Isnin, 20 September 2010

SATU LAGI SKANDAL GEROMBOLAN !!!




KENYATAAN MEDIA
20hb September 2010

Seperti yang diumumkan, 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) diperuntukkan RM5 bilion pada tahun 2009 melalui penerbitan bon jaminan kerajaan. Baru-baru ini, 1MDB juga bercadang mendapatkan pinjaman tambahan sebanyak RM5 bilion. Pinjaman RM5 bilion baru ini tidak akan dijamin oleh kerajaan Malaysia secara langsung, malah akan diselesaikan melalui penerbitan beberapa bon sejumlah RM10 bilion yang disokong oleh kerajaan (state-backed bonds). Ini bermaksud 1MDB akan menanggung liabiliti jangka panjang sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2013. Jumlah itu 4 kali ganda besar jumlahnya berbanding dengan nilai bon yang dikeluarkan untuk projek Port Klang Free Zone (PKFZ), iaitu bernilai sekitar RM3.685 bilion.

Kini bertiup kencang berita bahawa audit akaun untuk tahun fiskal yang sepatutnya berakhir pada Mac 2010 belum dapat dimuktamadkan. Terdapat spekulasi bahawa juruaudit enggan menandatangani akaun tersebut kerana terdapat banyak percanggahan. Lazimnya, juruaudit enggan menandatangani akaun yang diauditnya apabila wujud masalah serius dalam akaun tersebut. Oleh kerana jumlah yang membabitkan dana awam sebegitu besar, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjelaskan kepada khalayak samada berita mempunyai kebenaran atau tidak.

Difahamkan berdasarkan kunci kira-kira (balance sheet), kenapakah 1Malaysia Development Fund Bhd (1MDB) boleh mengaut keuntungan yang tidak diasingkan (unappropriated profit) sebanyak RM121.79 juta. Ianya menjadi satu tanda tanya apabila liabiliti bukan semasa (non-current liability) adalah sebanyak RM4.39 bilion sahaja dan bukan RM5 bilion seperti yang diumumkan oleh 1MDB. Ke mana hilangnya sejumlah RM610 juta? Kita difahamkan juga berdasarkan kunci kira-kira tersebut, pinjaman sejumlah RM37 juta diperlukan sedangkan deposit kategori aset semasa (Deposits with licensed financial institutions) adalah sebanyak RM782.12 juta. Lazminya, kategori aset semasa (current assets) merujuk kepada kategori di mana transaksi dapat dilakukan bila-bila masa dalam tempoh waktu kurang daripada 12 bulan. Sebaliknya, jika deposit kategori aset semasa tidak dapat digunakan untuk membuat pembayaran, bagaimana Other payables sebanyak RM99.43 juta dapat dibayar dengan Other receivables yang hanya berjumlah RM16.15 juta?

Manakala itu kita difahamkan menurut penyata pendapatan pula, dana tersebut mendapat keuntungan sebanyak RM439.83 juta tetapi tidak pasti bagaimana sesebuah dana sebegitu boleh mendapat keuntungan tersebut. Biasanya ‘keuntungan’ diperoleh melalui pelaburan. Butiran hasil (Other income) diperlukan bagi menjawab persoalan-persoalan lain yang berkaitan. Di samping itu, apakah status pengecualian cukai yang diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB? Apakah kerajaan memberikan pengecualian sepenuh kepada 1MDB dan apakah rasional kerajaan dalam hal ini? Adakah item ini merujuk kepada status kewangan Terengganu Investment Authority Berhad sebelum bertukar nama kepada 1MDB? Pada 11 Jan 2010, kerajaan mengumumkan bahawa Yayasan 1MDB telah ditubuhkan bagi mengendalikan satu dana tanggungjawab sosial (CSR) yang bernilai RM100 juta. Adalah difahamkan juga, jumlah RM100 juta tersebut tidak muncul sama ada dalam penyata pendapatan atau kunci kira-kira.

Semenjak 1MDB yang sebelum ini bergelar Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) diperkenalkan oleh pentadbiran Najib, pelbagai pertanyaan wujud berhubung peranan 1MDB, pelaburan 1MDB dan perkembangan-perkembangan berkaitan khususnya dalam peranan PetroSaudi dan jutawan bernama Jho Low. Apakah peranan Jho Low dalam 1MDB khususnya dalam projek pembangunan semula pangkalan Sungai Besi? PetroSaudi hanya dikenali ramai selepas penubuhan sebuah syarikat usaha sama bersama 1MDB dengan modal berjumlah AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion).

Akibat dari pengurusan yang tidak telus, makanya begitu banyak persoalan yang muncul. Ini mengingatkan kita kepada dengan penubuhan ValueCap yang bernilai RM10 bilion pada 2002. ValueCap tidak membawa sebarang makna selain memangkin segelintir syarikat sahaja dalam pasaran saham, mengulangi bentuk salah guna kuasa dan salah agih dana awam yang berlaku pada tahun 1997. Operasi ValueCap penuh dengan misteri (rahsia) sehingga orang ramai tidak mengetahui transaksi apakah yang telah dilakukan. Lebih-lebih lagi, ValueCap mendapatkan pinjaman daripada KWSP dengan kadar faedah rendah. Ini menimbulkan kebimbangan dana tersebut digunakan untuk menyelamatkan kroni besar dalam Bursa Malaysia. Kini kita khuatir dana awam yang disalurkan kepada 1MDB juga akan mengalami nasib yang sama sepertimana dengan beberapa usaha kononnya untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Berselindung di sebalik hasrat yang dipamerkan sebagai satu langkah yang bermakna, akhirnya hanya menguntungkan segelintir sahaja dari kalangan mereka yang rapat dengan pemerintah.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro Isham ni, hentam sana hentam sini.
Puji sana puji sini.
Tapi (setakat ni) tak sentuh pun pasal Sosilawati.
Kenapa ye?
Bagus Bro.
Kalau Bro campur, lagi huru hara.

Tanpa Nama berkata...

Tak habis-habis dan tak serik-serik selagi tak punahkan harta negara walaupun rakyat semakin menolak UMNO yang kini kerjanya nak buat kacau sana sini, khususnya nak hentam Lim Guan Eng, Khalid, Anuar Ibrahim dan Nik Aziz.
Rakyat akan buka mata yang kerajaan PR di Pulau Pinang adalah yang terbersih dari korapsi sedangkan kerajaan Pahang hampir muflis. Apo kato Perkasa? Nanati dia minta AI letak jawatan dan hanya Ketuanan Melayu dapat mengatasi masalah rasuah.
Berita ini cuma mengkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa UBN dan nyawa2 ikan. TT siapakan batu nisan kerana BN akan disembelih pada PUke-13 ini.

Tanpa Nama berkata...

ya benar tuan..akhirnya bersuara

ini semua sudah diketahui oleh semua golongan profesional.

wujudnya pelaksanaan bon funding utk rakyat negeri terengganu kononnya.skarang sesuatu akan dikaitkan dgn taek,bik,isteri..

tidak lupa...projek dubai..

tidak lupa juga...bayaran laporan akhbar first lady....

a billion should be develop for a country. not a fucking beer belly with parish titton..

kah..kah..
kof..kof..

HantamSajaLah berkata...

"...belum dapat dimuktamadkan."

Kah kah kah


Tanpa Nama berkata...

malaysiakini dah kena hack..
padan muka.haha

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=UICWXBSAWvo&feature=player_embedde

yb sambut syawal dngan tarian

yb berkata...

Juruaudit akan dipecat.

Tanpa Nama berkata...

rembat najib, jangan tak rembat... nanti BN sudah bungkus, tak sempat pulak nak rembat....

Tanpa Nama berkata...

"malaysiakini dah kena hack..
padan muka.haha" -

Ko ker aper yang hack?

Tanpa Nama berkata...

Apa in,i Minority Watchdog Group, Bursa Saham dan SSM Malaysia tidorkah?

Tanpa Nama berkata...

pr cukup pandai buat fitnah...ada yb buat rmh terbuka 10 syawal dikatakannya pd 1 syawal. Kononnya majlis tu ada tari menarilah...nak menipu rakyat kononnya yb tu anjurkan maksiat pd 1 syawal....apa punya fitnah bodoh! Dah takde isu lain ke? Khhaaakpttuuuuihh..!!!

Tanpa Nama berkata...

kepada;
2010 September 20 22:38
berjoget2 pnggil china doll tu ape barang,tk kira 1 syawal ke 10 syawal..menteri ni tolol sgt ke? xde iman ke?pasal tarikh ko sibuk nk pertikai,ape yg dia buat tu yg ptt ko pertikai,mmng ko ni bebal tahap cipan la..

Bigfish berkata...

nasib lah rakyat malaysia, makin BN nak dikuburkan, makin galak timbul cerita sana sini. rapatkan barisan, insyaallah PR akan menang dlm PRU 13

Tanpa Nama berkata...

ahah!debt fincacing adlah method para pundek biznizman yg dah bangkrup,yg dah tak ada duit,yg terlampu bodoh,yg nak jadi pundek anglo!..USA,UK,EUROPE,semua sedang melakukan ini kerana mereka dah betui betui bangkrup!!Wat an irony..dlm masa 30 tahun,USA dah "transform" dri super banker ke super pengemis!!China dlm masa 3o tahun dah bertuakar dri super mao stalinist commie ke super banker..haha,china talak banyak credit card lah woi!pasai tu,mereka ada USD15 trillion cash reserve utk terajang sesiapa pun!!Dan negara bangkrup ni yg dipimpin oleh para pundekiawan umno anglo retards mengikut jalan kemusnahan yg serupa!!heh!!hari ini keluar berita,Bank negara secara senyap senyap bili bon Pep Rep Of China dlm renminbi!..China dlm 30 tahun dah jadi super banker,manakala dlm masa 30 tahun,Malaysia dibawah aura si father mother of off all stupidos pundekos retardos Mahalanchow madey kutty telah menjahanmkan Malasyia!!

Tanpa Nama berkata...

Bank Negara buys China yuan bonds

KUALA LUMPUR: Bank Negara has bought Chinese renminbi-denominated bonds for its reserves, the Financial Times reported yesterday, citing unnamed sources familiar with the transaction.

The central bank declined comment on the story for which no date or value was given.

In August, China said it would allow yuan accumulated overseas as a result of trade settlement or central bank swaps to be funnelled back into the mainland’s interbank bond market. — Reuters

Tanpa Nama berkata...

//Apa in,i Minority Watchdog Group, Bursa Saham dan SSM Malaysia tidorkah?//
Mereka memang todor atas katil Goldman Sex,JP Morgan dan traders /speculatiors take turns 2 liwat them night after night day after day year after year!

Tanpa Nama berkata...

sure balance sheet tak tally.
apa jadah punya audit report bila xder note explanation kat setiap item balance sheet yang punyai significant amount.
bodoh ke hape juruaudit yg sain report tu.

Tanpa Nama berkata...

BNM bili bon cina adalh langkah baik(IMO lah)..USD dah f*k up,bang krup..dan dah tiba masnaya utk juai USD,pound sterling,euros..wat bout kita punya chatoo RM?heh..hanya najibs dick is all the time strong lah,lain lain fundo dundo mentals negara ini too weaklah..

Tanpa Nama berkata...

Jgn risau..bila time nak bayar hutang,kita punya pariah gomen akan surrender dana EPF kpd ah long yg telah beli bon sebanyak 15 billion..who knows,itu ah long boleh jadi temasik holding?