Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 22 Mei 2011

SURAT DARI PEMBACA




KE MANA HILANGNYA VAN JENAZAH PULAU PAMGKOR ?


Assalamualaikum saudara pengarang, pada 1 Mei yang lalu, abang ipar saya telah meninggal dunia di Pulau Pangkor. Saya sekeluarga telah pulang ke kampung bagi menghadiri majlis pengebumiannya.

Apa yang ingin saya nyatakan ialah mengenai kekecewaan dan kekesalan saya terhadap pengurusan van jenazah yang sepatutnya digunakan sebagai kenderaan untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan.

Bayangkan betapa sayunya hati saya, apabila jenayah abang ipar saya dibawa menggunakan kereta sorong sahaja. Perjalanan dari rumah ke tanah perkuburan bukanlah dekat.

Malahan perjalanan ke tanah perkuburan bukanlah senang kerana jenayah yang sorong perlu berdepan dengan jalan yang tidak rata dan bengkang bengkok.

Apabila saya bertanya kepada orang-orang kampung yang menolak jenayah ke tanah perkuburan, mengapa menggunakan kereta sorong, jelas mereka kereta jenazah rosak.

Enggan bising atau beranggapan negatif saya dan keluarga memandang perkara itu secara positif. Namun apa yang amat saya kesalkan ialah apabila keesokkan harinya, iaitu pada 2 Mei, saya bersama adik saya telah pergi ke masjid untuk membayar wang urusan pengebumian.

Bayangkan betapa luluhnya hati saya apabila terlihat van jenazah yang dikatakan rosak itu dipandu oleh pemandunya yang sedang membawa ahli keluarganya untuk bersiar-siar.

Sekiranya benar van itu rosak, sudah pasti tidak akan dapat disiapkan dalam masa terdekat serta jauh sekali akan berjaya dibaiki tidak sampai 24 jam. Sudah menjadi senario di Pulau Pangkor, apabila kereta/van yang rosak akan mengambil masa yang lebih sedikit kerana kadang kala alat ganti kereta sukar atau lambat untuk diperolehi.

Tidak tahu pula saya, kereta/van yang rosak sudah boleh diperbaiki dalam masa terdekat. Kalau difikirkan secara akal yang logik pihak bertanggungjawab juga sewajarnya menyediakan dua buah van bagi memastikan ada ‘back up’sekiranya van yang pertama rosak maka dapat digantikan dengan van yang kedua.

Melihatkan kejadian tersebut, membuatkan saya terfikir, di manakah nilai kemanusiaan serta tanggungjawab seorang insan terhadap saudara Islamnya sendiri. Saya tak minta lebih, sekadar sikap prihatin dan tanggungjawab terhadap masyarakat terutamanya golongan susah.

Kejadian ini sebegini acapkali berlaku di Pulau Pangkor, terutamanya kepada keluarga yang susah. Pinta saya pihak yang bertanggungjawab mahupun yang berkuasa tolonglah memandang serius perkara ini.

Saya amat berharap kejadian seperti ini tidak akan berlaku lagi. Ini kerana, kami yang berasal daripada keluarga yang sederhana lagi susah ini sentiasa dianaktirikan dan tidak terasa nasib kami dibela.

Sekian terima kasih.

Anak Jati Pulau Pangkor

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sian....so, pasni abg jgn pangkah UMNO ye bang..tu tempat zambry tu...

Tanpa Nama berkata...

sayu betol kesah nih..
mmg tak patut perkara mcm ni terjadi.
pangkor merupakan kawasan menteri besar PERAK tu!!!
takkan van jezanah pon nak guna pakai kroni baru nak bagi?!!
ini kesah realiti yg teruk.pertama kali kita dengar.
sudah lah hidup susah,mati pon susah.
apalagi, jgn dok pikior lama2,kasi tukar itu pemerintah lar..

Tanpa Nama berkata...

pertama sekali saya ucapkan takziah kepada keluarga arwah.. nie adalah dugaan Allah SWT beri kepada keluarga.. Semoga arwah akan ditempatkan bersama golongan yang diredhoi oleh Allah SWT.

isu kemanusiaaan adalah suatu yang semakin luput dikalangan rakyat malaysia dewasa kini.. Semangat kekitaan semakin hilang diganti nafsu serakah mengumpul kekayaan/kesenangan untuk diri sendiri /kaum kerabat.. mengeksplotasi situasi kesusahan/negatif orang lain menjadi permainan utama atas niat kumpul harta secara cepat. hal nie jelas kelihatan ketika kemalangan.. org ramai berpusu2 berhenti kenderaan bukan nak bantu org, tetapi nak kaut keuntungan atas situasi org laen.. antara aktiviti biasa kelihatan; bedal handphone, beg duit atau benda2 berharga, ambik nombor plat kenderaan untuk tujuaan seperti pembelian nombor ekor, berebut offer trak tunda dan laen2 sewaktu dengannyer.. sedangkan mangsa menderita atas jalan raya @ kenderaan xde org nak peduli.. namun, hanya segelintir kecil org turun bantu mangsa hantar ke klinik or hospital, yang laen buat2 xtahu dengan niat "org laen ada, xperlu aku sibuk2".. yang nie ke dikatakan nilai kemanusiaan??? tepuk dada, tanya diri sendiri..

Dalam isu nie, saya berfikir lebih baik saudara membuat aduan secara terus kepada jabatan agama islam perak.. golongan menyalahgunakan harta org ramai, ada pembalasannyer di akhirat nanti. insyallah..

Sekadar mengingati, kematian itu boleh tiba bila2 masa, kalaular org sedar dan percaya benda nie, nescaya tiada org akan tinggalkan ibadat walau sesaat pun..

Tanpa Nama berkata...

Tolak dulu soal siapa ADUN Pangkor. Pengendali keretajenazah ini patu dibuat laporan polis dan SPRM terhadapnya kerana kemungkinan pecah amanah menggunakan kenderaan awam untuk tujuan peribadi.

sri hartamas

cicit ngah layor berkata...

Tak kan tak tau....1May cuti umum.Aper lagi,joli sakan ler bawak anak bini.Tak pon buat teksi sapu dr jeti pergi telok nipah atau telok dlam.Maklom ler ...org ghamai datang berkunjung kepulau,teksi mahai.Mamak tu bukan tau aper....haghapkan Mail Gajah dgn Koji tlk nipah jer yg buat keghojer.

f.antasha berkata...

Ini merupakan penyalahgunaan jawatan oleh si pemandu... buat laporan polis & saman aje pemandu ni... kenderaan jenazah tidak boleh dibuat mengangkut ahli keluarga... saman jer, minta ganti rugi... kena jar sikit diorg ni

Mat Langkor berkata...

Teman nak bagi tau cerita teman pulak:
Bulan lepas opah teman meninggal, alhamdulillah pengurusan jenazah berjalan lancar dan diuruskan dek kariah yg terdiri dari saudara mara & jiran tetangga. yg teman respek:
1. Urusan jenazah ada le group pengurusan jenazah muslimah.
2. Tenaga muda dari penyokong PAS bab kubur.
3. Bab menyediakan makanan hari kematian & kenduri doa selamat, wanita UMNO.
4. Yg special: VAN JENAZAH!!! ada tertulis LUJNAH KEBAJIKAN & ada lambang kerajaan negeri Perak. terdetik pula di hati teman, bila pula puak kerajaan negeri guna perkataan lujnah? Rupanya van jenazah kepunyaan parti bulan dan parking di masjid & ready for action to everybody regardless their political view.
Bangga teman dgn usaha org2 parti bulan...takbir!!!!

Wak Pur berkata...

pakat2 lah undi pakatan rakyat. Gerenti selesai masaalah .

golok perak berkata...

tu ghopanya malaon malaon yang jaga masjid menipu orang melayu yang beragama islam .... teman semakin setuju ngan bro TT ...orang kapir yang makan babi, minum arak dan "tak potong ?' pun tak seburuk itu perangai menipu bangsa seagama sendiri ... kome nak pecaya ngan bangkai hanyut EE tu lagi ...