Selasa, 13 Mac 2012
KENALI SIAPA MUSUH SIAPA KAWAN
KOMENTAR TUKAR TIUB
ini satu dasar yang tepat
ini satu dasar yang bijak
inilah contohnya rakyat didahulukan
inilah contoh anak dirumah disusukan
kera di hutan biar dia cari sendiri makan
dasar ini wujud apabila indonesia mencapai merdeka
di zaman bung karno
inilah dasarnya
inilah yang membuatkan pemodal luar marah
inilah yang menyebabkan kaum pemodal membuat rampasan kuasa
INI MUSUH RAKYAT DUNIA
INDONESIA HARAMKAN WARGA ASINGH JADI CEO SYARIKAT TEMPATAN - meloya
JAKARTA 12 Mac — Indonesia telah mengharamkan orang asing daripada memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan jawatan berkaitan dengan sumber manusia (HR) di syarikat-syarikat tempatan, berkuat kuasa 29 Februari.
Akhbar harian berbahasa Inggeris, The Jakarta Post, melaporkan bahawa di bawah peraturan Kementerian Sumber Manusia dan Transmigrasi, orang asing diharamkan daripada memegang 19 jawatan berbeza di dalam syarikat-syarikat tempatan.
Bagaimana pun, peraturan itu tidak mengkhususkan mana-mana syarikat akan menerima kesannya kata, akhbar harian itu di dalam laporan muka depannya, Isnin.
Seorang pegawai kementerian itu berkata, peraturan itu akan terhad kepada syarikat tempatan milik penuh dan tidak terpakai bagi syarikat milik asing.
"Dasar itu tidak boleh diretroaktifkan, jadi kemungkinan tiada syarikat akan menerima kesan dasar itu," kata Ketua Bahagian Pekerja Asing di Kementerian Tenaga Manusia dan Transmigrasi, Titin Supenti kepada the Jakarta Post.
Jawatan CEO berbeza dengan jawatan Presiden Pengarah kata Titin sambil mengenepikan kebimbangan bahawa peraturan baharu itu akan memaksa dilakukan penstrukturan korporat besar-besaran.
Menteri Tenaga Manusia dan Transmigrasi, Muhaimin Iskandar berkata, peraturan itu bertujuan membuka lebih banyak peluang bagi membangunkan sumber manusia tempatan, terutama sekali jawatan peringkat pertengahan.— TIEWNAMA
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Bro TT,
Dari segi pemikiran, orang Indon lebeh maju dari Malaysia... diorang mana ada slogan2 macam "Malaysia boleh" tapi hapak pun tarak... dari segi teknologi pula diorang cuba berinovasi sendiri - at least kalau gagal pun tak mengapa - bayangkan dengar2nya diorang boleh membina kapal terbang sendiri, bukan seperti Malaysia copy n' paste kereta toyota kemudian jadi proton, & boleh jadi kapitalis kronisme dan nepostisme monopoli...
Catat Ulasan