Khamis, 17 Mei 2012
PENEROKA FELDA KENA TIPU LAGI - KALI INI AKAN LINGKUP SEMUA
ASAS FGVH ADALAH LEMAH, IPO DIDORONG OLEH POLITIK BUKAN EKONOMI
Keadilan mengulangi pendirian kami bahawa FELDA kini adalah terlalu dipolitikkan. Berdasarkan analisis terkini, kami percaya bahawa IPO ini didorong oleh politik dan bukannya berdasarkan kekukuhan kewangan FGVH. Kami merujuk kepada laporan semalam dari Wall Street Journal mengenai IPO FGVH, di mana kebimbangan telah dibangkitkan mengenai keuntungan FGVH kerana profil pokok kelapa sawit yang tersangat teruk.
Pada amnya, sesuatu syarikat akan cuba IPO di bursa apabila ia berada dalam kedudukan yang kukuh (untuk mendapatkan penilaian maksimum) atau apabila masa hadapan kewangan syarikat tersebut adalah ternampak sangat cemerlang. Bisnes FGVH bukanlah berada didalam kedudukan yang kukuh dan masa hadapan untuk pertumbuhan yang tinggi adalah sangat terhad. Prospektus IPO mendedahkan bahawa kedudukan sebenar FGVH di dalam pengurusan perladangan adalah memang lemah.
Pada asasnya, profil umur pokok sawit FGVH mendedahkan bahawa lembaga pengarah FELDA tidak memberi tumpuan sewajarnya kepada pengurusan penanaman pokok. Sangat mengejutkan adalah 53% daripada pokok-pokok sudah tua, 31% muda dan tidak matang dan hanya 16% pokok sawit pada tahap matang perdana. Bayangkan sebuah syarikat yang berprestasi hanya pada tahap 16% daripada potensi sebenarnya membuat percubaan IPO.
Sebagai perbandingan am, sebuah ladang yang sihat diurus dengan baik akan mempunyai profil pokok berusia 7% pokok tua, dan 15% muda dan belum matang dan 78% matang perdana.
FGVH perlu menanam balik dan menunggu selama sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum majoriti pokok pokok sawitnya menjadi matang perdana. Jadi jika anda membeli saham FGVH pada hari ini, kemungkinan besar anda perlu menunggu sekurang-kurangnya 10 tahun sebelum FGVH pulih ke tahap pengurusan perladangan yang baik.
Oleh demikian, jika pada asasnya FGVH memang tidak bersedia untuk IPO kerana pengurusan ladang yang lemah, mengapa pula Kerajaan dan FELDA tergesa-gesa untuk menyenaraikan?
FELDA dan kerajaan perlu menjawab mengapa mereka begitu gila sangat mengejar IPO ini. Adakah IPO ini sebenarnya satu corporate exercise yang didorong politik dan disokong oleh lembaga pengarah yang kual berpolitik? Adakah dorongan utama bertujuan untuk memperkayakan bank, dan penasihat, pengarah-pengarah FELDA dan juga untuk menyediakan pembayaran durian runtuh kepada peneroka untuk membeli sokongan politik di dalam pilihan raya yang akan datang?
IPO FGVH adalah satu IPO yang sebesar RM10.2 billion, ianya yang kedua di dunia tahun ini dan pihak bank dan penasihat kepada IPO ini akan untung yuran berpuluh-puluh juta ringgit.
Keadilan menuntut dari FELDA dan kerajaan satu pendedahan yang terperinci mengenai yuran-yuran yang bakal diterima oleh pihak bank dan penasihat, hasil daripada IPO ini yang tidak masuk akal.
WONG CHEN
PENGERUSI BIRO PELABURAN DAN PERDAGANGAN
16 MEI 2012
layari radio bangsar utama untuk laporan jelas:
Labels:
BERANI MELAWAN BERANI MENANG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
najib kata untuk tembus pasaran eropah etc perlu jalinan dengan pihak yang lebih paham tentang pengurusan dan pemasaran komoditi. soalnya, apakah kita mempunyai lambakan minyak sawit yg tidak terjual? kat kedai on and off masih ada supply issue.
minyak sawit pun dah dibuat byk kajian sebagai bahanapi. jadi sekiranya market luar tak boleh nak jalan jugak.. jalan kan biodiesel balik.. biodiesel pun dah senyap.. kalau setakat nak pakai 5% tak payah spend millions nak buat r & d.. orang kampung pun dah lama tahu buah kelapa sawit boleh menyala kalau di bakar.... penyenaraian ini memang ada udang di sebalik mee...
TT,
Saya menulis berkenaan dgn apa yg terjadi kpd peneroka dan waris peneroka di Felda Sg. Tiang, Pendang Kedah. Pd hujung April 2012 sy telah pulang ke kampung di felda tersebut. Utk pengetahuan. Sy merupakan cucu kpd peneroka felda. Kedua datuk dan nenek saya telah meninggal dunia dan urusan felda diambil alih oleh Mak Teh dan Pak Cik saya. Felda telah memanggil waris utk satu perjumpaan dan mereka diberi borang pinjaman utk membeli IPO dari Affin Bank ( jika tak salah sbb sy tidak tgk borang tersebut ). Pak Cik saya juga telah diminta utk tanda tangan borang itu dan diberitahu bahawa borang tersebut utk kegunaan pemberian wang durian runtuh. Pak Cik saya ingin membawa terma terma dalam borang tersebut tetapi pegawai tersebut berkata "tak payah la baca. Kerajaan nak bagi duit ambik saja lah". Kemudian pakcik saya pun tandatangan. Bila saya balik ke kampung, saya lihat ada syarat syarat pinjaman pembelian IPO dari Affin Bank tersebut dan saya bertanya kpd Pak Cik saya mengapa nak bg duit durian runtuh kena isi borang pinjaman IPO. Pak Cik saya pun tidak faham berkenaan dgn IPO tersebut dan saya rasa semua peneroka dan waris peneroka pun tak faham berkenaan dengan IPO ini. Kenapa Felda menyembunyikan hal sebenar pinjaman pembelian IPO
ini dan kenapa tidak ada penjelasan dengan jelas sebelum peneroka dan waris tandatangan. Di siang hari dan dalam terang mereka ditipu di sebalik pemberian durian runtuh. Saya berkata kpd pakcik saya. "Kita tunggu saja lah. Depa nak bagi duit ka depa nak bagi saham!"
Sekian,
Elsyet
Cucu Felda Sg. Tiang
ramai dah tau minyak sawit memang leh bakar bahkan jadi minyak pelincir dan ramai dah pakai hahaha.. :D
memang felda dah kaya success pon penyenaraikan ni memang ada udang nak ambik tanah felda gadai ambik duit.. atas nama kemajuan.. sama rampas tanah dengan kata kemajuan..
Lepas tanah dirampas dan di jual dan dibangunkan bekas tuan tanah dan orang kampung tak maju pon...
Yang maju ialah tauke2 yang jual tanah dan mereka2 yang ada kepentingan...
Peneroka Felda? memang best dapat durian runtuh.. Tapi apa la sangat durian runtuh kalau kena utang beli saham tuh.. kalau tanya2 orang yang beli saham kat Malaysia ni.. saham ni KEBANYAKANnya awal je macam naik pastu jatuh merundum dan kekal jauh dari nilai awal.. So kalau berhutang untuk beli saham selamat membayar hutang la pakcik makcik..
Jangan utang dapat tanah melepas.. :D nak menyosal pon tak guno dah..
Catat Ulasan