Selasa, 13 Mac 2012

DI RUMAH SIAPA AHMAD MAZLAN TIDOR UJUNG MINGGU LALU?




KENYATAAN MEDIA: Wan Azizah dan Shahrizat bagaikan langit dan bumi


Saya merujuk kenyataan Timbalan Menteri Ahmad Maslan bahawa Dr.Wan Azizah Wan Ismail sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden Keadilan kerana Anwar Ibrahim dipenjarakan pada 1999. Kenyataan ini mendedahkan hipokrasi UMNO. Umum mengetahui Anwar dipenjarakan berikutan rekayasa UMNO yang melibatkan Perdana Menteri ketika itu Mahathir, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan sistem kehakiman yang sudah rosak. Tuduhan dan hukuman terhadap Anwar mengejutkan rakyat Malaysia dan mengundang kritikan antarabangsa.

Namun Ahmad Maslan terus membohongi dirinya sekiranya beliau menyatakan bahawa Anwar dibicarakan secara adil. Mengapa perlu Wan Azizah meletak jawatan apabila beliau dan keluarganya menjadi mangsa kezaliman dan politik kotor UMNO? Sebaliknya, beliau mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin politik untuk terus kekal di jawatannya dan terus memperjuangkan reformasi, keadilan dan kebebasan. Selama 13 tahun beliau telah berjaya memimpin perjuangan ini dengan berani dan bermaruah, menghadapi cabaran besar. Perbezaan antara Wan Azizah dengan Shahrizat yang mana keluarganya bertanggungjawab menyalahgunakan sebanyak RM250 juta adalah bagaikan langit dan bumi.

Hanya selepas berhadapan dengan kritikan Pakatan dan rakyat Shahrizat mengumumkan bahawa beliau melepaskan jawatan menterinya pada bulan hadapan. Ini bukannya tindakan sukarela. Ahmad Maslan, Muhyiddin dan pimpinan UMNO lain tidak boleh membohongi rakyat dengan menyatakan bahawa Shahrizat telah 'mengorbankan' dirinya.

Malah, pimpinan UMNO dan BN tidak mempunyai budaya mengambil tanggungjawab terhadap penyelewengan mereka dengan melepaskan jawatan mereka. Dilindungi oleh polis, media dan sistem kehakiman yang dikuasai mereka, pimpinan BN tidak pernah melihat perlunya untuk patuh pada prinsip kebertanggungjawaban dan tatakelola yang baik. Kenyataan Ahmad Maslan ialah contoh terbaik kecurangan UMNO tersebut.

N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN




2 ulasan:

kampong lad berkata...

bila letak jawatan, pencen takdak kot, jadi kena la tunggu sampai 9 apr. depa ni memang tala masok saja.

ulamamakkutty berkata...

kita mintak si maslan ni jangan mengaku dia Melayu, sebab orang Melayu tak bodoh macam dia,nilai bangsa kita lebih tinggi dari dia!