Jumaat, 5 November 2010

KASSIM BABA DAN 40 ORANG PENYAMUN LAGI




GUA KASSIM BABA



nota:
dalam gua ini
ada banyak harta karun
ada saham
dan ada banyak kontrek
untuk jual agama kah kah kah





MENYANGGAH TULISAN DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN

1. Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BIPPA), PKR, ingin menyatakan bahawa serangan-serangan peribadi pelbagai bentuk dan pendekatan terhadap DSAI bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Hal ini berlaku kerana beliau dilihat sebagai pemimpin yang berupaya membawa perubahan ke atas sistem pemerintahan negara. Mereka yang mahu mempertahankan status quo akan menggunakan pelbagai kaedah tidak bermoral semata-mata mahu menjejaskan kredibiliti beliau.
2. Adalah jelas bahawa DSAI mempunyai kewibawaan dan keupayaan membina muafakat politik nasional dengan pewujudan gagasan Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional yang dilihat semakin hilang relavansinya dalam realiti politik negara masa kini.

3. Keberkesanan kepemimpinan seseorang itu tidak boleh diukur dari segi usia semata-mata. Hakikatnya kepemimpinan itu hendaklah dilihat dari segi karisma, amanah, keberanian, kegigihan dalam perjuangan menegakkan keadilan, kebenaran dan kesejahteraan rakyat, mengenepikan kepentingan peribadi dan keluarga, kesediaan berkorban, memiliki kebijaksanaan (hikmah) dan ketahanan fizikal. Inilah antara sifat yang dimiliki dan dihayati oleh DSAI sebagai pemimpin yang diiktiraf dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam dan luar negara.

4. Komitmen DSAI ketika diberi peluang memimpin negara adalah terbukti dengan rekod kecermelangan. Kepemimpinannya terserlah dan diterima dalam dan luar negara sejak awal 1970an. Beliau istiqamah (consistent) justeru kepemimpinannya untuk memimpin rakyat dan negara terutama disaat negara sedang mengalami krisis kepercayaan tetap diperlukan. Persoalannya sekarang: Kenapa beliau diminta berundur?

5. Pada hemat BIPPA yang patut berundur ialah kepimpinan negara sekarang yang telah terbukti tidak berupaya mengangkat martabat rakyat dan negara dengan kemiskinan rakyat yang masih berleluasa di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, masalah rasuah yang semakin membarah, keruntuhan moral (akhlak) dan pelbagai penyakit sosial yang semakin kronik, penyalahgunaan kuasa yang berwewenang, hutang negara yang semakin bertambah, track rekod kerendahan moral dan akhlak yang diketahui umum, terjejasnya imej negara di peringkat antarabangsa dan ketakutan pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia.

6. Seruan Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada hakikatnya adalah manifestasi suara ketakutan pimpinan negara terhadap fenomena kebangkitan rakyat.

7. Akhirnya, sebagai seorang ilmuan Muslim sewajarnya beliau patut lebih berhati-hati dalam memberi pandangan supaya tidak menjejaskan kredibiliti dan kewibawaannya sehingga menyebabkan audien hilang hormat.


Dr Muhammad Nur Manuty
Pengerusi
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BiPPA), PKR
4 hb Oktober, 2010


51 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU MEMANG DAH HILANG HORMAT DGN DR. ASRI ULARMAK NI...

merbok berkata...

Dr.MAZA hang pi nasihat Tun Madey Kutty lagi baik laa.. suruh dia mengaji mendalami agama daripada dok melalut mcm org nyanyuk... mcm malaysia ni dia yg punya.

Tanpa Nama berkata...

Dr. MAZA mengambil kesempatan semasa kempen PRK Galas dan Batu Sapi dengan melancarkan serangan peribadi kepada kepimpinan PR khususnya kepada DSAI. Sedikit sebanyak isu yang dilontarkan telah mempengaruhi keputusan PRK tersebut.

Walaupun beliau tidak menyertai UMNO bersama-sama 40 orang rakan-rakan nya, namun melalui ulasan tersebut telah menjelmakan wajah sebenar Dr. MAZA.

Kemungkinan dalam sedikit masa lagi Dr. MAZA akan dilantik sebagai Senator berikutan jasanya itu dan seterusnya mungkan akan dilantik sebagai Menteri.

Tanpa Nama berkata...

Hallamakk dulu bukan main lagi puji dia. Bila dia hentam kerajaan 20 kali, penyokong2 PR semua gumbira duk canang, quote statement dia sana sini. Alih-alih bila dia hentam PKR buat pertama kali, terus puak2 sama tibai dia. Aparaa.

Tak boleh terima kritikankah?

Tanpa Nama berkata...

Dia ni?
biawak lidah bercabang
dari waktu mufti sampai ler ni

Tanpa Nama berkata...

Dia ni?
biawak lidah bercabang
dari waktu mufti sampai ler ni

Tanpa Nama berkata...

kahkhkahks mahafiraun juga tahu bersara kahkakahaks tt bila lak nk bersara duk mesjid pegang tasbih lkahhaks tu aljube mana boleh bersara menorrrrron juboh kahkahkah tt bersara boleh kahkahkah aljub takbole kahkah

Tanpa Nama berkata...

Memanglah Asri, mufti hilang akal ini, takut dengan DSAI. Lepas ini Asri akan menyembah kepada amno minta lantik kembali..sekarang Asri dalam belentara keliaran..LOL

fawi berkata...

naper tak suggest nama TG NIk AZIZ supaya suruh berundur...TG lagi nampak lemah compare dgn DS Anwar..?
Ada Brannn ker?

Tanpa Nama berkata...

inilah masaalah apabila kita asyik fikir kita saja yang betul.
bukan setakat dengan kutukan biasa,malah siap dengan kenyataan khas.
kenapa idbaca dan diambil apa yang Dr Asri tulis berkaitan Anwar saja.
kenapa tak terjemah lain lain tulisan termasuk apa yang diperkatakan tentang umno-bn.
apa yang aku nampak,pendapat Zaid Ibrahim berkaitan Anwar dan halatuju PKR lebih terok daripada apa yang dikatakan olih Dr Asri.
sekurang kurang nya Dr Asri adalah pemerhati luar,tetapi Zaid Ibrahim adalah anggota PKR yang berjawatan.
bagaimana dengan Mustafa Kamil yang juga mempertikai jawatan kuasa pemilihan.tidakkah ini lebih teruk kerana ia bolih diguna olih umno-bn untuk mengatakan pkr cakap tak serupa bikin.
heloo penyokong pkr,elakkan daripada menempa terlalu banyak musuh kerana pkr pun hidup dengan ihsan dan sokongan mereka mereka yang dikutuk.

Tanpa Nama berkata...

Memang dah patut Ustaz Badrul Amin hamun ustaz muda cari makan ni.

mosabit berkata...

dia ni lagaknya macam ketua kepada 40 penyamun ...apa benarkah begitu tuan sidik sigaraga...???

dalam ali baba bujang lapok..ketuanya tiup wisel dari dalam....

tapi yg ini ketuanya tiup wisel dari luar.....

kah kah kah kah kah kah ....

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
pada pendapat saya Tulisan Dan Pendapat Dr Mohd Asri Zainul Abidin lebih kepada pengunaan ilmu mantik…
saya melihat pendapat maza itu lebih kepada sayangkan DSAI..
dan kita dapat melihat bertapa melatahnya juak juak Umno dan Bn..

Tanpa Nama berkata...

Salam

Kenapa semua tetiba hentam dr Asri. Aku sokong dr asri, sebab apa kesian kat Anwar. Tak habis-habis fitnah. Ini semua kerana nak jatuhkan Anwar. Bagi aku, Anwar jadi strategis kat belakang je. Lagi baik. Plan dan execute plan guna proxi. Itulah yg dibuat oleh banyak pemimpin dalam buangan macam Khomeini, Aceh (dulu) dan banyak lagi. Tapi kalau dah berjaya bagilah Anwar jadi pemimpin. Dah letih tengok dia kena fitnah.

Bayangkan budaya fitnah-memfitnah terlalu berleluasa sekarang. Semuanya kerana UMNO nak pegang kuasa. Kalau Anwar tak berada di depan boleh juga, tapi ada planningla..

Kenapa semua asyik hentam menghentam. Bila Asri hentam pemimpin UMNO kita suka, dia kritik anwar kita marah. Cuba tanya dia kenapa dia cakap macam tu, jalan perbincangan selalu ada. Tetapi kita semua suka menggunakan saluran media surat khabar, yg tak boleh dipercayai atau tak mau cakap berdepan. Panggil je Asri apa susah. Tanya dia, bagi reason jangan libatkan media dalam hal ni.
Kalau kita nak buat la. Tapi saya rasa budaya masyarkat kita sekarang, semakin pupus budaya berbincang dan bersemuka. Bila bersemuka maksudnya nak bergaduh. Lepas tu marah sana-sini, merajuk...kita tak ada budaya bercakap di depan dan melupakan apa yang dicakapkan. Kalau kita bercakap di depan orang kata kurang ajar, kalau rasa orang tak betul tu kita dendam.

Saya tengok kat west, depa kalau bercakap betul2 profesional. Lepas tu abis. Kalau rasa lawan bagi good idea kita implement bukan kita hentam sampai rapat ke lantai. Enntahla...Kecewa tengok..

bila kita nak ada open minded sikit boleh menerima dan memberi kritikan

Tanpa Nama berkata...

Salam

Kenapa semua tetiba hentam dr Asri. Aku sokong dr asri, sebab apa kesian kat Anwar. Tak habis-habis fitnah. Ini semua kerana nak jatuhkan Anwar. Bagi aku, Anwar jadi strategis kat belakang je. Lagi baik. Plan dan execute plan guna proxi. Itulah yg dibuat oleh banyak pemimpin dalam buangan macam Khomeini, Aceh (dulu) dan banyak lagi. Tapi kalau dah berjaya bagilah Anwar jadi pemimpin. Dah letih tengok dia kena fitnah.

Bayangkan budaya fitnah-memfitnah terlalu berleluasa sekarang. Semuanya kerana UMNO nak pegang kuasa. Kalau Anwar tak berada di depan boleh juga, tapi ada planningla..

Kenapa semua asyik hentam menghentam. Bila Asri hentam pemimpin UMNO kita suka, dia kritik anwar kita marah. Cuba tanya dia kenapa dia cakap macam tu, jalan perbincangan selalu ada. Tetapi kita semua suka menggunakan saluran media surat khabar, yg tak boleh dipercayai atau tak mau cakap berdepan. Panggil je Asri apa susah. Tanya dia, bagi reason jangan libatkan media dalam hal ni.
Kalau kita nak buat la. Tapi saya rasa budaya masyarkat kita sekarang, semakin pupus budaya berbincang dan bersemuka. Bila bersemuka maksudnya nak bergaduh. Lepas tu marah sana-sini, merajuk...kita tak ada budaya bercakap di depan dan melupakan apa yang dicakapkan. Kalau kita bercakap di depan orang kata kurang ajar, kalau rasa orang tak betul tu kita dendam.

Saya tengok kat west, depa kalau bercakap betul2 profesional. Lepas tu abis. Kalau rasa lawan bagi good idea kita implement bukan kita hentam sampai rapat ke lantai. Enntahla...Kecewa tengok..

bila kita nak ada open minded sikit boleh menerima dan memberi kritikan

Tanpa Nama berkata...

pe la puak PKR ni,x bleh terima kritikan ke??xkan nak sruh org puji je

Tanpa Nama berkata...

Dr MAZA memang ada hentam kerajaan, tapi dia membisu soal perkara2 yg kritikal dan penting, contoh:fitnah liwat,rasuah pilihanraya oleh UMNO, pembunuhan di Memali, penyalahgunaan kuasa oleh UMNO dan mahathir

kenapa dia memilih utk menyerang pakatan dgn menggunakan isu yg UMNO gemari?

dia sepatutnya menyarakan UMNO yg berundur terlebih dahulu, bukan DSAI.

Tanpa Nama berkata...

Dr Mohd Asri Zainul Abidin dah nak jadi atau dah jadi seperti Chandra Muzaffa, Kassim Ahmad, Ezam yang pada mulanya pandang hebat terhadap DSAI tapi apabila dicuci otak mereka melalui apa cara sekalipun mula cakap lain macam. Ingat UMNO ada pasang ramai pelesit dalam PKR yang pada mulanya harus setia pada PKR, kemudian sapu balik terhadap PKR. Ingat ramai lagi termasuk Gopalakrisnan, Zaid kecuali LGE, Lim Kit Siang, Tian Chua, Sivarasa dan anda pun boleh teka lagi siapa yang tunggu masa aje akan kondem AI. PKR kena berjaga-jaga kerana pelesit ini boleh berlakon sempurna tetapi pada waktu tertentunya akan kondem AI. Pelesit kelas pariah termasuk Zaharin , Nordin Zulkifli, Nalappan, Ruslamn Kassim, Lokman dan anda pun tahulah siapa lagi.

Tanpa Nama berkata...

Eh!!! Pelik plak.. Patutnya Wahabi ni sealiran la dgn puak illuminati @ Freemason ni kan....

Orang Kelawar berkata...

Jadikanlah peristiwa perbalahan antara Saidina Ali dengan Muawiyah sebagai iktibar kepada umat Islam dam peringatan kepada Dr Asri.Dimana kedua-dua pemimpin ini diminta meletakkan jawatan agar demi kesejahteraan umat Islam yang sentiasa berbalah dan berperang antara satu sama lain.Saidina Ali yang jujur ini dan menganggap Muawiyah sejujur dan seikhlas beliau demi kebaikan Islam,beliau meletakkan jawatan sebagai khalifah.Kemudian menyerahkan kepada kaum muslimin memilih siapa diantara mereka yang layak jadi khalifah.Rupa-rupanya ianya sesuatu penipuan daripada pihak Muawiyah.Apabila Saidina Ali meletakkan jawatan dalam majlis perdamaian itu,pabila tiba giliran Muawiyah ia menyatakan bahawa jawatan khalifah telah diserah kepadanya berikutan perletakan jawatan Saidina Ali sebagai khalifah.Muawiyah telah menipunya.Maknanya hal ini telah pernah berlaku.Apakah ini juga satu perangkap,sedangkan orang yang pernah hidup sezaman dengan Rasulallah SAW,sanggup dan boleh menipu menantu Rasulullah SAW.Inikan pula manusia diakhir zaman.
Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa karisma dan wibawa sdr Anwar Ibrahim.Semasa dalam kerajaan dulu wibawa dan karismanya amat ketara.Apa sahaja jawatan yang disandang pastinya perubahan yang ketara dan jitu pasti terserlah.Semasa memegang jawatan menteri pendidikan dahulu banyak perubahan dan pembaharuan dan kemajuan dibuat dan dilakukan beliau.Pengislaman ilmu dengan membawa masuk ilmuan-ilmuan dunia yang tersohor seprti Muahammad al-Ghazali,Al-Faruqi dan lain-lain.Guru-guru,pengetua-pengetua dan pemimpin kesatuan guru serta pegawai pegawai di kementerian didedahkan tentang kepentingan ilmu.Di universiti pula semua student Islam memakai tudung tanpa dipaksa.Malah kalau ada yang tak bertudung kita menganggap mungkin mereka bukan Islam.Begitulah sinonim tudung dengan studen wanita diuniversiti.Kini semuanya menjadi nostalgia,bertudung hanya tinggal specis yang hampir pupus.Begitu juga di sekolah automatik semua pelajar dan guru-guru Islam bertudung.Payah nak jumpa murid dan guru tidak bertudung.Tetapi sekarang...,usahkan murid,guru-guru wanita Islam ramai yang tak bertudung.Semasa Anwar Ibrahim dulu tidak ada arahan atau peraturan,Alhamdulilah automatik semua bertudung.Ini kerana wibawa kepimpinan dan isterinyapun bertudung.Bila Hishamudin jadi menteri pelajaran,dah mula ada rungutan sehingga beliau mengeluarkan kenyataan bahawa pakai tudung tidak wajib.Ini kenapa berlaku,sebab menterinya tidak ada karisma dan jauh sekali ada wibawa.Malah isterinyapun tak bertudung.Jadi terpaksalah keluarkan kenyataan takut kena lastik hidung sendiri.Alih-alih ada seruan dan suara supaya orang yang mempunyai bakat pemimipin dan berkarisma boleh membawa kepada perubahan yang positif terhadap negara dan rakyat, disuruh letak jawatan dan berhenti.Sepatutnya Dr.Asri menyeru orang UMNO menukarkan kepimpinan mereka,dan berikan kepada golongan agamawan dalam UMNO.Nasihatkan supaya diambil ulama UMNO menjadi Perdana Menteri dan dipilh sebagai presiden parti agar kerakusan dan rasuah dapat dihindarkan.

Dr mAsri berkata...

Dr Asri pernah jadi Mufti kerana disukai oleh Shahidan Kassim. Shahidan Kassim pilih, takkan dia nak pilih mufti yang yang terbaik. Fikir2 lah.

Faiz Farhan berkata...

bro isham.
dr asri ni hnya bg pndpt.
lain la klau die ni attack PR je
aku yakin die ni bkn utk kpntingan politik smata-mata.
byk pndgn die yg attack kerajaan ble dorg buat sial.
tp ble gang2 kte kne.kte klam-kbut.
klau kte x stuju xpe.ni attack mcm die sah2 org grombolan.xleh la kn.
chill ;D

ayamtido berkata...

kenapa teguran pon diangkat sebagai suatu perkara yang negatif? ramai betul pengikut taksub DSAI...

kita mengharapkan pembaharuan kepada suasana politik malaysia, bukan mengharapkan kepada DSAI seorang..

takkan lepas DSAI masuk penjara ke meninggal dunia ke, perjuangan mencapai keadilan akan terkubur?

reformasikan lah minda anda dengan bukan berharap semata kepada DSAI sahaja..

1Crony berkata...

Kepada penyokong PKR, jangan terasa hati dengan "pukul curi" Dr Asri ni. Apalah sangat jasa dan pengorbanan serta usia beliau berbanding DSAI. Cuma reputasinya kurang di media UMNO sebab akhir-akhir ini rajin sangat mencuit pimpinan UMNO, tetapi teguran beliau hanya suam-suam kuku aje yang langsung tidak memberi sebarang kesan pun kepada pimpinan UMNO. Sepatutnya suruh Najib , Muhyiddin atau Tun Mahathir atau beliau sendiri yang mengundur diri. Tapi oleh kerana terlalu taksub mahu dilihat sebagai "ulama neutral", maka ditembaknya peluru kapur tidak menentu sasaran. Mahu naik pentas politik rasanya kurang keberanian, tetapi selalu sangat memberi komen kepada orang politik. Layaknya beliau sebagai pengganti kepada bekas Imam Masjid Negara (juara tendang peti undi-Permatang Pauh) atau sekurang-kurangnya menjadi Menteri Agama UMNO, mungkin itu harapan dan cita-cita tinggi beliau?

Tanpa Nama berkata...

DR ASRI PANDAI COVER, DAH KANTOI DIA KELUARKAN ARTIKEL BACK UP PAS , THEN DIA KAMBING HITAMKAN PERINGATAN / ARTIKEL PADA PAK LAH N NAJIB , HAHAHA... AKUI KESALAHAN JAUH LEBIH BAIK DARI COVER.

suis-media berkata...

Assalam Bro,
Jangan lupa malaon ini adalah bekas ulama kerajaan,gambar dacing kat dahi dia tuu mana boleh hilang.Ingat kes telan air ludah??malaon nii dah kantoi dengan jais kerana membuat tuduhan palsu,jadi dia terpaksa buat kerja amal untuk BN untuk mengelakkan di-dakwa oleh kerajaan.

mamu tanjung berkata...

budak asri nie dah mula jadi ujub ngan ilmu n populariti dia.......

dia nie biasa kata kat tok tok peti tua yg lain tak tau bahasa arab.....dia sorang saja yg hebat bahasa tok alab nie.......kah kah kah........

pasai bung nuar lebih popular dari dia laa..yg dia dok menyalak tak tentu pasai.....
dia nie gila glamer.....pasai tu dia acah sitora jabat.....dia meniti langkah demi langkah.......

bagi tau kat dia kalu nak join grombolan sarkis .....pi laa isi borang cepat.........

your true color....mamu sudah tau laa..........

bro nuar world wide figure laa....itu pasal dia ada sikit jealous.....

kah kah kah

AmenoWorld berkata...

Apa la, terimala kritikan membina sekali sekala, cubalah jgn melenting ble di kritik, berasa seronok ble dipuji.. aishh entahlah.. manusia owhh manusia

umar al khattab berkata...

cuba pegi tanya si Asri ni;

"..kau suruh Anwar undur, kau boleh ganti dia kah..??"

kah kah kah jawab dulu wahai doktor asri

bumi tak sama dengan langit

Unknown berkata...

malu-malu lagi..kalau nak join umno..join sajalah..pura2 jual mahal pulak dah..

TIUB BOCOR berkata...

saya ada baca komen yang baik isu ini bertajuk Menggalas batu api: Galas dan Batu Sapi? dalam tiubbocor blogger.Bernas dan sinis.

-Pak Malau-

Kepala Mancis berkata...

JANGAN HUKUM SEBELUM BICARA...
DENGAR DULU APA PENDAPAT BELIAU..
DIA JUGA MANUSIA...
PERLUKAN PERINGATAN DAN PERSOALAN UNTUK TERUS HIDUP..

Tanpa Nama berkata...

Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi..

Jin said :" Boss! Absolutely attacking by Dr Maza to Anwar! "

" Thruly, it's meant Dr Maza just declared he is not a UMNO supporter now! "

Jin : ? ? ? ?

Tanpa Nama berkata...

aku tak kesah dr.maza nak hemtam sapa2 pun...dsai ke?...tg nik aziz ke?...najib ke?...dll...tapi mestilah berasaskan apa org kata, nas? dalil? fakta? ...kita dah lama merdeka bak kata orang puteh 'we're a free country'
sepatut2nya aktiviti bik mama sihantu kopek tu kenalah beri komen jugak...umpamanya 'jadi penaung pertunjukan fesyen islam di monaco yg terang2 menghina islam dan junjungan nabi saw..'menterbalikan nama muhammad saw'

Tanpa Nama berkata...

Apa yang aku nampak Dr. Asri sekarang ni bertindak sebagai jurucakap Mahathir. Kalau diperhatikan kritikan beliau supaya Malaysia memiliki sebuah barisan pembangkang yang kuat itu ada persamaan yang amat ketara dengan apa yang pernah disuarakan Mahathir sebelum ini. Cuma kali ini Dr. Asri membantu menjelaskan lagi harapan Mahathir itu dengan mencadangkan agar Anwar berhenti terus dari arena politik dan menyerahkan jawatan ketua pembangkang itu kepada pengganti yang lebih muda.

Sebenarnya Mahathir atau Dr. Asri tidaklah peduli sangat samada pengganti ketua pembangkang itu nanti tua atau muda, lebih bijak atau lebih matang berpolitik dari Anwar Ibrahim.

Yang penting pada perkiraan Mahathir adalah musuh ketatnya Anwar Ibrahim perlu direhatkan dari terlibat secara langsung dalam politik kerana selagi Anwar masih mengepalai Pakatan Rakyat, maka Umno-BN akan menghadapi kesukaran untuk menang bergaya dalam setiap pilihanraya dek kerana ketokohan dan kewibawaan Anwar yang sangat dihormati dan dekat di hati rakyat negara ini.

Justeru itu, Mahathir terpaksa menggunakan khidmat Dr. Asri yang kononnya seorang ulama neutral @ tidak berparti politik untuk menolong menyampaikan hasratnya agar ia lebih mudah diterima rakyat tanpa sebarang prejudis dan syak wasangka. Mahathir tahu dia terpaksa melakukan sesuatu untuk menyingkirkan Anwar dengan segera sebelum PRU akan datang kerana pengaruh Anwar yang semakin diterima rakyat walaupun sudah berbuih mulutnya dan mulut pemimpin2 Umno yang lain menghentam, memfitnah dan menghina Anwar.

Rentetan kerana kegagalan mereka dalam meyakinkan rakyat supaya membenci dan melupakan Anwar Ibrahim, maka konspirasi baru untuk memburuk2kan Anwar terpaksalah direka sekali lagi. Tapi kali ini mereka terpaksa menggunakan watak2 lain yang kononnya berada di luar Umno-BN agar matlamatnya lebih muda dicapai. Hasilnya, seperti yang kita semua maklum ianya telah dimulai dengan serangan Dr. Asri terhadap Anwar dan mungkin selepas ini akan ada lagi pengkritik2 upahan yang lain yang akan melakukannya. Tujuan mereka semata2 adalah untuk menghakis kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap daya kepimpinan dan kewibawaan Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin.

Jika teori aku ini salah, harap cubalah kalian fikirkan mengapa Dr. Asri secara tiba2 boleh membuat tuduhan semberono begitu di waktu saat2 genting kempen PRK sedang berlangsung di dua kawasan pulak tu. Kalau Dr. Asri benar2 ikhlas tentulah beliau boleh tunggu sekejap sehingga habis PRK dulu sebelum melemparkan bom busuk itu ke arah Anwar Ibrahim. Lagipun, apa yang nak dikejar sangat oleh Dr. Asri sampaikan begitu tergesa2 mengkritik tanpa rasa hormat dan simpati terhadap beban yang sedang dipikul Anwar Ibrahim ketika sedang menerajui kempen Pakatan Rakyat dalam PRK?

Dalam hal ini aku rasa jawapannya adalah sikap Mahathir yang opportunist itu sudah mula diterimapakai oleh juak2 yang menyokong perjuangannya untuk membalas dendam dan menyingkirkan Anwar Ibrahim walau dengan apa cara sekalipun. Aku doakan semoga Allah akan sentiasa melindungi Anwar Ibrahim dari kejahatan mereka yang berhati busuk dan pentingkan tembolok sendiri ini. Amin.

Tanpa Nama berkata...

mungkin ada muslihat..tggu la dia komen balik ape dia kata,dia jg ada pandangan,jgn cpt sgt melatah..dia jg ada hentam pemerintah



penyokong PR

Tanpa Nama berkata...

dah dapat habuan kot?
Hahahahah Ulammak malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 14:48: Dr Maza sama ada sewaktu Mufti atau tidak, sudah jadi macam fatwa. Serupa Dr Madey, sama ada waktu PM atau pesara PM, kata2nya dianggap macam kata2 PM selagi belum diiktiraf gila.
Namun Dr Maza sendiri macam tak berapa relevan bila mengatakan DSAI sudah tidak relevan. Segi relevan tidaknya wajar juga DrMaza katakan kepada PM yg sungguh tidak wajar bila negara berkecamuk dengan maksiat, jenayah, rasuah, arak dan haru-biru yg lain. Nampaknya benar beliau 'takut'utk menegur kepincangan tindak-tanduk U-BN.
Relevan benar Dr Maza bersuara begitu sempena PRK di Galas dan Batu Sapi...markah penuh akan diterima dari U-BN.

-Zunodeng

Rieyo berkata...

ni sama kes macam Prof Aziz Bari la ni... bila die bg teguran kat PAS, perghh...pukul keliling die kena tembak ngan Pakatan...tapi bile die kutuk Kerajaan.."Inilah pendapat ahli akademik kita"...huhuhu
come on Pakatan Supporter, consistent la sket.
Ikut la cam TT, kalau bende salah, kita ckp salah..macam kes $250 hari tu. habis cerita..
Ini tak, kalau ada ahli akademik atau ilmuawan agama condemn Pakatan sikit jek,akan keluar la komen2 bodoh dari Pakatan Supporter ni.hallo kawan, kadang2 org bagi teguran tu sbb syg...appara...

Tanpa Nama berkata...

masa mula2 dia jadi mufti... parkcik aku kata...ini mufti paling muda.....
ba..ru 35 tahun...aku x kesah sangat......... cuma oh....

kawanku intan.... suka betul ngan ustaz dia ni.... dr maza...?? sape tu?? oo.. dr asri.x kesah le.. aku pun ada gak ustaz.... mahmod zuhdi......

satu hari kt kedai buku... intan ustaz kau...dengar2 dia ada kt prhmpunan umno ari tu...cam dah x nak peduli jer dia...

harap dr maza x ikut jejak mashitah dan firdaus...

.......

Tanpa Nama berkata...

jangan terlalu panas sahabat,
itu hanya pandangan peribadi.
Dia juga ada mencadangkan pihak yang sudah berusia dari kedua dua belah pihak untuk bersara agar kembali mewujudkan suasana politik baru.

Tidak salah.
PKR sudah menjangkakan DSAI akan dipenjarakan.
Nurul Izzah juga menjangkakan begitu.
Tetapi sengaja mahu menegakkan benang basah.

Dan saya katakan bahawa PKR mempunyai banyak lagi calon calon hebat.
sudah sedia maklum.
sudah sedia berjuang.
Saifuddin Nasution, Tian Chua, Che'Gu Bard, semuanya mempunyai kaliber yang hebat.

Ingin diingatkan di sini, walaupun pertubuhan PKR ditubuhkan dengan salah satu sebabnya mahu membela nasib DSAI, tetapi tanpa DSAI, PKR akan terus wujud.

Tanpa DSAI,PKR akan terus bergerak.

Dan DSAI bukanlah maksum.
Dan DSAI bukanlah Tuhan demokrasi.
Dia juga manusia.
Ada salah silap.
Jangan apabila kuman seberang lautan nampak lubang hidung, gajah depan mata dibuat tak tahu.

Minta maaf.
Saya budak baru belajar,
salah silap mintak tegurkan.

cicit ngah layor berkata...

Itu ler komer...Baghu sekali dier tu cuit,komer dah buat peghangai mcm "ciner hilang batu kati'...tak tentu aghah,meghacau2.Secarer tak lansongnyer,komer telah menyingkap kughap dan tokak komer.Itu belom lagi jadi pemerintah...bulih jadi lebih dr ISA komer gunerkan utk menghancorkan pengkritik komer. Komer sedor ker yg Dr Maza tu hanyer nak try geletek ketiak komer.Dier nak tahu samer ader komer tu penggeli ker atau tidak.Sekaghang,dier dah tahu,dan teman pon baghu tahu bahawesenyer komer ni jenih manusier penggeli.Berpuloh kali dier bagi komer seghonok mengilai2,dgn sekali dicuit jer komer dah bertukor wajah.Ingat ler politik baru ialah yg sanggup dikritik dan mengkritik secare waras.Komer nak berpatah balik kebelakang ker?

itikanakayam berkata...

aku tak pernah hentam mamak Asri ni! tapi aku tak pernah percaya kepadanya sejak sama-sama belajar dengannya.

Tanpa Nama berkata...

Saya ingin lihat artikel jurnal profesor madya Dr Asri dalam scopus dan isi journal. Ada ka??

dalam dunia akademik artikel dalam akademik lebih tinggi daripada cakap kosong di akhbar atau blog.

Melayu Kena Sokmo berkata...

Rieyo 06:26

Dalam banyak-banyak komen ada juga haramjadah nak jadi hero hindustan. "Hero Puki Emak Lu", pergi mampus lah.... Lu., dan mak bapak Lu sekali... (Bro TT, mesti haramjadah sial ni tak marah aku maki dia dan keluarga dia.... sebab dia dayus)

cikmatgelap berkata...

jom beri sokongan dsai....pedulikan asri ulamak muda yg memang pun berpegang pada fahaman kaum muda.....ada angan2 nak jadi PM agakinya dia ni.klu ilmu tinggi pun jgn jadi mcm lalang.....

Tanpa Nama berkata...

Hidup UMNO

Tanpa Nama berkata...

Melatah atau tidak melatah, itu hak setiap orang masing2.. ada sesiapa boleh halang aku melancap? nabi pun tak boleh kan? sbb aku nak melancap..

nak jadi cool buat apa kalo bende yang ulamak cap ayam ni bagi komen.. kalo nik azit bagi komen soh Anwar berundur, ok la jugak..

Tapi seingat aku, takder nai resign dari politik.. jangan nak menggatal pulak soh sesiapa bersara politik.. politik adalah kehidupan.. even budak kecik pun, hidup dia bergantung kepada politik.. kalo negara macam sial, nasib dia jugak macam sial.. jangan jadi bodoh dan terus bodoh.. semua orang ada hak berpolitik.. tak perlu tunggu umur 21 atau 18 tahun.. mujur binatang saja tak layak berpolitik..

pukul curi boleh la tembak sesapa dia suka.. nak melawak pun, jangan sampai lebam bijik mata, baru nak bitau kata saya ni melawak jer.. ini bodoh namanya...

Tanpa Nama berkata...

Baguslah Dr MAZA kritik. Yang lain pun rajin kritik Pakatan. Raja Petra, dll. Yang penting dalam Pakatan, bukan individu, tetapi wawasan dan perjuangan. Orang putih kate, people come and go. What stays ...

Tanpa Nama berkata...

kemudian bergerak ke arah kluang - tapi tersangkut di kedai
bundle - dua mamat bangla padai cakap melayu yang mengendalikan
kedia bundle ini. ketika aku masuk - seorang dari mamat
bangla ini sedang masak di dapor - demi zeus - asap dari masakan
bangla ini menerkam mata dan hidung - hampir hampir sama
dengan gas pemedih mata - lalu kau melaung meminta hentikan
memasak dan aku sedia memberi duit mamat ini untuk pergi membeli
bak ku teh kah kah kah

Bah kut teh
kaki ayam
kaki itek
ranjang
perempuan
mat saleh
are u sure
zeus
bawah jambatan
brussels
???????????????

MAZI berkata...

maza ini ada rahsia besar semasa di KIK dulu, tunggulah lagi sekali dia petik salah suis, pasti habis terburai segalanya, insya-Allah.

kah kah kah...