Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 5 November 2010

SEBELUM KE JALAN RAYA - DATANG KE SINI DAHULU




SEMUA DI JEMPUT DATANG




nota:
kita telah saksikan
penipuan dan beerat sebelah spr
di dua pilihanraya kecil - batu sapi
dan galas

kita telah marah - jangan marah sahaja
tapi tidak melakukan apa apa

datang ke majlis ini buktikan
kemarahan anda sebelum kita
semua turun ke jalan raya sekali
lagi kah kah kah



JEMPUTAN PELANCARAN BERSIH 2.0
BERSATU DAN MELANJUTKAN REFORMASI PILIHAN RAYA


Kami, jawatankuasa induk BERSIH 2.0 ingin menjemput anda/organisasi anda untuk bersatu bersama-sama kami dalam melanjutkan usaha ke arah pilihanraya bersih dan adil. Banyak lagi yang perlu dilaksanakan dan BERSIH 2.0 memerlukan sokongan dan bantuan anda dalam memastikan misi Malaysia yang demokratik menjadi realiti.

BERSIH 2.0 percaya hanya menerusi pilihanraya yang bersih dan adil sahaja seseorang warganegara mampu mengenalpasti hala tuju mereka dan berharap pihak yang dipertanggungjawabkan dalam melaksanakan sesebuah pemilihan itu bertindak dengan telus dan berkesan. Perjalanan untuk reformasi pilihanraya adalah ranjau dalam proses demokrasi, termasuk kedaulatan undang-undang dipulihara, hak asasi manusia dilindungi, urustadbir baik dan pengelastarian di dalam pembangunan Negara.

Sebagai waraganegara kita boleh menjadikan impian ini satu kenyataan. Isu-isu utama dalam reformasi pilihanraya termasuk:

1. Pembersihan sepenuhnya senarai pemilih bagi memastikan sebarang penipuan disisihkan dan senarai pemilih yang penuh dengan integriti.

2. Penggunaan dakwat kekal (seperti yang dijalankan di Indonesia dan India) bagi menghalang pengundian berganda.

3. Reformasi dalam pengundian pos dengan memansuhkan senarai pemilih yang berasingan yang sedia ada bagi pengundi-pengundi pos dan juga untuk menjadikannya sistem yang lebih fleksibel bagi semua pengundi – di dalam mahu pun di luar Negara , dengan alasan munasabah untuk memilih untuk menjadi pengundi pos.

4. Akses media yang bebas dan adil untuk kesemua parti yang bertanding, termasuk: (a) akses bebas terhadap media milik kerajaan terutamanya televisyen dan radio; (b) akses pembayaran (iklan politik) adil di dalam media swasta; dan (c) peruntukan di dalam hak untuk menyerang balas terhadap kesemua parti yang bertanding dan wakil-wakil yang bertanding yang sebelumnya mendapat liputan negatif di dalam laporan-laporan berita.

5. Tempoh kempen minima 21 hari

6. Amalan-amalan adil dan professional dalam persempadanan kawasan supaya mengurangkan pembahagian yang tidak adil (malaportionment, gerrymandering) yang seterusnya menyebabkan pembahagian kerusi dan undi yang tidak seimbang.

7. Pendaftaran otomatik untuk semua pengundi yang layak.

8. Pengurangan kelayakan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun.

9. Reformasi dalam urusan kewangan pilihanraya bagi memastikan ketelusan dan menghadkan kecenderungan terhadap politik wang.

10. Pentadbiran yang tidak berat sebelah di semua peringkat kerajaan sebelum, selepas dan semasa pilihan raya umum atau kecil, untuk badan perundangan di peringkat persekutuan dan negeri.

11. Memperjuangkan hak semua pelajar berumur 18 tahun ke atas untuk mengambil bahagian dalam politik di dalam dan di luar kampus.

BERSIH 2.0 menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh kumpulan awal BERSIH dengan agenda reformasi mereka. BERSIH 2.0 kini dilancarkan sebagai gabungan kumpulan masyarakat yang tidak berpartian. Ia merupakan sebuah gerakan rakyat biasa yang ingin memastikan hak kepada pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dijamin oleh undang-undang. Undian dan suara kita mestilah diutamakan.

Butir-butir pelancaran seperti berikut:

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 mlm. – 10.30 mlm.
Tempat : Dewan Sivik PJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.

Sila panjangkan jemputan kepada ahli-ahli dan rakan anda ke pelancaran Bersih 2.0. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Nurul di 03-77844977.

Yang benar,
Dato’ Ambiga Sreenevasan
Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk



6 ulasan:

Bomosiam berkata...

Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi..

Jin said:" Boss! BERSIH ajak main atas jalanraya lagi. "

" Tak ade maknenye..! Suara rakyat konon! Kat negara luaq lain bolih la. Tapi klu kat M'sia ni, kat S'pore ke, cubalah... Klu Polis tak terkawal, askar kan ada! Lepas tu kita tgk, sapa nak lari dulu...!! Buat abiss beras ja depa ni. Tujuan sebenaq...nak laga2kan org Melayu, hapuskan institiusi Raja2 Melayu supaya keistimewaan Bumiputera lebih terjamin! Kah..kah..kah! "

Saiful berkata...

poodah..tak payah dok bersih2 dah..tak ada gunanya..selagi umno yg dok memerintah..rakyat la ni pun dah nampak boring masalah yg tak sudah..india kaki kelentong, cina kaki sapu, melayu kaki lena...tak ada gunanya ..selagi demokrasi ini diajar kpd anak2 sek ren..bila besar baru depafaham apa demokrasi..nak lwn apa dgn duit apco yg berbillion..apa rakyat nak kira..tgk saja..tak ada gunanya..bagi duit semua sapu bersih..tak payah dah la anwar, che gu bard, tgna dok bela sgt india, cina, melayu penakut, lebih baik relak biaq mampuih..kat depa..india buruh ka estet ka ada mic..cina ada mca..tokey depa lagi kaya2..tak harap duit dari kita ..kita yg dok terhegeh2..tgk cina..kena maki..mata sepet..umno tak perlu undi depa baru ni..ada depa ambik peduli..bagi duit semua jln..yg india ..podah..kami sokong padu pada pas..poodah..apa jadi..tak boleh hrp..sedarlah yg dep[a ni tak mau keadilan..depa mau duit..tak ada hati perut geng2 ni..tgk saja sibu ..cina dap masuk mesti menang..tak payah dok bela2 la geng ni..yg nak dibela tu ..anak2 miskin, perbetui mat rempit, yg dok tgh banjir, yg tak boleh baca, lagi baik...anak2 melayu pas, melayu pkr masih byk lagi dok ketinggalan zaman..tolong depa ni lagi baik..
saya mmg marah tgk gsya kaki kelentong cian2 dan india kaki kelentong ni..termasukla yg melayu dan org asli pun sama..

Tanpa Nama berkata...

woit bomosiam dan saiful.. kalo tak kita yang mulakan sekarang, bila nak mulakan projek ni.. tunggu kita mati ka?

jenis pengecut tak der telor... kalo sudah takut, jangan ajar orang jadi penakut macam lu la bodoh.. semakin maju semakin bongok la pulak ko yer? hahaha ingat makin berani ka apa ka.. pergi main LanChow la lu..

helmy berkata...

aku boleh pi dak tt?
Aku berkepala botak,berperut gendut,berpunkok tonggek,berbaju batik,berkasut kilat.kalau tak boleh pi aku nak pi dangdut

Bomosiam berkata...

Salam dr dlm Gua Bkt Putus, G.Semanggoi..

Jin said :" Boss! Budak takdak I/C tu kata, Boss takdak teloq, takut nak mula! "

" Aikk! Masa bila plak budak tu mai selak kain aku ni! Sebenaqnya, aku, klu nak mulakan sesuatu, kesudahannya mesti aku confirm dulu. Baru aku mula melangkah. Klu tak sure, umpama Hindu Mabuk Di Tengahari!! "

Tanpa Nama berkata...

mesti turun..enjoy bro,arp2 ada sejuta umat yg turun perhh bru th spr bongok ni