Sabtu, 29 Ogos 2009

KENYATAAN RESMI PKR TENTANG LEMBU - LEMBU




PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat




5 ulasan:

mn berkata...

PAK LONG TT,

HARI NI PAK LONG BACA KA BERITA HARIAN MUKA DEPAN TU?

"BERNAS DISELAMAT"....!!!

kah kah kah kah kah...kah kah kah..kah kah...BERNAS DISELAMAT...kah kah kah kah...kah kah

SEPATUTNYA KENA CERITA..."SIAPA PELINGKUP"...kah kah kah kah...kah kah

SEPATUTNYA KENA CERITA...SIAPA SETAN PUKIMAK...kah kah kah kah...kah kah kah..kah kah

PATUTNYA BUBUH LA PAS KA...DAP KA...PKR KA...PELINGKUP BERNAS...kah kah kah kah..kah kah

PEMUDA2 DAN AHLI-AHLI UMNO YANG BODOH LAGI BAHLOL...NAK TAHU SIAPA PELINGKUP BERNAS NIH...PARTI MANA...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

KONONNYA BERJUANG NAK SELAMATKAN HAK2 MELAYU...kah kah kah kah..kah kah..kah kah

POOORAAAHHHH...NAK TELAN DAN MENGKEDARAH HAK MELAYU ADA LA...kah kah kah kah...kah kah kah

52 TAHUN...SETAN KENYANG...MELAYU NGANGA...kah kah kah kah..kah kah kah..kah kah

Kucing Parsi berkata...

satu malaysia, kita tidak perlu marah jika orang buat kuil kat dalam kampung kita, sebagaimana mereka membuat masjid di tengah2 bandar (majoriti cina+india).

adakah mereka membakar baju melayu?? tidak!!!

kenapa perlu kita terkejut beruk dengan perkara seperti ini!??

visit

http://www.melodymockers.blogspot.com/

Ade ape ke pade name? berkata...

Ulasan yang agak sederhana...
Pukimak bg pelingkup bernas
Pejuang Melayu yang puja kepala lembu tu ... Bodos dan tongong nak mampus, tunjuk kemarahan orang Islamla konon.. Bawakla kepala Babi sekali... Tak habis2 macam sial puak2 ni.. tak pasal2 kena maki dan dikutuk semestinya oleh seantario dunia..

Haji Kepala Lembu berkata...

toyol banggang..melayu haprak..islam jenis apa puak-puak yg usung kepala lembu ni..islam tak cukup mengaji ..ajaran sesat..boleh pula kau orang marah org nak bina kuil..yg kau bina masjid yg tak berpenghuni dan sunyi sapi tu tak pula kau sibuk..pukida betul lah puak2 ni..

Tanpa Nama berkata...

Polis mohon maaf, janji bertindak pantas
Aug 29, 09 2:09pm
Pihak polis telah memohon maaf kerana tidak mengambil tindakan pantas sewaktu berlakunya protes dan perarakan kepala lembu sebagai membantah cadangan pindahan kuil Hindu di Shah Alam semalam, kata exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jeyakumar.

Katanya, Ketua Polis Daerah Shah Alam Noor Azam Jamaluddin menyuarakan perkara itu kepada beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam satu pertemuan pagi ini.

Menurutnya, Noor Azam menjelaskan bahawa pegawai yang ditugaskan di tempat kejadian adalah seorang pegawai junior.

"Jadi Noor Azam telah memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil segera terhadap mereka yang bertanggungjawab (menganjurkan protes dan perarakan tersebut)," kata Jeyakumar yang bertanggungjawab menjaga halewhal bukan Islam di Selangor.

Menurut Dr Xavier, banyak laporan polis telah dibuat berhubung kejadian semalam.

"Banyak (laporan) dibuat oleh NGO, ahli majlis, Pemuda PAS, Pemuda PKR dan beberapa individu," katanya.

Pertemuan selama setengah jam itu diadakan di ibupejabat polis Shah Alam dan dihadiri oleh ahli parlimen DAP, Charles Santiago dan juga exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu.

Semalam, kira-kira 50 penduduk yang membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23 Shah Alam, telah berarak membawa kepala lembu ke bangunan pejabat kerajaan Selangor petang semalam.