penjajah, mana dia peninggalan Kerajaan Melayu Melaka?
Madey kutty? Zambri mb perak palsu? kadiak sheik? Itu semua lanun!

Sudin berkata...

Dalam kemunculan penentangan akan muncul juga :
1.Talam dua muka
2.Mengunting dalam lipatan
3.Musuh dalam selimut
4.Musang berbulu ayam
5.Ular kepala dua
6.Lidah bercabang



'Lawan Tetap Lawan'

Tanpa Nama berkata...

Hampir 10 tahun berkhidmat sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung.

Perasuah Tegar

* Sepanjang Ismail Saffian menjawat jawatan Setiausaha MPM, 5 kali Majlis Perbandaran Manjung disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana Tender MPM hanya diberikan kepada rakan-rakan terdekat.

* Hotel Crystal Sitiawan adalah diantara premis perniagaan yang mempunyai tunggakan hutang Cukai Taksiran berjumlah puluhan ribu tetapi tiada tindakan diambil oleh Majlis Perbandaran Manjung semasa Ismail Saffian menjadi Setiausaha MPM.

* Ketika Ismail Saffian Menjadi Setiausaha MPM, puluhan Kilang/Premis Industri di kawasan MPM beroperasi tanpa lesen tetapi tiada tindakan diambil oleh MPM.

"Sexual Harrasment" (Gangguan Seksual)

* Beberapa kakitangan wanita MPM seringkali diajak untuk tidur bersama termasuk seorang yang hanya mahu dikenali sebagai Puan "R".

* Seseorang itu memerlukan sekeping Ijazah untuk layak memegang jawatan Pegawai Pentadbiran MPM tetapi hanya Ismail Saffian sahaja yang tahu bagaimana Puan "H" yang hanya berkelulusan SPM sahaja layak memegang jawatan tersebut.

* Anugerah Pekerja Cemerlang seringkali dinobatkan kepada Setiausaha Khas beliau Puan "A" yang seringkali dikaitkan sebagai mempunyai hubungan "sulit" dengan beliau.

* Ismail Saffian seringkali ke Sempadan Thailand untuk mencari "sesuatu". boleh semak rekod keluar masuk di Pasportnya untuk pengesahan (kecualilah beliau keluar masuk melalui jalan yang tak sah).

Salahguna Kuasa

* Seringkali ditegur dan beberapa kali menerima Surat Peringatan dari Yang Dipertua MPM kerana menggunakan kenderaan MPM untuk parti (UMNO).

* Pernah disiasat Badan Pencegah Rasuah kerana Kediaman Rasmi MPM di Sitiawan yang didiami Ismail diubah suai sehingga melibatkan kos yang mencecah hampir Setengah Juta Ringgit Malaysia dan akhirnya beliau berpindah ke rumah sewa di Taman Venice Of Perak, Seri Manjung.

Kesejahteraan Rakyat Perak, Insya-Allah dalam masa tedekat ini, kami Rakyat Perak pendukung kebenaran akan membongkarkan lebih banyak lagi kisah Ismail Saffian dalam Siri Ke-2..!

Penyu Belimbing berkata...

Sebijik macam kepala Profesor Madya Dr Adnan Nawang (UPSI)..respek la lu bro. Berkembang otak aku baca artikel ni.

Reezl berkata...

penerangan yang berilmiah walaupon agak panjang..
teruskan usaha nko

hafiz berkata...

bro! alangkah bagus kalau tulisan bro ni masuk buku teks sejarah sekolah & universitas! memang peeeergh lu punye rtikel! tapi sedihnya, pakmat dan mak bedah, deris dan kulup seman terus jadi bodoh. hidup melayu!...kata mereka hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Patut tulisan lu ni kena ajar kt sekolah,bukan sejarah yg dh basi balik2 diulang..kena ubah pemikiran budak2 skrng ni,buka minda anak2 bangsa..